Showing posts with label my stories. Show all posts
Showing posts with label my stories. Show all posts

Friday, October 18, 2019

what a long break!



Since ada Instagram, memang akak buat story kat situ jek sebab simple and easy. Simpan pics banyak2 kat situ untuk kenangan. Tapi bila rasa nak menulis panjang, terus buka blog ni. Walaupun dah bersawang sangat tapi sayang nak delete blog ni sebab dari sini la akak dapat kenal kawan2 maya. It's a long story for almost a year tak menulis, lebih kot. Macam2 berlaku. Ada yang suka, ada yang duka dan akak masih di hutan batu yang semakin cramp each day. Construction here and every where, masa perjalanan ke ofic elok2 hanya 15 - 20 minit, dah jadi more than 40 minit. Just imagine how we survive in KL. Rushing every single day.








How time flies, my little girl dah form 5 this year, tengah struggle untuk SPM 2019. Hurmmm...2 weeks left to go. Early in the morning kena attend kelas intensif Add Math, thank you to the teacher atas usaha yang baik tapi samada students boleh hadam dengan apa yang diajar atau tak, Allahualam. Sebab awal pagi sangat =). But ia bagi impak positif pada my little girl sebab setiap hari, hanya satu soalan saja yang cikgu bincangkan and it works! My little girl still aktif dengan aktiviti canoe dia, even she has been selected for SUKMA 2010. Tapi mulai minggu ni terpaksa stop latihan, untuk fokus kepada study. Semoga segalanya dipermudahkan, ummi yang nervous lebih. Nak main canoe kat luar negara pun still guna duit Kelab and duit sendiri kan. Anyway, I am very proud to my little girl.

My big girl dah tamat intern and luckily dia dapat intern kat Colmar Tropicale, Bukit Tinggi. Segalanya dipermudahkan, dapat intern kat tempat best (walaupun busy), ada kuarters pekerja, dapat elaun bulanan dan dapat colleagues yang best. So, nikmat apa lagi yang nak didustakan. Makan pun hari2 free, just request nak makan apa. Nak shopping pun jarang so duit elaun boleh simpan. Doakan semoga dia dapat sambung buat degree, In Shaa Allah.Andddd actually dah tamat pengajian pun, tunggu nak convo bulan Mac tahun depan.

Me? Masih kerja dengan department yang sama, melihat pelbagai episod sinetron yang berlaku di ofic. Situasi bekerja sekarang tak lagi sama dengan zaman2 dulu, budi bahasa yang semakin terhakis dek kerana pangkat dan kuasa, pujian semakin dicari hingga ada yang terlupa dari mana datangnya rezeki. Asam garam kehidupan bekerja pada masa kini. Lepas Bajet 2020 diumumkan, macam nak mula cari info tentang pengeluaran bayaran GCR eh! Sapa ada calculation, please share with me =).

What else? Kesihatan ada masa terganggu, Allah tarik nikmat untuk kita terus mengingatiNya, sedar diri bahawa kita hanyalah hambaNya. Just keep calm dan bersyukur.


Thursday, August 9, 2018

mudzaffar hotel, melaka







Lama tak menerjah ke Melaka, kebetulan ada kerja, sempat la nak meronda-ronda kejap. Terpesona dengan Hotel Mudzaffar ni sebab hotel ni lain daripada yang lain. Interior dia pun lain, konsep dan penggunaan color pun lain. Konsep Islamik, respect. Color hijau tu melambangkan Islam.

Bila bertemu dengan GM hotel ni, macam dah kenal lama, sebaya pulak tu. Sangat humble, tak meninggi diri. Kita tak segan nak bercakap sebab tak ada protokol sangat. Meeting pun jadi santai, muka tak ketat la.






Masuk je kat main entrance memang dah terpesona dengan tangga Melaka yang tersergam indah. Memang tak lepas peluang nak snap gambo kat situ, entah berapa kali snap daaa.... :). Terpegun kejap tengok tangga tu, cantik sangat. 






Tak lepas peluang borak2 dan minum2 kat cafe lounge dia, cantik dan selesa. Minum 100 plus je pun sebab perut dah penuh dengan asam pedas Melaka. Menjeling jugek kat kek2 dalam almari kaca tu tapi tak nak layan nafsu makan dah. Borak2 pasal kerja, pasal politik...tetiba kan berborak pasal CM Melaka. Anyway, respect kat CM Melaka.









Mahu tak terpesona dengan hotel ni sebab design dia memang cantik, very welcoming, rasa selamat je stay kat hotel ni sebab terasa sangat Islamik dia. Kita tak akan jumpa sebarang benda berbentuk patung atau seumpamanya, tak akan jumpa kat mana2 tempat dalam hotel ni. Ownernya sangat menjaga prinsip Islamiknya. Frem2 kat dinding semua gambo2 Islamik, contoh gambo ulamak2, gambo kota Mekah etc.






Ownernya jugek sangat sederhana orangnya, very humble. Orang Penang yang cari makan kat Melaka. Terima kasih melayan kami dengan baik. Memang kami recommend stay kat hotel ni. Sekadar perbandingan biasa, masa kat KB dulu, memang ada hotel yang menitik-beratkan konsep Islamik tapi bukan kepada keseluruhan hotel. Kat Mudzaffar ni, hati "tersentuh" kat mana2. Service bagus.





















