Showing posts with label meat. Show all posts
Showing posts with label meat. Show all posts

Tuesday, August 16, 2016

daging paprik








Kadang2 mood nak menulis blog dah hala ke laut =)

Lately banyak sikit makan daging sebab dah jemu makan ayam tapi kalau tanya anak2, tak pernah jemu makan ayam. Favourite food all the time. Akak pulak sampai dah tak tau nak masak ayam apa. Buku 365 jenis resepi pun dah malas nak tengok. Cuma ayam goreng berempah jek yang macam still boleh terima. Lain2 tu kira macam boleh2 gitu jek.

Last week dah masak singgang daging, versi mak mertua. Mak mertua ni asal keluarganya dari Siam, so ada la jugek masakan dia yang ada elemen2 Siam tapi tak banyak. Sempat la jugek belajar resepi2 kampung daripada dia. Sup daging pun dah masak, khas untuk SRK sebab dia suka makan lauk2 yang berkuah. Daging goreng tu jangan cakap la, dah selalu sangat masak.

This time masak daging paprik pulak. Kebetulan ada bawak balik dari kampung, daun limau purut, serai, limau kasturi...so tetiba idea nak masak daging paprik tu pun datang. Anak2 memang suka makan ayam / daging paprik.

Resepi paprik akak mudah jek. Kita mudahkan apa yang payah kan...hehe.

Bawang putih, bawang merah, serai, cili api, pes tomyam, daun limau purut, serai, sos cili, sos tomato, kicap manis, garam.



























Wednesday, November 25, 2015

daging black pepper








Musim masak daging pulak. Latest SRK masak daging black pepper atas permintaan anak dara kesayangan. Satu problem kalau SRK siang daging ialah....dia memang tak reti sangat nak siang daging. Orang hiris daging ikut urat daging tapi dia main hentam kromok jek, janji hiris. So dapat la tengok daging di hiris panjang2 gitu. Tak nak komen banyak, asalkan boleh makan :).

Mula2 rebus daging tu dalam kuali, sama macam SRK nak masak daging goreng jugek. Rebus sampai empuk dan bila air dah nak kering tu, masukkan minyak masak dan gaul dengan daging.

Sebelum tu, sangai black pepper dan tumbuk halus. Hiris bawang putih, bawang merah dan halia. Masukkan bahan2 ni semua dalam kuali dan gaul bersama daging tadi. Masukkan bancuhan tepung jagung dan daun bawang.

Siap untuk dihidang.

Saturday, November 21, 2015

singgang daging







Sekejap sangat masa berlalu kan. Baru lagi hari isnin, dah hari sabtu. Lepas tu isnin semula. Bumi sekarang bukan macam dulu, bumi sekarang dah semakin laju berputar. Global warming kat mana2 saja.

Nak share singgang daging, cooked by my lovely hubby, SRK. Tetiba ada stok daging dalam ice box dan tetiba SRK nak masak singgang daging. Pucuk dicita, ulam mendatang. Akak sokong 100% bila SRK nak masak singgang daging. Resepi ibu mertuaku...gitu.

*hopefully ibu mertuaku berada dalam keadaan sihat walafiat kat JB.






Itu dia bahan2nya, tak la susah nak sediakan tapi akak lebih suka kalau SRK yang masak singgang daging ni. Rasa air tangan dia lebih sedap. Bahan2nya cuma bawang putih, bawang merah, kunyit hidup dan lengkuas. Lagi banyak bubuh kunyit, lagi sedap. Boleh ratah kunyit2 tu macam tu jek. Elok untuk kesihatan kita.






Tumbuk lumat biji ketumbar dan cili api. Kalau rasa nak pedas meletup, bubuh la banyak sikit cili api tu. Campurkan bahan tumbuk dengan bahan yang tidak ditumbuk tadi dalam periuk. Bubuh air, asam keping dan masukkan daging sekali. Rebus la sampai air jadi surut sikit. Garam jangan lupa pulak ye.

Senang kan, boleh la cuba. Menyengat makan singgang daging ni. Kalau buat untuk makan malam, simpan sikit untuk esoknya. Rasa singgang akan lebih sedap sebab semua bahan dah serasi sangat.




