Biasanya kita masak cendawan tumis air dan campur dengan sayur pucuk manis atau goreng celuo tepung. First time akak makan cendawan goreng telur ni, waktu menetap di Kota Bharu dulu. Ada satu kedai makan nasi kampung berdekatan dengan cabang empat Pasir Hor tu, kat situ memang ada pelbagai menu masakan kampung. Kat situ la bermulanya minat akak untuk makan cendawan goreng telur ni. SRK pun suka.
Jom kita masak cendawan ni....semudah 1..2..3..
Pukul telur sehingga kembang dan masukkan sedikit garam serta sedikit jintan pedas. Gaulkan cendawan dengan telur tadi. Panaskan minyak dan goreng la cendawan ni sehingga warnanya bertukar warna perang. Boleh la angkat untuk dihidangkan.
Kalau suka, boleh la ditambah dengan daun sup dan hirisan cili merah.
Oh... kakak nak cuba buatlah intan. Kakak suka cendawan tak kiralah masak cara apa pun..
ReplyDelete...mudah je kak nak masak ni :)
Deletesaya pun suka goreng cendawan mcm ni... best
ReplyDelete...klu dh muak dgn tumis air, boleh la masak macam ni :)
Delete