Hotel bercirikan Islamik, tak semestinya untuk penginap Islam jek. Non-muslim pun dialu-alukan untuk datang ke sini. Bilik yang selesa dan nampak mewah tapi dapat harga yang bersesuaian, harga yang mampu milik. Nak buat meeting, kursus atau seminar pun sangat sesuai. Lokasi hotel bersebelahan dengan MITC Ayer Keroh, dekat dengan Mydin dan kedai2 makan pun tak jauh dari situ.

Highly recommended.

Monday, April 30, 2018

I am happy









Salam Nisfu Syaaban.

Lama betul tak menulis kat sini, sebab ralik dengan media sosial yang lain. Yup, ralik dengan IG. Akak suka post kat IG sebab mudah dan senang dapat respon. Update guna android jek, tak sampai 5 minit dah siap. Nak update pun at anytime and anywhere that you want. Tapi still sayang dengan blog ni sebab blog ni dah lama wujud.

Quite busy bila awal tahun sebab masa ni la bajet masih banyak kan. Tak abih2 dengan kerja duniawi, memang tak pernah abih dan sentiasa ada order dan dateline. Walau macamana sibuknya kita dengan kerja duniawi, jangan abaikan pulak apa yang wajib ye. Baik atau jahatnya kita, yang wajib jangan tinggalkan sebab setiap rezeki yang kita dapat, semuanya daripada Allah SWT. Kalau Dia mengizinkan, dapat la kita. Jika Dia tidak mengizinkan, maka bukan la rezeki kita. Jauhkan la rasa ujub dengan rezeki yang berlimpah2 bilamana kita rasa semuanya tu sebab kita yang hebat. Kita tidak hebat. Alhamdullillah rezeki tak pernah putus.

Suku tahun pertama ni memang macam2 yang berlaku. Akak busy dengan annual big event, 2 minggu kerja overtime. Nasib baik SRK sangat memahami, take over kerja2 rumah (kalau tak ada event pun, SRK tetap memasak!). Yang SRK tak pernah take over ialah....melipat kain baju. So nasib la kalau kain baju tak berlipat dah setinggi Bukit Broga. Tapi benda2 macam ni tak pernah nak lunturkan kasih sayang antara kami. Dah tua2 ni, tak payah nak berkira sangat dan tak perlu nak demand sangat kan. Kena banyak berkompromi antara satu sama lain. That is why, alhamdullillah we all celebrated anniversary yang ke21 baru2 ni. Bukan senang nak sampai 21 tahun ni, terlalu banyak cabaran dan dugaan. Tapi kita kena tempuhi semua tu dengan sabar.

This year memang bermula dengan warna-warna kegembiraan. Adik (anak dara kecik) menang National Canoe Polo Championship 2018, game buat kat Muar. At the age of 16, ini satu permulaan yang sangat baik untuk adik mewakili Malaysia ke China. Doakan impian adik tercapai, In Shaa Allah. Adik pun dapat hadiah kecemerlangan PT3 2017, seronok tengok adik happy. Few years ago, kakak pun dapat. So dua2 tak boleh nak jealous antara satu sama lain. Budak2 ni memang "berlumba" untuk beat.

Ummi? Ummi dan babah tumpang happy and proud.

Ada lagi yang tak dijangka. Akak dapat durian runtuh atas prestasi kerja tahun lepas. Memang unexpected sebab lately akak tengok trend management bagi awards pada staf2 muda remaja. So tak sangka langsung nak dapat appreciation yang macam ni sebab akak kan dah level makcik2. Syukur alhamdullillah, rezeki anak2 juga. SRK tumpang gembira, mau dia tak happy sebab bini dapat durian runtuh....boleh la tumpang sekaki! =). Thank you very much to manageteam team sebab pilih makcik yang dah tak berapa nak vogue ni. Once in 10 years kot. So, tips untuk cemerlang ialah:

1) Berani kerana benar, bukan "yes boss" untuk bodek bos. Bodek bos tapi kerja tip top, ok lagi.

2) Buat kerja kerana uolls suka kan kerja tu, dah tanggungjawab kan. Elakkan ada rasa terpaksa buat kerja.

3) Bukan kerja sorang2, tak nak ada orang tolong....tak nak kerja teamwork (ramai yang type ni sebab dia
    nak kredit sorang2).

4) Kerja bukan nak harapkan pujian orang. Kalau asyik nak harapkan pujian, once uolls tak dapat pujian,
    uolls akan down. Believe me.

5) Kerja buat sampai siap, complete, bukan buat ala kadar jek (asalkan siap).

6) Jangan kacau kerja orang lain, komplen kerja orang lain macam la kita dah perfect. Kacau takmo tapi bagi idea yang bagus2, ok.

7) Elakkan kerja berpuak2, ni type yang pilih orang tertentu jek dalam team, baru nak buat kerja. Tak effect pun kalau bekerja dengan orang yang bukan pilihan kita, janji kerja settled.

8) Jangan perasan kita ni bagus giler sebab bila ada perasaan ni, orang pun menyampah dan kita susah nak improve.

9) Be kind to your collegues.

10) Kurangkan show off kerja dalam group whatsapp....hihihi....yang ni memang akak rimas =).

Cukup la 10 tips kot walaupun ada banyak lagi. Yang penting, kerja kena buat dengan ikhlas. Love your job. Respect your seniors walaupun derang tu bukan bos, bukan pegawai atasan sebab experience yang derang ada lebih power. Akak memang anti kalau ada new officer yang acah2 eskyen because you know nothing. Apa yang ada dalam kepala tu semuanya teori jek. Gain the experience, baru la real.