Thursday, October 1, 2015

ikan patin vs kambing



Dah dekat tiga minggu juga anak dara akak tak berkayak. Minggu yang pertama tu tak berkayak sebab itu minggu exam. Minggu lepas minggu cuti raya. Then, minggu ni minggu jerebu teruk. Sian budak kecik ni, terbantut aktiviti kegemaran dia. Nak berkayak macamana, dari tasik titiwangsa tu pun tak boleh nak nampak klcc. Tak sihat udaranya. Lagipun bahaya kalau berkayak time jerebu gini, jarak penglihatan terhad. Risau.


**************





Antara food yang wajib dimasak bila balik kampung ialah gulai masam ikan patin. Actually akak malas dah nak makan gulai ni, dah selalu sangat. Kalau ikan patin bakar, syok jugek. Beli ikan patin yang fresh tu, lepas tu bakar dan bila makan cicah dengan sambal kicap. Terangkat uolls.

Kali ni SRK yang mengada-ngada nak makan gulai masam ikan patin, mintak mak akak masakkan. Nak bermanja gitu kononnya. Mak pun masak jek la, lagipun cucu2 dia mesti nak makan jugek. Akak pun heran tengok mak masak gulai ni, main tumbuk2 bahan dan campak2 jek, tapi hasilnya jadi sedap. Mak bubuh sembilan biji cili padi tapi tak rasa pedas sangat pun. Hari tu SRK try masak bubuh lima biji cili padi, dah bersiut makan.

Anyway sapa2 yang nak ikan patin fresh, boleh la contact akak iye :)





Ada lagi engko citer pasal masak kambing ni. Balik dari Lipis, terus rebus tulang kambing, nak buat sup. Akak main hentam jek buat sup ni, janji sedap di makan. Guna sup bunjut jugek tapi campur la bahan2 tumis yang lain dan jangan lupa black pepper. Reneh sup kambing ni kena lama sikit, bagi daging tu lembut sikit. Letak kentang dan carrot untuk nampak menarik tapi rasanya kentang tak begitu sesuai dengan sup kambing. Kalau sup ayam, okay.

Wednesday, September 30, 2015

raya haji kedua : kambing pulak



Untung kalau duduk kat Kelantan dulu, cuti raya haji dapat dua hari. Duduk kat KL, cuti raya haji dapat sehari jek la sebab nak bagi cina cuti raya dua hari. But it's okay, no problem. Ambik jek la cuti extra kan.  Second day raya haji...dah tak macam raya sebenarnya. 

Jumaat tu, mak sedara sembelih kambing pulak. Rezeki nak makan daging kambing. Siap dah terbayang kambing golek, kambing black pepper, kambing bakar, sup tulang kambing...bla...bla...bla...hmmm...sedap3x. Ada harapan berat badan naik sebab hari2 makan daging.






Punya la beso gedabak kambing ni tapi akak salute kat ustaz yang sembelih kambing ni sebab bila masak, langsung tak ada bau hamis. Ni kambing jenis boer rasanya. Seekor kambing boleh bahagi2  3-4 family, alhamdullillah sama2 dapat merasa. 





Akak tak pergi tengok orang sembelih dan melapah kambing, duduk kat rumah jek dan tetiba teringat nak buat puding roti. Semua bahan dah beli > susu segar / sejat, telur, kismis, esen vanila dan roti butter scotch. Gula jangan lupa tapi jangan bubuh banyak sangat sebab roti dah manis. Sekejap jek buat puding roti ni, dah pun siap. Minum petang dengan puding roti.






Bila daging kambing sampai jek, terus siang2...nak goreng sikit dan nak bakar sikit. Bimbang ada yang tak nak makan kambing bakar. Orang2 lelaki kat rumah semuanya cerewet sikit bab makan. Daripada abah, adik, SRK...semuanya boleh dikatakan memilih makan. Abah paling cerewet, semua jenis pasta dan laksa dan laksam, dia tak makan. Kalau zaman abah muda2 dulu, mee kuning pun dia tak makan, tak nak makan. Cerewet betul kan. Laksa dan laksam langsung tak layan.





