Showing posts with label soup. Show all posts
Showing posts with label soup. Show all posts

Thursday, June 30, 2016

mood republik @ saharul ridzwan




Giler ramai manusia menerjah ke PWTC, pertamanya memang nak cari baju raya. Keduanya mungkin sebab nak tengok artis2 kesayangan dari dekat. Mau tak sesak jalan nak ke situ. Akak balik kerja dah pukul 10pm pun masih sesak, macam nak balik raya jek gayanya. Rugi minyak kereta!

Anak2 akak pun tak ketinggalan ajak pergi mood republik. Okay, dapat la beli sehelai palazo untuk si kakak, harga not bad. Si adik pulak ada aim lain nak pergi mood republik...






Ni la aim budak2 ni nak pergi mood republik. Beriya cari dengan gigih gerai yang ada mamat ni. At last, jumpa jugek. Sedang elok mamat ni baru nak mula promote biskut2 raya dia, tak sampai seminit...dah penuh dengan budak2 pompuan kat depan gerai mamat ni. Makcik2 pun ada. Eh...makcik???

Mamat ni memang friendly, sentiasa senyum menawan. Mentang2 la kan drama dia tengah hot kat tv sekarang ni. Sure la tengah panas lagi. 

Siapa nak berselfie dengan mamat ni, syaratnya kena beli biskut raya. Haaa...gitu dia promote. 







Kakaknya pun takkan nak duk diam jek kan, sanggup budak2 ni beli kerepek bawang RM20...then berasak-asak beratur panjang semata2 nak bergambar dengan mamat ni. Nasib baik ummi nya tak macam anak2 nya...hehe. Tunggu jek kat belakang, malas nak bersesak-sesak. Macam2 bau ada!

Lepas dapat berselfie, masing2 tunjuk muka excited. Amboiiii....bukan main lagi budak2 ni.






Sudahnya, tak sempat nak balik berbuka kat rumah. Masuk sunway putra dan berbuka kat situ jek. Akak cuma makan mushroom soup dan garlic bread jek, cukup dah tu alas perut. Ni makan kat kedai Burger & Friends (kot?), ground floor sunway putra. Kedai baru.

Sesekali layan kehendak anak2, rasa nak tanggal betis ni.












Thursday, July 2, 2015

singgang ikan selayang & bak choy



Tengahari semalam tetiba teringin nak makan singgang ikan yang SRK buat. Walaupun singgang versi Terengganu dia ni berbeza dengan singgang ikan yang mak buat, tapi still okay. So, terus call SRK, minta belikan ikan selayang dan petangnya boleh masak singgang. Mengidam ke?, tanya SRK. Aisshhh...tak kuasa!





Pukul 7pm baru nak masak singgang sebab SRK lambat balik. Akak tolong siang ikan jek, selebihnya SRK yang buat. Sejuk hati tengok cik suami sporting nak masakkan singgang. Bahan2nya macam biasa jek, bawang putih, bawang merah, kunyit hidup, lengkuas, lada kecik, asam keping. Rebus jek semua bahan2 tu termasuk ikan. Kalau dapat ikan selayang yang gemuk2, lagi best.





Bila dah berbuka, yang banyak makan nasi bukan akak..tapi SRK ler. Sebab dapat makan ikan singgang dengan budu, menambah nasi dibuatnya. Puashati. Budu tu import daripada Kelate.





Masak bak choy sikit, buat pelengkap juadah. Masak yang simple jek. Tumis bawang putih dan halia, masukkan sos tiram dan kiub pati ayam sikit. Then tuangkan air + tepung jagung. Siap. Tak sempat nak susun2 bak choy tu dalam pinggan.

Perrrggghhh...asik cerita makanan jek kan :)

Monday, June 22, 2015

makaroni goreng & roti & chicken soup @ weekend tanpa bazaar ramadan





Lighting gelap sikit.

Pecah rekod setakat ni, hanya 1st day puasa hari tu akak menerjah ke bazaar Ramadan sebab nak cari kuih yang anak dara nak. Lepas daripada tu, alhamdullillah kami masak dan makan apa yang ada kat rumah jek. Rasa lebih berbaloi.