Lagi yang best awal2 tahun ni?

Lupa pulak, dapat duit daripada LHDN sebab derang bayar cukai terlebih bayar. Yang ni memang best sebab seolah-olah macam kita menabung kan. Boleh la belanja SRK beli baju kat Padini. Upah dia memasak dan ambik anak kat sekolah =). Sesekali, akak paw pulak dia belanja makan kat luar. Syok kan gitu?

Well, nikmat apa lagi yang nak kita dustakan??

Babai.







Friday, January 26, 2018

pencapaian diri



Salam Jumaat yang penuh barokah.

Sekejap je dah nak abih bulan Januari 2018, memang sekejap sangat. Semalam birthday salah seorang sahabat lama, memang kami dah bersahabat lebih daripada 10 tahun. Masa my birthday, pagi2 buta dia dah call nak wish tapi semalam, akak punya la rushing pagi2, tak sempat nak call. Dah tengahari baru sempat nak wish through whatsapp. So, how busy we are, friends are very important to us. Sibuk macamana pun, kita jangan jauhkan jarak dengan kawan2.

Apa pencapaian akak tahun lepas? Kalau pencapaian aktiviti kat ofic, tak tercapai 100% pun. Ini kan pula manusia, ada kurang sana sini, of coz.

Last year agak banyak berdepan dengan dugaan. Allah tidak menduga hambanya lebih daripada kemampuannya kan. So, In Shaa Allah ada solutionnya. Kita ni bila umur semakin meningkat, mesti la ada perubahan ke arah kebaikan. Takkan nak jadi lebih buruk. Ok, tahun lepas selain daripada naik gaji tahunan yang fixed tu, ada la perkara2 lain yang menggembirakan akak.

1.     SRK (asben) semakin rajin memasak. (hissshhh...ni memang sejak azali).

2.     Anak dara sambung study, tak payah sewa rumah kat luar, dapat duduk hostel. Ni memang buat akak   happy sebab bila sewa rumah kat luar, banyak benda nak kena settle, nak kena fikir.

3.     Anak dara berjaya terpilih sebagai atlet kayak Malaysia. Walaupun sukan kayak ni tak berapa nak famous lagi kat negara kita tapi ini permulaan yang bagus. Ada peluang nak wakil negara ke China, Manila etc. Ok la kan, budak ni baru nak masuk 16 tahun. (Harap2 KBS boleh beri lebih perhatian kepada sukan kanu ni).

4.     Satu family sihat walafiat, nikmat apa lagi yang nak kita dustakan? Alhamdullillah.

5.     Mak pesan, jangan lupa 3 perkara iaitu solat sunat, solat dhuha dan berpuasa 3 hari sebulan. Solat sunat dan solat dhuha tu, setakat ni In Shaa Allah tapi puasa 3 hari tu........bukan tak mampu tapi asyik tak ingat nak buat. In Shaa Allah, mak.

6.     Anak dara dapat result baik dalam exam PT3, ok la kan walaupun bukan straight A. Alhamdullillah walaupun tak dapat nak cantas result kakak dia tapi sis cuba! Sistem KBAT tu, alangkan cikgu pun pening, ini kan pula students.

7.     Umur dah banyak tapi masih mampu nak buat workout dan exercise.

But then, memang ada jugek hal2 yang tak menggembirakan, biasa la kan. Kita takkan lari daripada cabaran dan dugaan dalam hidup sebab hal2 di dunia ni hanya sementara. Didoakan semoga pintu2 hati yang itu, terbuka untuk berubah ke arah kebaikan sebab apa jua rezeki yang kita dapat adalah daripada Allah SWT, bukan kerana kita yang hebat. Apa jua kelebihan yang ada pada diri kita juga bukanlah sebab keturunan kita yang sempurna, kerana manusia tidak sempurna. Elok la kita tampal solat-solat kita yang rongak itu sebelum kita disolatkan oleh orang lain.

Yang maintain, ada jugek. Masih minat untuk bersukan, berlepak2 dengan kawan2 yang baik dan hebat. Setinggi penghargaan kepada kawan2 yang sangat hebat, masakan tidak, bersahabat hingga berpuluh tahun tapi silatulrahim tak berubah, masih sama macam zaman sekolah dulu jugek. Appreciated.

Terima kasih tidak terhingga kepada SRK yang masih tak jemu2 melayan karenah isterinya ini yang memang banyak karenah, banyak membebel, masih ada karektor manja walaupun dah tua, kadang2 menjadi isteri yang sangat sibuk dengan kerja, balik lewat malam kerana bekerja, suka window shopping, suka online shopping, suka merajuk bila sampai musim tertentu, kadang2 datang vitamin M nak memasak...dan banyak lagi rupanya karenah yang SRK kena hadap hari2. Tapi atas dasar kasih-sayang dan sanggup terima seadanya, mungkin penilaian SRK terhadap isterinya ini, dilihat dari mata hati.

Semoga tahun 2018 ini memberikan sekali kebahagiaan kepada kita semua =).