Cenonet jek gambo kambing bakar ni sebab bila siap bakar jek, hilang. Bakar dalam magic pan jek...uolls, mudah. Sebelum tu, SRK yang tolong buat bahan2 untuk perap daging kambing ni. Mudah jek bahan2nya, bawang putih dan black pepper di sangai, then tumbuk lumat. Campurkan sos cili dan sos tiram, boleh la lumur pada daging kambing. Perap la lebih kurang 20 - 30 minit. Lagi lama lagi sedap bila dibakar. Laris kambing bakar malam tu, makan dengan nasi.


Tuesday, August 11, 2015

SRK memasak lagi






Dinner semalam SRK yang memasak, akak tak suruh pun tapi dia volunteer nak masak. Dia cuma suruh akak pergi jemput anak dara kat Tasik Titiwangsa jek. Tengah2 dia masak, gas pulak abih....hehehe. Sempat masak ayam masak kari jek. 

Dia tunggu akak balik dari tasik, baru la pergi beli gas. Dia nak akak tolong drive kereta, dia nak pikul tong gas. Sebelum tu try call gas supplier tapi sebab dah malam, derang malas dah nak hantar gas ke rumah. So, we all kena keluar beli dan angkat tong gas sendiri.

Kadang2 memang terharu dengan kesungguhan SRK memasak. Kadang2 tak terharu sebab sekali-sekala memang dia kena masak. Woha!  =)






Apa ke benda yang SRK masak ni?? Patut la 2-3 hari ni asik tanya ada daging kisar tak dalam ice box. Rupanya nak masak benda ni. Dia gaul2 daging kisar dengan bawang, lada, garam, black pepper dan apa entah lagi...pastu goreng. Sebab apa jadi kaler hitam macam tu? Sebab dia tak celup telur dulu sebelum goreng. Ngeeee....tapi sedap rasanya.






SRK memang suka create masakan dia, ikut suka hati dia. Yang ni sayur kacang botol, dia goreng dengan cili boh tapi terbanyak bubuh air. Dia campurkan dengan fish cake dan sotong. Not bad rasanya tapi first time akak makan sayur kacang botol digoreng berkuah.

Thank you so much, my dear hubby sebab sudi masak2. Ada lauk lebih2 tu, akak boleh tapaw bawak bekal ke ofis. Kan dah boleh jimat sikit...




Friday, July 3, 2015

daging masak berlada






Ini bukan daging goreng kicap tapi daging goreng berlada. Cuma akak bubuh sikit kicap manis. Ini antara lauk favourite anak dara akak, dia boleh ratah sampai abih...kalau dia nak. Gitu la budak2 kan. Stok daging still ada dalam peti ais. SRK dah masak daging goreng beberapa hari lepas, so akak masak something else la pulak.

Tumiskan bawang putih, bawang merah dan cili kering yang telah dikisar. Tumis dengan halia sekali sebab halia ni penting untuk kurangkan rasa lembu tu.. :). Bila dah naik minyak sikit, masukkan daging dan biar la sampai daging tu masak dan empuk. Bubuh leek, cili api (optional), hirisan bawang besar dan sedikit kuib pati daging. Kacau2 lagi sehingga semuanya masak.





Bubuh kicap manis dan sedikit garam. Akak suka bubuh kicap manis sebab nak ubah sikit warna dia dan nak ada rasa manis sikit. Siap untuk dihidang.

Kalau suka lebih pedas, tambahkan bilangan cili api tu. Akak memang suka makanan yang pedas2 terutamanya waktu makan sahur, selera boleh maintain gitu. Kalau makan gulai lemak waktu sahur, akak surender...tak boleh nak makan. Muak.

In Shaa Allah puasa kita pada tahun ini terus diberkatiNya.

Wednesday, July 1, 2015

daging goreng & ayam masak kari



Bila masuk hampir setengah bulan berpuasa, kadang2 automatik datang mood malas nak memasak. Ada la wujud sehari dua kan. Tapi still tak selera nak beli lauk-pauk kat bazar ramadan. Dengan harga yang mahal dan tak tahan lama, tak boleh simpan lauk-pauk beli ni sampai ke sahur, mesti basi.

