Friday, January 25, 2013

nasi goreng, daging lada hitam, pea sprout & ikan pekasam


Salam hari Jumaat untuk semua. Hari yang mendung, apa tidaknya, hujan turun bermula daripada malam tadi lagi. Bila hujan memanjang gitu, perut ni mula la meminta2 untuk di isi. Sempena cuti Maulidur Rasul semalam, akak hanya memerap kat rumah....ambil peluang untuk mengemas rumah. Ada suami yang suka memasak tapi tak minat nak mengemas rumah *twink*.





Pagi untuk breakfast seisi keluarga, akak buat nasi goreng. Nasi goreng la benda yang paling mudah nak masak. Nasi goreng ni akak tumiskan bahan2 asas dengan margerin planta, lebih sedap rasa dan baunya. Tumbukkan sedikit ikan bilis halus dan tumiskan dengan bahan2 asas tadi. Akak tumis sekali dengan sosej, ikut citarasa.





Untuk lunch pula, anak kecik minta masakkan daging lada hitam. Akak guna cara akak masak yang simple. Rebuskan daging dulu sampai empuk tapi jangan sampai air daging tu kering. Tumiskan bawang putih, bawang merah dan bawang besar yang telah dikisar. Tumiskan juga halia, kalau suka guna halia banyak, tak ada masalah. Tapi tunggu la impak anginnya nanti =)).

Masukkan daging yang telah direbus tadi dengan capsicum sekali. Tuangkan lebihan air rebusan daging tadi dan sos lada hitam.  Akak masukkan juga sedikit kicap manis, kicap masin dan sos perasa. Masak la daging hingga nampak semuanya ok.





Masa jenjalan beli barang dapur kat JJ, akak beli sayur ni, pea sprout untuk hidangan. Sayur ni sayur organik sebab tumbuh segar tanpa bahan kimia. Cuma harga sayur-sayuran organik memang agak mahal sikit daripada sayur-sayuran biasa. Tapi berbaloi untuk kesihatan diri.






Pea sprout ni akak tumiskan dengan isi ketam dan kicap manis. Sebenarnya waktu masak sayur ni agak terleka buat kerja lain, so sayurnya nampak terlebih masak. Sedap sayur ni, anak2 pun suka makan. Paling tidak pun, anak2 kutip isi ketam aje!



...ni bukan ikan patin ye... :)


You all minat ikan pekasam tak? Last but not least, akak goreng ikan pekasam yang khas akak beli di bandar ikan patin. Biasanya stok ikan pekasam mesti ada dalam ice box akak. Sesiapa yang nak merasa / nak beli ikan patin pekasam, boleh la tinggalkan mesej kat inbox akak. Tapi untuk hand delivery sekitar Mid-Valley dan Puchong aje la =))











No comments:

Post a Comment

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...