Anak dara request nak makan makaroni tapi lupa nak beli daging kisar. SRK pulak kalau berbuka puasa mesti terus makan nasi. Janji ada air sejuk. Nak ganti daging kisar, akak guna daging burger ayam jek yang ada dalam peti ais tu. Rebus dulu daging burger untuk melembutkannya dan kemudian hancurkan.

Ini makaroni versi simple sangat sebab tak ada additional ingredients pun. Kalau goreng plain gini tanpa sebarang jenis sayur, anak dara akan makan habis. Guna bahan2 yang mudah jek, bawang besar, bawang putih, cili boh, ayam kisar, telur, sos tomato dan garam.






On Sunday, akak masak agar2 bandung tapi tak sempat nak snap gambo. Then ada stok roti gardenia, akak buat roti sardin celup telur. Memang mengenyangkan makan roti ni.

Meanwhile, SRK rebus ikan selayang macam buat singgang tu, then bila dah sejuk, SRK goreng ikan selayang tu. Makan cicah dengan sambal kicap. Sedap, ada rasa masin dan masam. Untuk ganti sayur, SRK buat salad timun + buah tomato. Salad dia mudah jek, campur dua2 tu, bubuh udang kering, garam, gula, cili api dan air limau kasturi. Siap.

Tambahan lauk, akak masak ayam kicap. Pun tak sempat nak snap.





Tetiba rajin nak buat chicken soup, boleh makan dengan roti gardenia. Ada isi ayam sikit2 tu dah boleh buat.

Bahan2nya tak susah mana, ayam potong halus2, tepung gandum, air, kiub pati ayam, bawang besar dan bawang putih, susu sejat, serbuk oregano, garam dan butter / margerin untuk menumis. Tapi akak tak ada serbuk oregano. Its ok.

Tumis bawang2 tu, masukkan ayam dan masak ayam hingga lembut. Masukkan kiub pati ayam, masukkan tepung gandum sikit demi sedikit, masukkan air, susu sejat dan garam. Jangan biarkan tepung berketul2. Siap. SRK suka pulak makan chicken soup ni. Sama kaedah dengan masak mushroom soup.

Well, weekend tanpa bazaar Ramadan. Alhamdullillah.

Friday, May 15, 2015

singgang daging by SRK






SRK masuk dapur lagi sebab petang semalam pukul 5, dia dah tercegat kat rumah. Akak pulak pukul 6.30 baru sampai rumah. Ada beli tulang lembu sikit kat pasar malam baru2 ni, so SRK cadang masak singgang tulang. Akak dah pernah juga masak singgang tulang ni tapi macam tak "kick", tak macam SRK masak. Hmmm...mengaku kalah.






Sampai kat rumah petang semalam, singgang tulang dah siap masak. Buka pintu je dah bau semerbak, Alhamdullillah. Resepi singgang tulang ni SRK dapat daripada mak dia, pure punya. Orang sebelah pantai timur...sebelah Kelantan Terengganu nun, memang selalu masak singgang tulang ni. Banyak kali juga SRK share resepi ni tapi akak macam tak reti2.. =).

Mungkin tempoh didihnya tak sama atau kehalusan bahan2 tumbuk ke...entah la. But it's ok, SRK kan ada nak masak...





Rasanya dah pernah share resepi ni tapi takpe la, siaran ulangan. Alangkan astro asik tayang siaran ulangan walaupun kita bayar tinggi, ini kan pulak resepi yang free ni kan.

~ tulang lembu
~ bawang merah
~ bawang putih
~ halia
~ lengkuas
~ ketumbar
~ asam keping
~ garam


Rebus dulu tulang lembu tu dalam 2 jam atau sampai empuk. Kalau banyak tulangnya, ada 3-4 jam rebus. Halia, lengkuas dan ketumbar tu tumbuk lumat, pastu masukkan dalam periuk tulang lembu yang telah direbus tadi. Bila bahan2 dah agak sebati dengan kuah, masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah dimayang halus. Tapi this time SRK tumbuk sekali bawang2 tu dengan bahan2 lain. Nak bagi kuah pekat.