Tapi kan, bertuah punya suami yang sporting. Akak tak payah bagi signal ke apa...dia terus masuk dapur, terus masak. Woha! Tqvm suami.





Kalau ada stok daging dalam peti ais, ini la masakan favourite yang SRK masak, daging goreng ala Terengganu. Beli daging import jek tapi agak lembut bila dah masak. Dah banyak kali kot tepek daging goreng kat sini tapi takpe...siaran ulangan pun okay :)

SRK rebus dulu daging tu sampai airnya hampir kering. Bila dah nak kering tu, ketepikan daging dan bubuh minyak kat tengah2 kuali tu. Bila minyak dah panas, kacau daging tu, masukkan bawang besar dan cili hijau. Bila dah nak masak tu, masukkan sos tiram dan sedikit garam kalau daging still tak masin. Kalau suka, boleh bubuh leek. Goreng lagi daging hingga agak kering. 





Dah siap goreng daging, SRK masak kari ayam pulak, atas permintaan anak dara kecik dia. Tengok tu...bukan main pekat lagi kuahnya tapi memang kaw2 rasa kari ayam yang SRK masak ni. Baru ni masa beli ayam kat pasar, SRK minta tambah banyak sikit kaki ayam. Sedap sangat makan kari kaki ayam. Resepi kari ayam macam biasa la iye.. :)

Alhamdullillah, juadah dah siap dan akak boleh rehat lebih.

Friday, May 15, 2015

singgang daging by SRK






SRK masuk dapur lagi sebab petang semalam pukul 5, dia dah tercegat kat rumah. Akak pulak pukul 6.30 baru sampai rumah. Ada beli tulang lembu sikit kat pasar malam baru2 ni, so SRK cadang masak singgang tulang. Akak dah pernah juga masak singgang tulang ni tapi macam tak "kick", tak macam SRK masak. Hmmm...mengaku kalah.






Sampai kat rumah petang semalam, singgang tulang dah siap masak. Buka pintu je dah bau semerbak, Alhamdullillah. Resepi singgang tulang ni SRK dapat daripada mak dia, pure punya. Orang sebelah pantai timur...sebelah Kelantan Terengganu nun, memang selalu masak singgang tulang ni. Banyak kali juga SRK share resepi ni tapi akak macam tak reti2.. =).

Mungkin tempoh didihnya tak sama atau kehalusan bahan2 tumbuk ke...entah la. But it's ok, SRK kan ada nak masak...





Rasanya dah pernah share resepi ni tapi takpe la, siaran ulangan. Alangkan astro asik tayang siaran ulangan walaupun kita bayar tinggi, ini kan pulak resepi yang free ni kan.

~ tulang lembu
~ bawang merah
~ bawang putih
~ halia
~ lengkuas
~ ketumbar
~ asam keping
~ garam


Rebus dulu tulang lembu tu dalam 2 jam atau sampai empuk. Kalau banyak tulangnya, ada 3-4 jam rebus. Halia, lengkuas dan ketumbar tu tumbuk lumat, pastu masukkan dalam periuk tulang lembu yang telah direbus tadi. Bila bahan2 dah agak sebati dengan kuah, masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah dimayang halus. Tapi this time SRK tumbuk sekali bawang2 tu dengan bahan2 lain. Nak bagi kuah pekat.

Masukkan asam keping, ikut tahap masam yang kita nak. Petua mak akak, asam keping kena bubuh dalam bilangan ganjil supaya masam tapi tak sakit perut. Bubuh garam dan rasa la masinnya.

Kalau kita suka pedas sikit, tumbuk sekali cili kering dengan bahan2 tadi. In Shaa Allah singgang tulang ni sedap dimakan. Boleh la cuba.

Monday, July 7, 2014

goreng daging kerbau





Dah lama akak tak beli daging. Bila weekend, akak balik kampung, dapat la cari daging kerbau. Suka daging kerbau berbanding dengan daging lembu. Sekarang ni harga daging kerbau RM22.00 sekilo. Tak tau la dekat2 nak raya nanti harganya berapa.

