Posts

kawad formasi

Image
Salam Jumaat yang penuh barokah.




Semalam sehari suntuk anak dara berkawad formasi kat UM, PJ. Dah 2-3 minggu jugek budak2 ni buat training untuk join pertandingan kawad formasi peringkat negeri. Muka tu memang dah sunburn tahap gaban, sampai kan dah ramai kawan2, seniors dan kerabat keluarga tegur sebab gelap sangat. Kesian budak ni tapi semangat dia memang tak pernah luntur. Pasal semangat dan usaha ni, akak memang puji la sebab this girl memang ada semangat yang kental. Tak mudah sentap, friendly. Cuma manja tak hengat kalau kat rumah =).
Best friend berkayak pun terpilih untuk masuk pertandingan kawad formasi ni. Bagus!
Sir Yeoh (orang yang bertanggungjawab melatih group kawad ni) pesan, pukul 5am mesti dah ada kat sekolah. Mak aiii...kalah orang nak pergi perbarisan Hari Kebangsaan kan. Arguments mula keluar dari mulut akak, here and there sebab tak pernah lagi dengar arahan macam tu. Lain la kalau nak naik flight, mesti awal. Okay, I forgot that Sir Yeoh tu polis. Polis yang rea…

man's cooking (1)

Image
I have to say that I am lucky sebab my hubby memang suka memasak, tanpa paksaan. SRK memang suka memasak especially masak kari dan gulai2 lemak ni. Memang syukur sangat2 sebab SRK dah ringankan beban akak untuk memasak. My mom said, "sebab aok masak tak sedap, sebab tu la abang aok yang masak!". (Please read dalam loghat Temerloh, okay). Owh...tak la, mak. Memang SRK suka memasak lauk2. Tapi SRK tak pernah masak kueh-mueh, mee dan pasta, failed. Anyhow, mana nak cari suami yang sukarela nak masak, jarang2 jumpa kan. But we have to understand yang suami ni ada banyak types. Ada yang pandai masak tapi malas masak. Ada yang pandai masak dan rajin ke dapur. Ada yang memang tak reti masak tapi tak reti2 jugek nak tolong hal2 lain. Ada jugek yang memang harapkan wife 100% untuk sediakan makanan harian. Yang paling worst, dah la tak pandai masak, bila wife OT, sanggup tunggu wife balik...baru nak fikir pasal makan. Padahal boleh jek tapaw kat kedai, kan =).
Alhamdullillah SRK raji…

lazada's birthday

Image
Lebih kurang 2 weeks ago, Lazada celebrated their birthday. So banyak la offer produk2 dengan harga yang memang best. Harga memang banyak diskaun dan diskaun tu bukan sikit2. Kebetulan time tu akak tengah bercuti dan lepak kat kampung halaman jek. So ada banyak masa nak tengok + belek web Lazada. Anak dara akak pun dah pandai, login Lazada guna password akak dan bila akak login jek, tengok2 dah ada dalam shopping chart. Haiiissshhh...!! Actually quite lama akak stop buat online shopping, since SRK dapat detect tabiat bini yang suka shopping online ni...maka aktiviti dikurangkan sikit. Forsure kalau check dalam inbox, Lazada, Zalora and others dah rindu2an kat akak =). Macam2 discount code sampai kat inbox tapi akak sabar jek.
Tapi bila Lazada buat sales giler2 sempena birthday derang, mood nak shopping tu membuak2, tak boleh nak tahan. Kalau ikutkan nak penuhkan shopping chart dengan pelbagai jenis produk tapi bila memikirkan hal2 pembaziran, kontrol semula mood tu. Dalam2 kontrol tu…

hidangan berbuka puasa

Image
Kelmarin dan semalam akak berpuasa. Tujuan berpuasa ni selain daripada puasa ganti, akak nak membetulkan sistem penghadaman. Betul, kalau kita rasa badan kita macam something wrong, elok la berpuasa. Bila berpuasa tu, badan akan jadi lebih ringan dan membetulkan semula sistem penghadaman. Akak suka berpuasa sebab tak payah nak pikir nak makan apa, boleh jimat duit. Yang paling ketara, akak jadi lebih innocent! =). Kalau berpuasa sorang2, tak susah nak pikir hidangan berbuka puasa sebab nak isi perut kita sorang jek kan. So, masak roti telur. Bakar roti, masak telur kat atas ceper, then sapu sos cili kat kedua belah telur dan makan la macam makan sandwich. Malas nak buat dessert, order sagu santan gula melaka daripada @sweet kueh. Boleh tengok IG @sweet kueh ni kalau nak order dessert dan food yang lain. Macam2 ada. 