Masukkan asam keping, ikut tahap masam yang kita nak. Petua mak akak, asam keping kena bubuh dalam bilangan ganjil supaya masam tapi tak sakit perut. Bubuh garam dan rasa la masinnya.

Kalau kita suka pedas sikit, tumbuk sekali cili kering dengan bahan2 tadi. In Shaa Allah singgang tulang ni sedap dimakan. Boleh la cuba.

Thursday, October 17, 2013

wantan tomyam @ mango chili





You olls pernah makan wantan tomyam tak? Akak pun jarang2 makan benda ni tapi bila teringat terus cari. Dan terus dapat makan kan... =))

Kebetulan memang nak cari barang kat situ, terus je terjah kat tempat tu. Sebelum tu belum terlambat kot akak nak ucapkan selamat hari raya aidil adha kepada semua kawan2. Aidil adha yang paling simple tahun ni sebab we all just makan lemang yang dibeli, cicah dengan gulai ayam. Sedap woooo.... Then tengahari akak masak nasi tomato dan masak ayam berlada. SRK pulak tolong buatkan acar timun. Simple. Tapi kenyang sampai ke lewat petang.

*****

Wantan ni salah satu makanan kegemaran akak. Either sup wantan atau wantan goreng, semua yang berkaitan dengan wantan memang akak suka. Jadi tamak kejap kan.

Akak try tanya mr.google resepi nak masak wantan tomyam ni tapi mr.google macam susah nak cari. Well, pada akak senang aje nak masak wantan tomyam ni. Masak dulu kuah tomyamnya, macam kita masak tomyam biasa tu tapi bagi pekat dan pedas sikit kuahnya. Lepas tu letak bebola ayam atau isi ayam kat dalam kulit wantan tu. Bila dah menggelegak kuahnya, baru la masukkan wantan ni. Rasa la masam manis masin dan pedasnya.

By the way, akak makan wantan tomyam ni kat Mango Chili, Giant Kinrara.

Sunday, November 11, 2012

instant mushroom soup





Petang kelmarin akak dan SRK bawa anak2 makan kat satu kedai yang agak famous kat bandar ikan patin ni. Anak2 ni kalau tak makan nasi goreng cina, tak sah. Akak makan sup cendawan dengan roti je, itu pun share dengan SRK. Kita orang diet =)).  Rupanya sup kami habis dimakan oleh anak2, tetiba pulak budak2 ni suka makan sup cendawan..

Maka nya petang semalam akak masakkan sup cendawan segera, cap Campbell's. Of course ada tanda halal, baru aman nak makan kan. Dah namanya instant, masukkan aje dalam periuk dan kacau. Kemudian masukkan air sebanyak satu tin (guna tin mushroom tu juga) dan kacau hingga mendidih. Hidangkan semasa masih panas.




Sup ni boleh la dihidangkan dengan bun tapi akak makan dengan roti bonjour, ada bijan lagi gitu. Sedap..boleh buat selalu. Anak2 pun makan. Boleh la korang cuba ye.


Thursday, April 26, 2012

revenge on cooking : budu...budu lagi


Lately memang akak jarang memasak yang betul2 masak, asyik makan kat luar aje. Redha aje la kan sebab SRK yang ajak makan kat luar. Janji dia yang bayar, bukan akak kan (senyum). Tapi Ahad lepas, kami memang "balas dendam" memasak. Walaupun tak grand mana menu yang kami sediakan tapi menu masakan kampung yang dirancang, memang menjadi. Puashati you.

..bahan-bahan untuk masak singgang tulang >> lengkuas, bawang putih,
bawang merah, asam keping & jintan manis tumbuk...