Friday, December 29, 2017

it's my birthday










Alhamdullillah Allah SWT memanjangkan umur hingga ke hari ini, memberi kegembiraan, memberi rezeki yang tak putus2. Lantas nikmat apa lagi yang nak kita dustakan. Rasa umur macam baru 34 tapi tahun ni dah masuk level makcik2 sangat dah. Rasa sangat diri ni berumur bilamana ada benda2 yang kita suka masa dulu2, sekarang dah macam tak suka =). Dah rasa perubahan tu, lebih2 lagi rasa diri lebih matured (of coz). Anak2 pun dah besar. Tapi macam still tak boleh terima kalau salesgirls kat malls panggil akak, makcik. Apa la diaorang ni kan, panggil la auntie, baru sedap sikit nak dengar.

Tak ada special celebration daripada SRK, katanya nak bawa pergi makan jek. It is ok as long dia boleh jadi suami yang baik kepada akak, dan abah yang baik kepada anak2. Tak pukul, tak dera, taat solat, hormat parents, boleh masak untuk family while I am busy, boleh bertoleransi, boleh berkompromi, sentiasa ada gurau senda dan tak abai nafkah, itu dah lebih bermakna daripada hadiah. Eh, macam banyak pulak "syarat" kan =). Akak bukan request perfectionist tapi a proper husband. Alhamdullillah, walaupun banyak cabaran dan dugaan.

Terima kasih tak terhingga kepada semua kawan2 dan sedara-mara yang tak pernah lupa birthday akak, rasa macam terharu sebab banyak sangat wishes yang sampai kat whatsapp dan FB. My daughter cakap, FB untuk orang berumur. Budak2 muda main twitter, wechat...okay. Bila free banyak sikit nanti, boleh la reply one by one because I appreciate all the wishes.

Tak ada kata2 lain yang boleh diterjemahkan, melainkan syukur yang tidak terhingga kepadaNya atas segala-gala bentuk rezeki yang diterima selama ini.

Happy Birthday To Me!

Tuesday, November 28, 2017

masjid besi



























Allah bagi rezeki pada akak untuk solat di Masjid Besi, Putrajaya. Memang satu pengalaman yang sangat berharga. Walaupun bagi sesetengah orang, hal ni macam biasa jek tapi bagi akak, sangat berharga. Masjid yang sangat indah seni binanya dan sangat selesa untuk kita solat dan menjalankan aktiviti2 ibadah yang lain. Kagum sangat. Bila masuk ke masjid ni, ada feeling yang tak terucap. Rasa nak duduk je kat situ, tenang dan indah sangat.

Keciknya kita sebagai seorang hamba Allah. Jahilnya rasa bila tengok anak2 yang masih muda remaja gigih belajar mengaji, membetulkan tajwid dalam bacaan. Teruji sifat amanah bila nak beli mineral water, hanya ambil dan tinggalkan duit bayaran dalam kotak. Ada yang tersurat dan tersirat. Fikiran jadi "berkecamuk" sekejap..hehehe. Terkedu. Allahuakbar. Maka nikmat apa lagi yang kita dustakan, betul tak?

Semua kemudahan, jalan dan peluang dah ada di depan mata, tinggal lagi tepuk dada tanya selera masing2.

"berkecamuk" = teruja, gembira, sedih, terharu (semua ada).

Anyway, tak kira kat mana kita nak kukuhkan tiang agama kita, janji diterima oleh Allah SWT. Aamiin. Sekadar teruja sekejap, mengimbas semula memori Masjid Kristal, Kuala Terengganu.


Thursday, October 26, 2017

free lunch & CEO from London








Saja nak tepek gambar makanan, nak bagi kawan2 jaki sebab akak dapat makan free =). Last day duty kat hotel and still invited untuk makan free, so makan la selagi mampu. 

Green tea cake tu tak berapa menepati citarasa akak walaupun akak suka minum green tea. Anyway this 3 days, perut ni penuh dengan coffee pelbagai rasa, hancus diet. Kek coklat tu just macam kek coklat yang biasa2. Peach pie with vanilla tu quite okay rasanya tapi akak prefer apple pie kalau ada pilihan. Agar2 tu tak ada apa yang special. One thing, we have to be fast untuk ambik food etc sebab waiters and waitress kat situ sangat cepat angkut food untuk bawa pergi kitchen semula. Even orang tengah sedap nak habiskan food pun, dia boleh cakap nak angkat pinggan.





Lunch menu, yang semalam lagi best sebab ada grilled lamb. Hari ni ada lamb masak kari, quite heavy to eat sebab dengan rasa kambing lagi, dengan rasa kari lagi. Heavy kat tekak ni. Sweet sour fish quite okay, mushroom & brokoli chinese style, akak suka sangat. Kalau boleh nak buat muka seposen dan ratah banyak2. Salad + dressing tu memang best, semalam pun makan. Ada salad tomato tu, bila makan...akak rasa macam makan minyak gamat. So, surrendered. Portion nasi kena sikit sebab nak makan lauk banyak. Standard la kan kalau makan kat hotel.

While we were eating, ada sorang auntie ni duduk kat sebelah. Rapat pulak tu, macam dah kenal lama. I dont mind sebab boleh borak2 tapi macam curious pulak. Bila we all borak, dia macam pay attention dengan cerita2 yang we all borak. At last auntie ni join borak dan terkeluar slang pantai timur + english. Dont judge a book by its cover, okay. Penat dengar dia cerita pasal kerja dia di London, kawen dengan English Man, dah dapat PR, kerja fly sana dan fly sini. Tapi akak pay attention dengan cerita dia walaupun dressing dan muka dia macam auntie berniaga kain batik kat Kota Bharu.