Dan...dah lama juga tak masak daging goreng ala SRK buat. Bila mak dah request, akak kena la buat kan. Lagipun seminggu sekali aje memasak dan berbuka puasa dengan mak dan abah. Hari2 keje, akak berbuka puasa ikut mana yang ada, mana yang sempat. Dah pernah sekali tak sempat nak masak sedap2 macam orang lain, akak masak cucur bilis aje...tapi itu yang menyelerakan =)).

Resepi daging goreng ni rasanya dah pernah post dulu2. So, boleh la selak entri2 lama untuk dapatkan resepi daging goreng yang tak seberapa ni. At least, petang ni dah ada idea sikit nak masak apa kan.

#ramadan ke-9.






Monday, December 2, 2013

welcome december @ daging masak halia & kicap






Sekejap aje rasanya dah masuk bulan disember. Itu maksudnya dah hampir setahun berlalu. Apa yang kita dah buat dalam masa setahun?

Tapi akak paling suka bulan disember sebab hujung bulan ni akak sambut hari lahir. Orang kata orang yang lahir bulan disember macam akak ni agak lembab sebab umur muda daripada orang2 lain. Tak tau la betul ke tak kan. Cuma waktu akak abih SPM dulu, umur akak baru mencecah 17 tahun, sedangkan orang lain dah nak masuk 18 tahun. Kalau beli insuran, untung kan :))

*****

Daging masak kicap atau daging halia, yang akak masak tu? Actually akak nak buat daging masak halia tapi budak kecik kat rumah nak daging masak kicap tapi tak berapa nak hitam. Tak ke pening ummi nya nak masak. Kalau dah bubuh kicap mestilah hitam.

Mula2 tumis bawang putih, bawang besar dan halia yang telah dihiris halus2. Dah tumis tu, terus masukkan daging dan masak sampai daging empuk. Kalau tak empuk2 juga, nasib la kan. Lepas tu masukkan kicap manis, garam dan sedikit stok ayam. Masukkan lobak merah dan lada merah. Goreng lagi. Kalau kuahnya sikit, tambah aje air tapi kalau dapat tambah dengan stok daging lagi best. Taburkan daun bawang dan daun sup. 

Boleh la hidangkan daging masak halia dan kicap. Woha!

Wednesday, August 28, 2013

sup tulang @ this is not ww


Daripada raya pertama hari tu lagi akak "mengidam" nak makan sup tulang buatan sendiri. Macam terror sangat ye akak masak sup tulang. Tapi setakat nak makan anak-beranak tu boleh la. Impian baru je termakbul beberapa hari lepas sebab baru menerjah ke pasar malam dan terjumpa pulak daging dan tulang yang fresh. Terus beli.




Akak main "belasah" aje masak, janji ada rasa sup tulang. Kisar atau tumbuk halus bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup (sikitttt je!) dan lada hitam. Malas nak keluarkan blender, akak tumbuk je lumat2. Sebelum tu rebus dulu tulang2 yang dah dibasuh bersih. Rebus dengan sup bunjut sampai daging yang ada pada tulang tu empuk dan senang dimakan. Kalau air didih dah surut, masak air lain dan tambahkan air panas dalam periuk dan terus didihkan lagi.





Meanwhile, hiris atau mayang halus bawang merah dan tumiskan dengan perkakas rempah sup yang ada dalam sup bunjut tu. Kalau sikit sangat rempahnya, tambah lagi bagi puashati kan. Bila dah naik bau, masukkan hasil tumisan ni dalam periuk sup. Kalau tak suka tumis, campak terus bahan2 ni dalam rebusan tulang tadi. Biarkan mendidih lama (kecilkan api).

Jangan lupa bubuh garam dan taburkan sedikit daun bawang dan daun sup. Siap you olls.






Friday, January 25, 2013

nasi goreng, daging lada hitam, pea sprout & ikan pekasam


Salam hari Jumaat untuk semua. Hari yang mendung, apa tidaknya, hujan turun bermula daripada malam tadi lagi. Bila hujan memanjang gitu, perut ni mula la meminta2 untuk di isi. Sempena cuti Maulidur Rasul semalam, akak hanya memerap kat rumah....ambil peluang untuk mengemas rumah. Ada suami yang suka memasak tapi tak minat nak mengemas rumah *twink*.