Petang Sabtu tu, kami menerjah ke pasar malam Batu 14, Puchong untuk cari bahan. Pasar malam kat situ memang meriah betul sebab memang banyak orang jual sayur dan sebagainya. Ada sorang tu jual ikan2 darat aje, macam2 jenis ikan ada. SRK jenuh cari ikan aji2 tapi jumpa yang kecik aje. Tak best kalau nak masak stim. Walaupun kecik, harga sekilo ikan aji2 ni dah cecah RM15 - RM18.

Last2 SRK beli tulang, akak tau dah dia mesti nak masak singgang tulang peberet dia tu. It's ok, akak pun suka, cuma si kecik tu aje yang tak berapa minat. So rebus tulang dulu beberapa jam sebelum dimasukkan bahan2 tadi. Bubuh garam secukup rasa ya.


..walaupun menu ni merupakan siaran ulangan tapi rasanya kali ni versi lain sikit...

Akak goreng pulak ikan kering, tengok stok ada lagi dalam ice box. Gorengkan sekali dengan bawang besar dan lada hijau. Si kecik suka makan ikan kering, kalau goreng macam dah separuh hancur gitu, lagi dia suka.




Ada lagi peberet SRK, sempat dia cari ulam kat pasar malam. Nak kata daun serai kayu tak juga tapi kami pun tak pasti nama ulam ni. Daun ni rapuh aje bila makan, ada rasa lemak2 gitu. Ulam ni kami makan cicah dengan budu cap Ketereh. Budu cap lain macam kureng.


...oghe Ganu lagu ning ler....

Last but not least, akak masak sayur kegemaran Popeye, spinach. Kali ni akak goreng bayam dengan telur dan campur sikit black pepper. Bubuh garam secukup rasa. Kalau goreng sampai rangup lagi best.


... bayam banyak khasiatnya...












Thursday, January 12, 2012

musim malas memasak

Sumber : bluevirgolady

Since cuti sekolah lepas, since me 'pos' kan anak kecik me ke kampung, me dapat penyakit malas nak memasak dah. Ice box kat rumah tu tak pernah penuh dah sepanjang cuti sekolah. Me and huby just makan ala kadar dan selalunya we all makan kat luar. Till now, my huby dah mula ada menu favourite dia. Order saja kat kedai. Sup ekor, kailan ikan masin dan ayam masak halia, tu la jugek yang huby order. Tapi since si kecik tu dah mula bersekolah, dapur kami mula berasap semula... dan huby pun dah kurang ke kedai makan. Dia lebih suka masak sendiri kat rumah. Agaknya ni la aura anak kan.

Actually me tak pernah masak sup ekor tapi me suka makan. Me tak ingat kat mana sup ekor yang paling best tapi kalau tak silap kat New Castle. Orang kata makan sup ekor banyak khasiatnya tapi me takde nak meneliti apa khasiatnya.

End Part 1.

Aura anak ni memang hebat. Tanya la mana2 mak ayah, siapa yang tak sayangkan anak kan. Even kucing dan monyet pun tau nak berikan kasih sayang pada anak. Anak adalah anugerahNya yang tidak ternilai. Me pun  mudah sangat nak mengalirkan airmata kalau sesuatu hal itu melibatkan kesusahan dan kesakitan anak2 me.

Me harap kawan me yang itu, sentiasa redha menghadapi segala dugaan yang berkaitan dengan perjalanan hidupnya, terutamanya apabila berdepan dengan anak2nya.

Monday, October 24, 2011

if you lazy to cook : chicken rice shop

Air Soya Cincau

Sometimes suri rumah separuh masa pun perlukan rehat kan. Takde la balik dari kerja, terus masuk dapur dan memasak. Kadang2 kita perlukan rehat juga. Kena pulak mood tak berapa nak baik sebab bos asyik mengamuk tak tentu pasal kat ofis. Bila dah jadi macam ni, mood pun down.


Sup Wantan


Tapi actually me memang agak malas nak memasak bila SRK takde kat rumah. Sebab yang selalu makan banyak, SRK ler. Me dengan anak kecik me, makan ala kadar je. So we all sekali-sekala terjah Chicken Rice Shop, tak jauh dari rumah me. Sebulan sekali bolehlah terjah kedai ni tapi kalau selalu sangat, bohsan juga kan.

