Monday, March 14, 2016

mara digital







Nak snap pic elok2 tapi ramai sangat yang keluar masuk kedai ni, malu la pulak =)

Ok, semalam SRK ajak jenjalan hala ke Sogo. Actually dia nak survey handphone sebab handphone lama dia tu dah rosak, tak boleh nak slide. FYI handphone lama dia tu, akak yang hadiahkan.

Bukan nak pegi Sogo, bimbang jugek SRK kalau akak terlepas ke Sogo, mahu kopak beg duit sebab memang tengah plan nak beli handbag baru...tahun ni banyak kenduri, kena ada handbag baru (sangattttt...). Tak sampai Sogo pun, letak kereta kat depan Maju Junction dan menapak ke Pertama Complex.

Survey lebih kurang, haus tekak tawar-menawar, dapat la sebijik handphone. Amboiii...kalau dia nak beli, tak menyempat dah. Terus rembat. Kalau akak yang nak beli, siap tazkirah jangan membazir...kui3x ;)

Keluar dari Pertama Complex, terus terjah Mara Digital Mall. Hari tu dengar2 cerita jek pasal tempat ni, semalam berkesempatan menerjah sendiri. Ramainya orang kat situ. Akak dan anak dara cuma nak cari flip cover dan casing handphone, terus masuk kedai Ustaz ni. Rasa macam pernah terbaca pasal Ustaz ni kat FB. Memang ramai betul pelanggan kat situ.

Bukan nak tipu, tapi barang2 kat Ustaz ni memang murah. Kalau sengkek sangat, uols boleh beli casing handphone dengan harga seringgit, jangan tak percaya. Material macam sama dengan kedai2 lain yang jual aksesori handphone tapi harga memang menjunam. Kalau terdesak nak beli bateri handphone Samsung tu, boleh dapat kat Ustaz ni dengan harga RM35.00.

Kalau cakap pasal kualiti, I think lebih kurang sama walaupun ada ternampak barang dari China. Tapi forsure uols berpuashati sebab kalau beli yang mahal2 pun tapi pakai 3-4 bulan dah kondem, so kalau barang yang beli murah ni kondem, tak ralat sangat kan.





Dah puas pakai flip cover yang harganya antara RM25.00 - RM30.00 tapi sampai 2-3 bulan dah koyak, this time beli casing jek dengan harga RM10.00. Ada macam2 jenis ikut brand handphone. Lengkap, SRK dan anak dara pun beli, alang2 dah sampai Ustaz.

Untuk yang sedang mencari laptop yang sesuai, boleh la ke Mara Digital ni, banyak pilihan laptop. Nampaknya mall ni penuh dengan bumiputera, okay. Kat tingkat bawahnya banyak booth yang jual jubah dan dress, dengan harga paling murah RM100.00. Akak pun dah survey, boleh la nanti nak shopping untuk pakai raya =).

1 comment:

  1. tengah berkira -kira juga ni nak membeli casing. bolehlah terjah sana nyambil mencari barang lain..

    ReplyDelete

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...