Thank you Kak Ha for sharing success stories in London. Hopefully her new project will success too.

Tuesday, October 24, 2017

dapat charge handphone & makan free lagi










Last minute kena pergi buat exhibition & sales kat Hotel Intercontinental, KL. Bagi yang blur pasal hotel ni, dulu Hotel Nikko. Famous sebab bersebelahan dengan Restoran Lotus yang dah tinggal kenangan tu. Kerja last minute tapi nak hasil tiptop, pengsan. Nasib baik ada teamwork walau sorang dua tu macam tak ikhlas nak ber-teamwork. Macam kena paksa.

Okay, secretariat punya friendly and helpful, bagi makan free lagi. I thot makan tu cuma untuk CEOs yang datang untuk berforum tu jek tapi dia ajak we all makan sekali. Bercahaya mata akak, rezeki jangan ditolak uolls. Minum pagi, lunch dan minum petang, all for free. Hopefully esok dan lusa pun dapat makan free =).

Seronok terlebih sebab dapat makan siew mai, my favourite all the time.






Dah "penat" makan dan setup, handphone macam dah hidup segan mati tak nak. Terharu bila tengok ada charging station kat situ. Uolls boleh charge ikut suka, cuma becareful bimbang tertukar handphone atau handphone lesap. Tapi kalau emergency bateri handphone dah out, ni la tempatnya. Makcik jakun kejap. Anyway thank you for understanding our need. Appreciated. Fast charging pulak tu. Terbaik.

Okay, bye.

Wednesday, October 18, 2017

iphone yang hilang







Kelmarin dapat kawan2 baru dari Jepun. One of them is an English teacher in Singapore and married to Singaporean. The other one (sebelah kanan) is a crafter, terer buat handmade accessories, kawen dengan lelaki Melayu dari Malaysia. So that one pandai cakap Melayu walaupun tak fasih. Yang English teacher tu dah 15 tahun duduk kat Singapore, so she's quite familiar dengan KL. Comey derang ni walaupun bukan muda lagi. Dressing sangat simple, ingatkan dia tengah berpantang sebab pakai selipar dengan stokin tebal =).

More than 7 days ago, SRK jumpa Iphone dan mintak akak investigate cari ownernya. It was quite difficult to find sebab Iphone tu tak boleh dibuka, ada password dan tambah lagi, owner dah set dalam flight mode. Mujur la boleh baca notifications kat wall, so try tengok nama2 yang suka like dia punya instagram. Hebat kuasa media social ni kan. Selepas 5 hari baru ada respon daripada sorang perempuan Jepun juga, dia cakap dia student kepada owner Iphone tu tapi teacher dia ada kat Singapore.

Okay, dia introduced akak kepada sorang lagi Jepun, yang ni memang kawan baik orang yang hilang Iphone ni, kawan dari zaman kat universiti lagi. Lama tu. So we all chatting through instagram jek, malas lagi nak bagi phone number. Nak kena confirm banyak benda sebab nak make sure I have found the right owner. Banyak la soalan akak tanya, forsure Jepun ni macam boring nak jawab banyak benda.

Orang kata, buat baik pasti dibalas dengan kebaikan juga. Alhamdullillah memang jumpa the right owner dan dia sangat sangat sangat happy sebab dapat semula Iphone dia. Of course la kan, just imagine handphone kita yang hilang. Dengan contact list dalam tu, dengan photos yang kita sayang, belum lagi kalau kita simpan benda2 lain dalam phone tu. Memang macam hilang nyawa kejap kan.

Well, this Japanese woman sanggup datang ke KL untuk berjumpa dan ini la yang dinamakan kehidupan. Nice to meet both of you.

Tuesday, September 26, 2017

grab car driver








This is one of the popular services. Dan akak pun suka guna grab, compare to uber (actually tak pernah lagi guna uber, please excuse me). Lately memang selalu guna grab car untuk pergi shopping sebab malas nak pikir pasal parking dan caj parking. Sekarang memang unbelievable caj parking kat KL ni. Parking sekejap pun dah berapa ringgit kena bayar. So no need to think about it, ambik grab dan naik tren untuk pergi shopping. Lagi berbaloi.

 It's our choice nak naik kereta kategori murah, mewah etc. But normally pilih yang biasa2 aje, takde beza sangat pun. Cuma, some of the drivers memang kurang familiar dengan routes. Kalau drivers yang dah biasa dengan routes tu, dia tak akan ikut map kat handphone. Forsure dia akan ikut jalan yang mudah. Jimat. Tapi macamana pulak kalau driver tu memang tak biasa dengan routes kat tempat tu. Of coz dia akan follow map yang kadang2 mengelirukan.

Kelmarin akak naik grab car sorang jejaka muda melayu ni.Mula daripada buka pintu kereta hingga la dah dekat nak sampai destinasi, the driver was very quiet. Tak welcome penumpang, tak tanya apa2 pun. Macam menumpang kereta orang secara terpaksa pulak. Then, dah la tak tau jalan. Since the driver was not friendly at all, akak biarkan dia "bertungkus-lumus" dengan map, ikut jalan jauh dan I had to pay just RM4. I was tired and just tetiba datang mood "wait & see" je dengan gelagat driver grab car ni. Well, apa la salahnya welcome penumpang dan tanya jalan yang mudah, kan. Easy. 