Harga makanannya quite ok dan me agak berpuashati la. Rasanya pun boleh tahan. My favourite, of course sup wantan. Me mula minat makan sup wantan waktu me menginap di The Zone On The Park, Ampang few years ago. Sup wantannya memang sedap, terus me jatuh cinta.


Friday, August 26, 2011

tomyam campur




Masuk minggu akhir berpuasa, me selalu masak nasi goreng je untuk makan waktu sahur. Rasanya macam dah tak ada idea nak memasak dan makin tak punya selera. Untuk iklan, me dah turun 2.5 kg sepanjang puasa tahun ni :)

Tomyam ni favourite anak kecik me, so selalu la juga me masak. Me tumiskan bawang putih dan serai dulu. Then me masukkan 3/4 ketul paste tomyam dan masukkan bawang besar yang dibelah dua. Masukkan ayam, udang atau sotong dan biarkan sampai mendidih. Then masukkan buah tomato yang telah dibelah-belah ikut suka. Masukkan juga daun limau purut bagi menaikkan aura bau. Akhir sekali bubuh garam secukup rasa.

Siap untuk dihidang.

Wednesday, July 27, 2011

sup cendawan & ikan pari bakar


Jangan jemu ye sebab me masih bercerita tentang masa me makan-makan di JB. Satu petang pula, kawan me ajak minum petang, lebih kurang jam 5.30 pm dan as usual me ikut je sebab makan free :)
Kawan me bawa me minum kat satu kedai yang dia selalu lepak la. Then dia offered me makan sup cendawan. Me terdiam sekejap sebab pada me, kalau makan sup cendawan, mesti lawannya ialah nasi putih. Tapi bila me pandang keliling, rupanya orang-orang situ makan sup cendawan sebagai pelengkap minuman petang.

So, me "belasah" je kan.





Sebelah malam pula, kawan me bawa me makan di ... .. me lupa nama tempat tu tapi yang pastinya dekat dengan Hospital Sultanah Aminah dan berhampiran juga dengan jalan menuju ke Danga Bay. Kami makan ikan pari bakar. Ikan bakar best tapi yang tak bestnya, banyak cicak kat kedai tu.

Kena pilih meja yang jauh sikit daripada lampu, baru bebas daripada cicak. Nasib baik bukan cicak tokek kan. Kalau tak, me dah kaya  :)

Thursday, July 21, 2011

yong tau fu


Me masih di JB lagi. Masuk hari ketiga duk sini, macam dah tahu sikit-sikit jalan-jalan di JB ni. Banyak sangat perubahan kat sini since kunjungan me yang terakhir banyak tahun yang lepas.

Sampai je kelmarin, me terus dijemput kawan lama ke rumah dia di Kampung Melayu. Sebelum itu, kami makan kat food court Kampung Melayu. Ramai orang kat sini tapi environment tak berapa best.

Sempat la me makan yong tau fu Kampung Melayu. Sedap tapi me tak expect banyak sangat "daun" ditaburnya dalam sup. So, nak makan, me terpaksa selak-selak daun dulu..huhu..

Wednesday, February 16, 2011

singgang tulang versi Ganu Kiter

Kelmarin beli tulang dan SRK teringin nak masak singgang versi mak dia (ibu mertuaku). Dulu-dulu ada jugek tengok ibu mertuaku masak singgang ni dan memang sedap. Kalau kat tempat me, masak singgang ni guna ikan je dan kita masak singgang sampai kuahnya agak surut. Tapi masa kat New Castle, orang sana masak singgang, kuahnya mesti banyak.

So, this time masak singgang versi ganu kiter. Bahan-bahannya mudah je. Bawang putih, bawang merah, lengkuas dan ketumbar. Tumbuk belaka sampai hancur.




Rebus dulu tulang yang dah dibasuh bersih. Me rebus dalam rice-cooker lama yang dah rosak :) . Rebus sampai agak masak dan masukkan kesemua bahan-bahan tadi. Jangan lupa bubuh asam keping dan garam ye.