Petang semalam, masak mee goreng versi sempoi. Sempoi sebab tak letak ayam tak letak daging or fish ball bagai. Hanya ada tauhu dan telur rebus. Rasa still okay sebab yan…

MyTown

Image
Last Friday, akak dan kawan2 menerjah ke MyTown, shopping mall yang baru buka sebelah IKEA Cheras tu. Kalau jalan tak sesak, dari ofic akak...10 minit dah sampai ke tempat tu. Kalau jalan sesak, tak payah la nak kira berapa minit. Lagi haru bila malas nak drive sendiri tapi guna khidmat Grab Car dan tambah haru bila driver Grab Car tak tau jalan, harapkan waze nak tolong =). This is true story maaa...driver Grab Car tersilap jalan dan bawak kami makan angin ke Bukit Jalil, dengan hujan lebat dan jalan sesaknya bagai. Just imagine, kesian driver Grab Car yang hanya dapat RM6.00 tapi tersalah jalan terus masuk highway Mex dan kena bayar tol! Nasib baik kami baik hati bayar lebih. Kesian punya pasal. Nak bagitau jalan... dah terlambat, cepat sangat dia pusing stereng.
MyTown memang cantik, especially tempat makan. Banyak pilihan dengan interior yang moden. Memang tak bosan la makan kat situ, pilih je nak makan apa. Harga makanan lebih kurang sama dengan harga makanan kat shopping malls …

jeruk salad

Image
Lama tak share pasal makan. Lately makan ikut suka hati, tak ada apa yang menarik. Sama jek. Tak de nya nak makan kambing masak rasberry ke apa. Tak jugek nak masak kerabu ikan yu ke. Lagi bahagia makan ikan kering goreng atau gulai ikan kering, match dengan ulam2an. Kalau tidak, separuh hari merungut kat SRK pasal harga ikan yang mahal. Ikan kembung RM3.00 seekor. Udang putih tu RM35.00 sekilo. Lagi bahagia duk kat kampung, kat tepi kuala, tunggu orang naik dari laut. Boleh beli ikan2 yang fresh, yang harganya jauh lebih murah daripada kat pasar. Heaven kan. Balik rumah, petik jek ulam2an kat keliling rumah. Nak makan buah2an, ambik jek kat kebun belakang rumah. Nak serai, lada, lengkuas, daun kunyit, petik jek kat tepi rumah. Best kan. Orang kata angan2 tu free =).

SRK suka buat salad versi dia. Kobis ungu, timun, kalau ada sayur2 lain yang sesuai untuk dimakan mentah2, buah tomato, lada kecik, bawang besar, cuka, garam dan gula. Kalau sebetulnya, kita sebut salad jeruk sebab ada c…

no more Teh Tarik Place

Image
Yup, I am one of the teh tarik fans tapi lately sedang cuba kurangkan minum teh tarik. Lebihkan minum air lemon atau barli suam. Tapi kadang2 memang perlu pekena teh tarik sebab teh tarik ni ada aura, macam sinonim dengan aktiviti lepak2 dengan family dan kawan2. Betul tak? That is why kita panggil kawan2 pergi "ngeteh". Sebab nak minum air teh la kan.

Recently, after we just arrived from my hometown. terus nak cari kedai makan sebab masing2 belum lunch lagi. Tekak macam nak makan masakan panas jek dan minum teh tarik. Bila sebut teh tarik, my mind terus teringat Teh Tarik Place. So, terus jek drive ke Jalan Pahang walaupun tau ada Teh Tarik Place kat Setapak Sentral. Dah biasa ngeteh kat Jalan Pahang. Tapi..rupa2nya Teh Tarik Place, Jalan Pahang dah bertukar kepada kedai makan D'Nenas. No more Teh Tarik Place! D'Nenas namanya tapi akak tak sure kenapa taukeh kedai namakan kedai dia tu, D'Nenas...since akak tak nampak pun nenas kat mana2 =)

Actually kedai D'…