Thursday, July 6, 2017

eid mubarak - menjejak kasih



Assalamualaikum. Selamat Hari Raya kepada semua muslimin dan muslimat. Lambat wish sebab tak teringat nak buka blog dan update blog...hehe. Mood ke laut sejak bulan puasa hari tu, then bila cuti raya approved 5 hari, campur dengan cuti free 6 hari, dapat cuti 11 hari...akak kosongkan terus mind akak daripada memikirkan hal2 kat ofic. Then bila start kerja semula, macam malas...monday blues sangat baru ni. Well, aidilfitri hanya setahun sekali, kita manfaatkannya betul2 tapi jangan ler sampai lupa diri kan.





The most beautiful baby in the house, during raya. Dah masuk 6 bulan ni, dah pandai meniarap dan "berenang", so ralik sangat dengan baby yang sorang ni. Very friendly dengan orang, tak kira siapa dan pandai "berborak". Senang nak tidokan budak kecik ni, sejuk perut SIL akak mengandungkan budak kecik ni. Seronok, tak jemu nak ulit budak kecik ni. Bertuah sebab baru 6 bulan tapi umminya dah belikan baju kurung. Terbaik.





Photoshoot untuk remaja2 ni memang tak pernah tinggal. Very close to each other sebab berkawan dari zaman kecik lagi, padahal yang lelaki 2 orang tu pangkat pak sedara dengan budak2 perempuan ni =). Age lebih kurang sama, 15 - 19 years old. Setiap kali raya, derang ni memang kena posing sama2, then lepak kat rumah mak...makan2...tengok tv...main game. Normal, remaja kan. Dress anak dara, akak grab dari Zolace masa menerjah ke Mood Republic baru2 ni. Kakaknya pulak...hmm...lupa nama kedai tapi nak dapat color yang lebih kurang sama tu, bukan main susah lagi. 

Day 1 and day 2 raya, memang tak ke mana2 sebab ramai sedara-mara datang especially anak2 sedara sebelah abah. Akak memang totally jadi pembantu rumah yang success, buat air, topup kuih2 raya, kemas2 meja, basuh pinggan / cawan, masak nasi etc. Complete. Alhamdullillah dibantu oleh adik dan kakak ipar yang pantas membuat kerja. Mak boleh relax, layan tetamu je.





Raya tahun ni tanam azam nak visit cikgu tadika anak2 dulu, rasanya dah lama tak jumpa. We are closed sebab anak2 memang rapat dan manja dengan cikgu ni. Tambah lagi cikgu ni baik sangat orangnya, cakap lembut..marah pun dengan nada lembut. So, budak2 suka cikgu ni. Yang tak boleh blah, anak dara akak pernah duduk atas riba cikgu, suka duduk atas riba cikgu tapi cikgu redha =). Anak tunggal cikgu pun closed dengan kami. Even masa anak cikgu tengah buat degree kat UK, sebelum balik belikan anak akak buku2 cerita. Happy tak terkata dapat buku cerita dari UK.

So, raya ke-4 baru ada masa nak visit cikgu  ni. Alhamdullillah dapat jumpa. Akak boleh jadikan cikgu ni sebagai cikgu contoh. Ibu tunggal tapi boleh manage life dengan baik. Boleh bina rumah yang besar, melancong ke luar negara tapi masih low-profile dengan masyarakat. Walaupun dah banyak tahun tak jumpa cikgu ni tapi bila kami jumpa semula, boleh berborak macam dulu2 juga. We are still the same people.





Last but not least. Now kat rumah mak ada 14 ekor kucing. Kucing2 ni pun bila time raya, derang pun sibuk nak raya. So, menu kucing based on apa yang we all makan la..hehe. Kucing2 mak ni macam pelahap, mee goreng pun makan, roti canai pun makan, roti putih sapu marjerin pun makan! Hebat gak taste kucing2 ni. Walaupun ramai tapi semua dengar kata, tak masuk dalam rumah. No cats in the house.





Monday, June 5, 2017

Lulu Hypermarket



Anyone can tell me about Lulu Hypermarket?

Actually SRK yang suggest untuk ke situ sebab katanya macam2 ada. Memang macam2 ada, kalau nak beli barang2 dapur, lauk-pauk dan sayur-sayuran, boleh la ke situ. First time akak pergi situ pun dah teruja sebab banyak pilihan. Semalam 2nd time terjah ke Lulu. Sangat ramai manusia kat situ since masing2 nak beli macam2 keperluan dapur, kurma etc. Ikan segar2, daging lembu, kambing...semua ada. Even nak cari perut lembu pun ada. Teruja tengok ada macam2 jenis cheese kat situ tapi akak try cari udon, sampai nak balik pun tak jumpa. Serius, kalau uolls nak beli cheese, cream cheese dan apa2 lagi yang related dengan cheese, kena pergi Lulu. Then derang jual pelbagai jenis paste. Paste bawang, cili, kimchi dan macam2 jenis marinated buah zaitun. Kalau malas nak blend sendiri bawang dan cili, uolls boleh pergi beli kat situ.





Kalau teringin nak makan sushi, pun ada jual macam2 jenis sushi. Akak beli yang ini atas permintaan anak2 dara, harga RM15+- gitu. Not bad. Sedap, rasa macam sushi yang kita makan kat tempat2 lain. Ada wasabi sekali. Sekali hadap, licin. Tapi anak2 kurang minat dengan ikan tu. So, ummi yang tolong habiskan. Ok kan.

