Monday, August 20, 2018

restoran dapur sarawak





Mee Kolok


Kadang-kadang nak ubah selera sikit. Asyik makan nasi campur jek, macam bosan dan nak makan something different. Tak la nak makan food yang pelik2 sangat. So teringat satu kedai makan dekat KJP Tawakal, kedai makanan Sarawak. Kalau weekdays memang penuh orang kat kedai ni, nak pulak nurses yang turun makan. Memang full house, kena datang cepat. Tapi sebab akak pergi during weekend, so banyak seats lagi.



Nasi Kukus Sarawak


Kalau weekdays, bab nak dapatkan parkir kereta memang "sakit" sikit sebab car park memang limited walaupun ada tempat letak kereta yang berbayar. Sapa dulu dia dapat la, pandai2 la. Kedai ni offer banyak juga food Sarawak tapi I think tak la pure Sarawak sangat. Boleh la.

Tapi memang betul kot, food Sarawak quite sweet sebab dah 2-3 kali pergi Kuching, food derang memang agak manis. Gulai ayam pun ada rasa manis, macam food Kelantan pulak. Kot tekak akak yang memang alert sangat kalau ada yang termanis, termasin ni.









Ratu-ratu selfie kat rumah ni, anywhere nak snap gambo. Nak ada kenangan katanya. Ni gambo with naked faces sebab masing2 malas nak berbedak, dressing pun main hentam jek....sebab kedai ni bukan jauh pun dari rumah. Sementara kakak cuti semester ni, boleh la have fun dengan adik puas2.









Akak suka dengan deko kedai ni, nampak simple tapi ada sytle sendiri, feeling santai je dan yang penting tak crowded. So nak menikmati food pun rasa nyaman gitu. Wall deco dia pun menarik, boleh pilih seats yang ada aircond atau tak.






Ada pagar gitu =) tapi menarik kan. Harga food kat sini agak berpatutan dan mampu makan. Makan 04 orang tak sampai RM50.00, not bad la kan. Kalau nak santai2, akak recommend makan kat kedai ni. Kalau ada bujang2 nak intend nak mengorat nurses yang muda2, ini la tempatnya and you won't regret =)).

Lokasi: Berdekatan dengan KPJ Tawakal dan Restoran Haslam, Jalan Pahang.