Pagi untuk breakfast seisi keluarga, akak buat nasi goreng. Nasi goreng la benda yang paling mudah nak masak. Nasi goreng ni akak tumiskan bahan2 asas dengan margerin planta, lebih sedap rasa dan baunya. Tumbukkan sedikit ikan bilis halus dan tumiskan dengan bahan2 asas tadi. Akak tumis sekali dengan sosej, ikut citarasa.





Untuk lunch pula, anak kecik minta masakkan daging lada hitam. Akak guna cara akak masak yang simple. Rebuskan daging dulu sampai empuk tapi jangan sampai air daging tu kering. Tumiskan bawang putih, bawang merah dan bawang besar yang telah dikisar. Tumiskan juga halia, kalau suka guna halia banyak, tak ada masalah. Tapi tunggu la impak anginnya nanti =)).

Masukkan daging yang telah direbus tadi dengan capsicum sekali. Tuangkan lebihan air rebusan daging tadi dan sos lada hitam.  Akak masukkan juga sedikit kicap manis, kicap masin dan sos perasa. Masak la daging hingga nampak semuanya ok.





Masa jenjalan beli barang dapur kat JJ, akak beli sayur ni, pea sprout untuk hidangan. Sayur ni sayur organik sebab tumbuh segar tanpa bahan kimia. Cuma harga sayur-sayuran organik memang agak mahal sikit daripada sayur-sayuran biasa. Tapi berbaloi untuk kesihatan diri.






Pea sprout ni akak tumiskan dengan isi ketam dan kicap manis. Sebenarnya waktu masak sayur ni agak terleka buat kerja lain, so sayurnya nampak terlebih masak. Sedap sayur ni, anak2 pun suka makan. Paling tidak pun, anak2 kutip isi ketam aje!



...ni bukan ikan patin ye... :)


You all minat ikan pekasam tak? Last but not least, akak goreng ikan pekasam yang khas akak beli di bandar ikan patin. Biasanya stok ikan pekasam mesti ada dalam ice box akak. Sesiapa yang nak merasa / nak beli ikan patin pekasam, boleh la tinggalkan mesej kat inbox akak. Tapi untuk hand delivery sekitar Mid-Valley dan Puchong aje la =))











Tuesday, November 27, 2012

masak meraban




Menu 1 - Timun Jepun goreng lada hitam. Akak memang tak minat nak makan biji timun, sebab tu la akak jadikan timun tu macam tayar. Tumiskan bawang putih dan bawang besar, masukkan stok ikan bilis atau stok ayam, masukkan lada hitam yang telah ditumbuk. Goreng hingga timun agak lembut. Rasa garamnya. Kalau menumis guna minyak zaitun lagi best. Menu ni sesuai dibuat jika korang tengok dah lama sangat timun tu duduk dalam ice box.

Menu 2 - Telur dadar cencaluk. Ahaaa..! Cencaluk yang akak beli hujung bulan lepas di Melaka masih tak di usik. SRK rupanya tak minat makan cencaluk, melainkan dia fanatik pada budu aje. Jadi menu ni cuma akak yang makan sensorang. Tumiskan bawang merah dan capsicum hingga separuh masak, masukkan cencaluk dalam 1 sudu besar. Tumis lagi dan masukkan telur ke dalam kuali. Akak tak bubuh garam dah sebab cencaluk tu dah cukup masin.

Menu 3 - Singgang tulang. Wow! Actually akak yang request SRK masak singgang tulang ni untuk akak sebab dah lama tak makan. SRK memang ringan tulang nak ke dapur. Sebelum nak masukkan rempah-ratus dalam periuk, pastikan tulang tu dah direbus 3-4 jam. Ramuan untuk memasak singgang, boleh la tengok kat entri yang dulu2. Ada rasanya =))

Thursday, July 19, 2012

menu simple tanpa SRK, bunga kobis & daging halia chinese style




Minggu ni tak penuh SRK ada kat rumah, sibuk pulak nak outstation. Bila dia takde, jadi senang sikit kerja akak hehe. Tak payah nak masak menu yang berkuah-kuah sangat. Goreng bunga kobis, adik pun ringan tulang nak tolong. 