Kat situ juga ada food court atau dining area. Ada macam2 nasi beriyani, lauk kambing, beef, spagetti etc. So either kita nak makan kat situ atau pack bawa balik. Simple.





Kat tingkat atas, macam biasa ada jualan pakaian, kasut, bag, aksesori, barang2 mandian etc. Anak2 dara ni sempat lagi berposing, maklum la budak2 zaman sekarang sepanjang masa dengan handphone. Not bad harga barang2 kat situ. Kalau nak pergi Lulu ni memang agak hazab nak Q cari parkir sebab bangunannya bersebelahan dengan Jakel KL jek. Nak cari parkir, boleh masuk ke parkir kat basement tu. 1st hour rasanya dalam RM4 gitu. Kalau letak kereta kat tepi2 jalan tu, ada harapan nak kena saman trafik.. =)






Friday, June 2, 2017

Genting Highland






Dah banyak tahun tak mendaki hingga ke puncak Genting Highland. Walaupun tak jauh dari KL tapi tak berkesempatan nak pergi. Tapi baru2 ni sebelum puasa, layan jugek kehendak anak2 sebab dah lama sangat tak pergi. OTW balik dari kampung, terus naik ke puncak. Kebetulan hari baru lepas hujan, so kat atas tu tebal sangat kabus. Pandangan hanya dalam 10-15 meter je ke depan. Tapi sebab SRK dah biasa dengan jalan2 kat situ sebab selalu bawak tourists, so keadaan terkawal.






Macam jakun pulak bila masuk dalam building sebab interior design dan "aksesori" kat dalam tu memang menawan hati. Nampak moden dan catchy. No wonder setiap weekend, ramai jek yang panjat ke situ. Macam2 ada, especially games. Anak2 excited semacam.




Bila dah jalan2 tu, ada jugek rasa macam jalan2 kat Pavilion. Lebih kurang la kedudukan shoplots kat situ. Tapi more happening sebab orang memang ramai sangat2. Tak tau la orang pergi situ untuk apa tapi salah satunya of course for entertainment. Tourists memang ramai, so kalau kita bawa anak2 yang masih kecik, kena jaga elok2 la.







Akak "pening" tengok macam2..hehe. Faktor umur kot. We all follow je SRK sebab tak boleh ingat kat mana pintu keluar dan kat mana pintu masuk =). Main jalan jek, turun naik lif. Nak cari indoor games pun memang takde unless uolls nak main video games, memang banyak kat situ. Dah kenapa tua2 nak main video games, kan.








Try to find Malaysian Food but bila sampai kat tempat tu, you actually just boleh tengok sebab hampir kesemuanya non halal food. Non halal foods are everywhere, so kalau nak selamat, pergi makan kat fast food restaurants. At least kita dah tau halal haramnya. Nampak dim sum tu macam sedap, one of my favourites kot tapi tak halal, okay.






On the way back, SRK bawa singgah kat the biggest temple yang ada kat situ. Anyone can visit this temple dan yang menariknya ialah kita boleh tengok cable car dari dekat. View memang cantik sangat, boleh nampak ke kawasan2 bawah, siap ada kabus bagai, very nice. Rezeki kami dapat tengok suasana berkabus2 sebab baru lepas hujan.








Temple ni memang besar dan pelancong2 memang suka singgah. Kita boleh ambik gambar sebanyak mana yang kita suka. At the end, walaupun perut lapar tapi dah sampai KL baru boleh alas perut. Nak singgah restoran mamak pun macam tak best. So, just keep quiet sepanjang perjalanan balik sebab masing2 lapar =)
















Monday, May 22, 2017

Karnival WOW



Karnival WOW baru2 ni macam tak wow sangat, biasa2 jek. Yang happening sebab ada live programme by TV3. So ramai ler orang kerumun kat situ, nak tengok pengacara2 Wanita Hari Ini dan artis2 lain. Okay, masa akak sampai situ, cuma ada artis Gambit dan....hmm..sori sangat, akak lupa nama artis perempuan yang sorang ni walaupun dia selalu jugek berlakon drama. Tauke Jus Nusantara tengah buat live promo produk2 dia, lawa orangnya. Datin kan. Akak pun confuse apa yang wow nya karnival ni tapi booth UiTM memang bagi banyak info, disamping booth syarikat2 yang tawarkan pekerjaan.





TV3 buat audition pengacara tapi nak cari perempuan yang berumur 18 - 35 tahun sahaja. So, akak dah lama disqualified!! Hahaha. Tak payah nak mimpi la kan. Jadi emcee kat mana2 function, cukup la. Tu pun kalau laku lagi. Sempat jugek register untuk main saham. Macam best jek kan nak main saham. Actually dah lama nak register tapi tak berkesempatan. Then, tertengok Malacca Securities Sdn. Bhd. buat offer free registration sempena Karnival WOW ni. So akak pun on jek la. Saja nak try.

Booths lain macam biasa jek. Oleh kerana UMNO sambut ulangtahun yang ke-71, so banyak la jugek pameran dan kaunter yang berkaitan dibuka. Dalam erti kata lain, kalau berhajat nak register sebagai ahli UMNO, ada kaunter disediakan. Bukan cakap pasal politik ye =).





Walaupun hujan gerimis tapi anak2 dara ni gigih lagi nak berposing kat perkarangan stadium. Saja nak buat kenangan, katanya. Nampaknya Stadium Bukit Jalil dah ready untuk menyambut Sukan Sea tak lama lagi. Mesti happening, tak sabar nak tengok.







