Thursday, September 19, 2013

gulai ikan patin tanpa tempoyak


Masa mula2 akak kawin dulu, huby akak (SRK) tak suka makan ikan darat @ ikan sungai ni. Tak minat katanya. Eksen. Orang Ganu eksen tak nak makan ikan darat. Tapi bila akak paksa dia makan ikan patin, gugur abih eksen dia. Sekarang ni setiap kali balik kampung akak, one day before dah order kat mak, nak makan ikan patin.

Mungkin ramai yang minat makan ikan patin tapi tak reti camna nak masak gulai ikan patin kan. Tak kurang juga yang memang tak minat nak makan, mesti la tak minat nak masak juga kan.




Tengah masak gulai ikan patin. Senang aje nak beli ikan patin sebab kat depan rumah mak akak, ada orang jual. Order by phone aje, siap siang semua, baru pergi ambik dan bayar. Masak guna periuk klasik mak. Mak memang banyak periuk klasik cap buaya, tahan lama.

Nak basuh ikan patin kena betul2, kalau tidak mesti ada bau tanah atau bau hanyir. Basuh dengan air asam jawa dan air limau kasturi @ limau nipis. Basuh dan rendam kejap tapi jangan lama sangat rendam sebab nanti ikan jadi lembik dan pucat. Then, toskan.




Bahan2 nak masak > bawang merah, lengkuas, kunyit hidup, cili api, serai, daun kesum, bunga kantan dan daun kunyit. Tumbuk bawang merah, cili api dan kunyit hidup sampai lumat. Kemudian masukkan semua bahan2 ni bersama ikan patin dalam periuk. Bubuh air dan masak hingga mendidih. Bila dah lama sikit mendidih tu, kecilkan api, biar dia *berangin sikit. Kalau biarkan berangin, rasanya lebih ummpphhh.

*berangin = masak dengan api yang kecil hingga kuah agak surut.

Jangan lupa letak asam keping dan garam you olls. Selamat mencuba.

*kuantiti bahan tu, you olls agak2 aje la ye  =)))




mee kari chinese style

Semalam, tengahari lagi dah plan nak masak mee kari chinese style. Entah ler, tetiba teringin nak makan. SRK dan anak2 pun setuju ta...