Bahan2 akak guna simple aje > bawang putih dan bawang merah kisar, stok ayam, kicap manis dan garam. Tumis bahan kisar, masukkan carrot dulu diikuti dengan bunga kobis dan capsicum. Baru la masukkan stok ayam, kicap manis dan garam.




Then, masak daging goreng halia chinese style. Menu ni pun sangat simple. Pun begitu akak sempat juga jeling2 kat buku resepi yang baru dibeli :))...

Tumis bawang putih dan halia, ada orang suka halia yang banyak. Masukkan daging dan goreng hingga daging setengah masak. Masukkan sos tiram, garam dan sedikit air. Tunggu hingga kuahnya mendidih dan bila daging dah nampak empuk, boleh la masukkan capsicum dan buah tomato.

Alhamdullillah, itu la dinner kami dua beranak :)).







Friday, May 25, 2012

sotong percik & daging goreng kicap


...sotong percik..

Idea untuk masak sotong percik ni timbul bilamana akak tengok dalam ice box cuma ada tiga ekor sotong yang bersaiz agak besar dan ada instant coconut milk. Sejak akak jadi warga kota ni, waktu weekend aje akak beli santan fresh. Selebihnya banyak guna yang instant aje.

Nak masak sotong percik versi akak ni mudah aje, cuma guna bawang putih & bawang merah (kisar), santan, serai, cili boh atau cili giling, stok ayam (kalau suka), garam dan sedikit gula. Tumiskan kesemua bahan2 ini sampai naik minyak dan kemudian masukkan sotong. Kalau nak sedap lagi, masukkan hirisan daun kunyit tapi akak takde stok.

Tips masak sotong (siaran ulangan), jangan masak lebih daripada dua minit. Kalau tak, sotong jadi liat.



..daging goreng kicap...

Menu kedua, akak masak daging goreng kicap. Rebus dulu daging sampai empuk dan bila airnya dah kering, masukkan minyak untuk tumis kulit kayu manis dan bunga lawang. Kacau rata, masukkan sos tiram dan kicap manis. Masukkan juga sedikit garam. Kalau tengok kering sangat, masukkan aje air masak sedikit. Simple kan.




Thursday, May 3, 2012

menu hari pekerja


Masak nasi campur dengan halia, bawang putih, bawang merah, serai (kalau suka) ,
daun pandan & sedikit garam. Of course la kena masukkan santan kan...
kalau tak, takde la namanya nasi lemak....

Bila cuti, baru la akak ada masa sikit nak memasak banyak2 tapi takde la banyak mana pun. Cuti 1 Mei lalu, pagi2 akak masak nasi lemak untuk si kecik tu nak sarapan sebelum pergi ke sekolah. Ada latihan main kompang katanya. 


Bahan untuk masak kari ketam, sama macam masak kari ayam tapi tak guna bunga
cengkih dan bunga lawang. Yang lain sama aje...akak suka guna serbuk kari ketam Adabi..

Menu untuk lunch, akak masak kari ketam. Terjumpa ketam yang best, banyak isinya. Beli 4 ekor aje, itupun dah jenuh makan anak-beranak. Tapi si kecik tu tak gemar menu ni.


Nak masak daging goreng kunyit, akak gaulkan dulu daging dengan serbuk kunyit,
garam dan serbuk kari ayam. Perapkan kejap bagi dia sebati. Then gorengkan terus, campur
dengan bawang besar dan lada hijau / merah...

Mudah aje kan kaedah nak masak daging ni kan. Tak payah susah2. Ada lagi yang dimasak, bagi penyedap makan, especially my SRK yang suka pedas2. Akak masak sambal tumis tomato. Actually sambal ni mak akak selalu buat kat kampung.


Mula2 tumiskan lada kecik @ cili burung (akak guna 6 biji cili burung) dan bawang putih.
Then, bila dah masak sikit, masukkan ikan bilis dan seterusnya buah tomato yang
dah di potong kecik2. Masukkan garam dan gula secukup rasa. 

