Thursday, July 19, 2012

menu simple tanpa SRK, bunga kobis & daging halia chinese style




Minggu ni tak penuh SRK ada kat rumah, sibuk pulak nak outstation. Bila dia takde, jadi senang sikit kerja akak hehe. Tak payah nak masak menu yang berkuah-kuah sangat. Goreng bunga kobis, adik pun ringan tulang nak tolong. 

Bahan2 akak guna simple aje > bawang putih dan bawang merah kisar, stok ayam, kicap manis dan garam. Tumis bahan kisar, masukkan carrot dulu diikuti dengan bunga kobis dan capsicum. Baru la masukkan stok ayam, kicap manis dan garam.




Then, masak daging goreng halia chinese style. Menu ni pun sangat simple. Pun begitu akak sempat juga jeling2 kat buku resepi yang baru dibeli :))...

Tumis bawang putih dan halia, ada orang suka halia yang banyak. Masukkan daging dan goreng hingga daging setengah masak. Masukkan sos tiram, garam dan sedikit air. Tunggu hingga kuahnya mendidih dan bila daging dah nampak empuk, boleh la masukkan capsicum dan buah tomato.

Alhamdullillah, itu la dinner kami dua beranak :)).







workout by your name

Lama tak share pasal workout, since akak pun dah lama tak buat serious workout. Setakat lari2 anak kat tasik titiwangsa tu, ada ...