Wednesday, April 12, 2017

lazada's birthday






Lebih kurang 2 weeks ago, Lazada celebrated their birthday. So banyak la offer produk2 dengan harga yang memang best. Harga memang banyak diskaun dan diskaun tu bukan sikit2. Kebetulan time tu akak tengah bercuti dan lepak kat kampung halaman jek. So ada banyak masa nak tengok + belek web Lazada. Anak dara akak pun dah pandai, login Lazada guna password akak dan bila akak login jek, tengok2 dah ada dalam shopping chart. Haiiissshhh...!! Actually quite lama akak stop buat online shopping, since SRK dapat detect tabiat bini yang suka shopping online ni...maka aktiviti dikurangkan sikit. Forsure kalau check dalam inbox, Lazada, Zalora and others dah rindu2an kat akak =). Macam2 discount code sampai kat inbox tapi akak sabar jek.

Tapi bila Lazada buat sales giler2 sempena birthday derang, mood nak shopping tu membuak2, tak boleh nak tahan. Kalau ikutkan nak penuhkan shopping chart dengan pelbagai jenis produk tapi bila memikirkan hal2 pembaziran, kontrol semula mood tu. Dalam2 kontrol tu, tercampak jugek dua barang kat shopping chart sebab offer dia memang berbaloi. Satunya sport watch, ni anak dara akak yang nak sebab dah lama dia idam nak sport watch. Sport watch ni dari oversea so lambat sikit la delivery period dia. Kena sabar.




Satu lagi barang yang tercampak dalam shopping chart is wedges akak. Dah lama survey wedges ni, baik kat online shops mahupun kat outlet tapi tak jumpa2 yang berkenan di hati, yang suit dengan bajet. At last, terjumpa jugek kat Lazada. Kiranya yang ini 90% la memenuhi kehendak akak. Kasut ni dihantar dari negeri Kedah. I thought somewhere here in KL jek. Oleh kerana dari Kedah, so tak dapat la terima barang within 24 hours but its okay, no big problem. As long kasut sampai dengan elok kan.

Why akak suka online shopping? Sebab bila duk kat KL ni, nak pergi satu2 shopping mall tu kena hadap jem, kena bayar parking yang mahal, kena ambik masa yang agak lama untuk ke satu2 tempat...wasting time. Dan normally harga kat online shops is cheaper, you can get the best price. Trust me.

Happy shopping!


Monday, April 3, 2017

MyTown









Last Friday, akak dan kawan2 menerjah ke MyTown, shopping mall yang baru buka sebelah IKEA Cheras tu. Kalau jalan tak sesak, dari ofic akak...10 minit dah sampai ke tempat tu. Kalau jalan sesak, tak payah la nak kira berapa minit. Lagi haru bila malas nak drive sendiri tapi guna khidmat Grab Car dan tambah haru bila driver Grab Car tak tau jalan, harapkan waze nak tolong =). This is true story maaa...driver Grab Car tersilap jalan dan bawak kami makan angin ke Bukit Jalil, dengan hujan lebat dan jalan sesaknya bagai. Just imagine, kesian driver Grab Car yang hanya dapat RM6.00 tapi tersalah jalan terus masuk highway Mex dan kena bayar tol! Nasib baik kami baik hati bayar lebih. Kesian punya pasal. Nak bagitau jalan... dah terlambat, cepat sangat dia pusing stereng.

MyTown memang cantik, especially tempat makan. Banyak pilihan dengan interior yang moden. Memang tak bosan la makan kat situ, pilih je nak makan apa. Harga makanan lebih kurang sama dengan harga makanan kat shopping malls yang lain. Nak western, ada. Nak nasi campur pun ada. Tak nak makan nasi, nak makan benda lain pun ada. Teringin nak makan nasi ayam penyet, pun ada. Tekak nak makan kueh-mueh pun ada. 





Dan akak as usual tengahari feeling macam malas nak makan nasi kalau breakfast dah makan nasi sebab dinner nanti nak temankan SRK dan anak dara makan nasi pulak. So pilih punya pilih, makan Lo Mee, mee yang besar2 tu. Kenyang makan Lo Mee ni. Nasib baik sedap orang tu masak, makan dengan cili potong + kicap. Match pulak dengan air kopi panas. Tengah pantang minum ais ni. Harga Lo Mee ni cuma RM7.90 jek.





Some of the stalls yang jual makanan. Ada kebab, pelbagai jenis sandwich dan dessert. Menarik kan. Lunch hour memang ramai makan kat sini. So, kalau nak ubah2 angin tu, boleh la try makan kat MyTown. Lepas makan, boleh singgah Daiso dan Kaison, dekat jek dengan tempat makan. Bawak duit lebih, boleh la beli barang lebih...hehe. Akak kena cuti kalau nak pergi IKEA dan MyTown ni serentak. Sebelah pagi pergi IKEA, petang pergi MyTown. Pengsan! Nak shopping kat Parkson pun boleh. 








Untuk sportmen dan sportwomen, kedai2 jual barangan sukan banyak kat situ, macam kat KLCC jugek. Satu floor tu banyak kedai2 ni. Boleh la nak survey2 apa yang patut. Playground untuk budak2 pun ada. So parents just no worries nak bawak anak2 ke situ. Kalau anak2 dah bosan, singgah je kat playground dan parents boleh layan whatsapp, FB or IG. Ok tak? Ngeeee...