Sambal tumis buah tomato ni, lagi banyak kita guna cili burung, lagi kaw2 rasanya. Berasap telinga dibuatnya tapi menambah nasi :)




Wednesday, January 18, 2012

dinner for yesterday


Bos me kan, suka buat discussion or meeting lewat petang. Pendek kata di hujung waktu ofis. Kalau me bujang lagi, me takde la kisah sangat tapi bila dah pukul 5pm, me mula la teringat SRK dan anak me, apa me nak masak malam ni, lantai tak mop lagi (?). Macam2 me pikir. Tapi nak buat macamana kan, dia bos. Banyak hal yang dia nak pikir gamaknya.

Malam semalam, lewat ler me memasak untuk dinner. Sampai rumah pun dah pukul 7.20 pm. Buka jer pintu rumah, terus ke dapur dan buka ice box me yang baru di topup kelmarin dulu. Me keluarkan ikan selayang 4 ekor, daging dan sayur petola. SRK dah sms awal2 pasal menu yang dia nak. Lepas siap solat maghrib, baru me mula memasak.



Foto ikan selayang rebus ni bukan sengaja me snap in B&W tapi memang dapur me kaler hitam dan dinding kaler putih. Nampak klasik pulak kan. Seekor ikan selayang rebus, me ambil isinya dan tumbuk dengan bawang. Untuk me buat gulai lemak sayur petola. 3 ekor lagi me goreng garing2.



Gitu la rupanya ikan selayang rebus yang telah digoreng. Makan ikan ni cicah dengan sambal kicap made by SRK.




Ada lagi menu tambahan si kecik, daging goreng. Foto daging tak berapa molek, nak cepat. Daging ni rebus dulu sampai airnya nampak dah nak kering. Ketepikan daging dalam kuali dan bubuh minyak masak sikit kat tengah2. Bila minyak dah mula panas, kacau daging dengan minyak, tabur hirisan lada hijau dan bubuh sikit sos tiram. Sos tiram dah cukup nak buatkan daging rasa masin. Kalau suka masin lagi, tabur je garam sikit. Dan at last...makan ler dengan nasi...


nasi dan sayur lemak petola

Friday, August 12, 2011

daging pedas masak kicap


Alhamdulillah pagi tadi me dan kawan-kawan ofis dah pun sempurnakan majlis tahlil dan bacaan Yassin sempena bulan Ramadhan ni. Ramai yang hadir.

Petang semalam masak sikit stok lebih daging yang ada dalam ice box. Masak menurut kehendak anak kecil me, daging pedas masak kicap. Masak macam daging masak merah dan bubuh kicap sikit. Bahan-bahan versi me >> bawang putih, bawang besar, halia sikit, cili boh, sesudu sos cili dan sos tomato, juga jangan lupa bubuh garam dan kicap manis. Bolehlah dihidang.


Tuesday, August 9, 2011

kari telur ayam (menu recycle)



Hari ke-9 kita berpuasa. Kawan-kawan anak kecil me cakap, bulan puasa ni bulan banyak makanan best. Classmates dia separuh daripadanya budak cina dan india. Budak-budak ni cakap, petang lepas habis sekolah, terus ajak mak ayah dia orang terjah bazar ramadhan. Boleh beli macam-macam. Patut la petang semalam me tengok cina berebut-rebut nak beli laksam...jarang jumpa agaknya.

Kat ofis me pun ada extra small bazar ramadhan. Tapi tauke-tauke tu jual makanan dan kuih, harganya boleh buat me think twice samada nak beli atau tak. Kuih chara manis tu, sebelah je dah RM0.50. Maknanya sebijik, RM1.00. Takkan nak beli 2 bijik kan, lekat celah gigi je.

Actually kari telur ni menu recycle me. Petang semalam ada buat kari ikan tapi ikannya dah habis. So tak nak membazir kuah kari yang masih banyak, me bubuh telur. Boleh makan time sahur.

Pecahkan telur dalam kuah kari. Simple :)





Tak terlupa, thank you very much pada my friend yang sudi mengepos murtabak raja dari New Castle. Harga murtabak ni me dapat RM12.00 sekeping tapi puas hati makan sebab sedap. Sekeping you all boleh makan bertiga, sure cukup punya. Tebal dan padat. Pada sesiapa yang nak cari dan beli murtabak raja ni, make sure dapatkan yang ori ye.