Friday, January 4, 2013

shah's beach resort, tanjung kling, melaka




Susulan entri akak sebelum ini, jom kita view sikit apa yang ada kat Shah's Beach Resort ni. Akak pun first time menerjah ke situ.




Ada swimming pool yang tak berapa nak besar, betul2 berhadapan dengan restoran @ tempat makan. So, sambil mandi boleh tengok orang makan dan sambil makan boleh tengok orang mandi =)). Btw ada pool untuk budak2 juga.




Ahaa..jangan marah ye, kat situ pun ada jakuzi tapi malangnya waktu akak ke situ, benda ni tengah maintainance, lantai dia dah retak. Siapa la yang hentak kuat sangat kan...huhu. Jakuzi ni betul2 sebelah swimming pool tadi.




Ini deretan chalet yang kadar biasa. Kenderaan boleh diletak di tepi chalet masing2. Waktu ni, ramai juga abang2 askar yang menginap kat situ.




Inilah rupa beranda chalet yang akak duduk. Ada disediakan dua kerusi rehat dan satu meja kopi kat situ. Boleh la relax sambil baca suratkhabar (suratkhabar orang putih diberikan secara percuma).




Ini rupa dalam chalet bagi bilik Deluxe. Ada dua katil single dan tambah lagi satu katil separa single hehe. Akak pergi melawat ke chalet biasa, nak tengok apa beza dengan chalet Deluxe. bezanya cuma TV dan bilik air aje. Yang lain hampir sama. Disediakan juga ubat nyamuk sebab kat situ macam banyak nyamukkkk...huhu




Ini pemandangan kat tepi laut, boleh tengok Selat Melaka yang penuh dengan kapal2 besar. Pantainya you all tak boleh nak mandi sebab dah dibuat cenggitu, tambahan pula air laut macam kelabu aje..huhu..






Kalau view dari situ, boleh nampak ke Bandar Hilir (kot?) sebab dah tak jauh dari situ. Akak snap gambo ni waktu pagi, so macam berkabus sikit.




Ada juga disediakan tempat untuk buat BBQ iaitu berdekatan dengan swimming pool dan di tengah2 antara chalet2 deluxe ni. 

Tempat ni cantik, cuma facilities yang ada perlu di upgrade sikit sebab ada dinding chalet yang dah agak usang.

king patin

I am a die hard fan of ikan patin. Of coz la kan sebab akak asal dari Bandar Ikan Patin. Kalau balik kampung, gulai ikan patin ...