Bila umur dah masuk 40an ni, mula la sibuk nak menjaga muka, seboleh-bolehnya tak nak ada jeragat dan jerawat. Biar muka nampak bersih. Dulu2 jaga juga tapi akak pakai cleanser biasa je sebab muka akak jenis kurang bermasalah. Jerawat timbul sekali-sekala je. Jeragat pun boleh katakan tak ada. So pakai cleanser pun dah memadai. Tapi sekarang ni pakai cleanser je tak cukup. Jeragat dah mula hinggap sikit2, mungkin disebabkan faktor umur dan selalu kena pancaran matahari.
Dulu2 pakai bb cream maybelline punya, boleh la pakai...agak serasi dengan kulit. Lepas tu tukar kepada bb cream brand avon. Kulit macam ok tapi still oily sebab kulit muka akak memang cepat sangat berminyak. Kalau pakai bedak pukul 6.50 pagi, pukul 8 pagi tu dah mula berminyak. Boring juga. Now akak tukar pulak pakai cc cream. Amende la cc cream ni...jenuh membaca kat websites sebab nak tau fungsi dia dan yang paling penting nak tau hasil pemakaiannya.
Jom kita baca sikit2 info tentang cc cream ni...
Krim CC adalah satu istilah pemasaran yang dicipta di tengah istilah pemasaran Blemish Balm krim atau Beauty Balm. "CC krim" digunakan oleh sesetengah jenama yang bermakna krim Kawalan Warna (Color Control), atau, beberapa jenama menyatakan bahawa CC cream adalah untuk mengurangkan kemerahan kulit atau warna kulit yang pucat atau untuk meningkatkan tona kulit muka yang tidak sekata. Kedua-dua krim BB dan CC adalah pelembap gelap yang mengandungi perlindungan matahari (uv protection).
Sesetengah jenama menggelarkan cc cream ini sebagai bedak asas (foundation). Beberapa jenama yang popular mengeluarkan cc cream ialah Chanel, Loreal, Olay, Clinique dan Rachel K dan Mary Kay Cosmetics . CC cream merupakan pembaharuan daripada BB cream.
Mula2 akak survey cc cream SimplySiti, mana tau kot2 sesuai dengan kulit muka akak. Produk SimplySiti ni dari Korea. Korea banyak buat kosmetik guna flowers je, sebab tu satu masa dulu BB cream dan CC cream ni popular kat Korea. Tengok muka artis2 Korea semua licin..cantik..gebus gitu. Muka yang oily macam muka akak ni sesuai dengan produk yang berasaskan air.
Cleanser memang akak guna SimplySiti, baru je tukar daripada Safi Rania Diamond. Actually Safi Rania Diamond tu ok je dengan muka akak tapi still oily. So, try SimplySiti pulak. So far so good.
At last cari CC cream, akak decided beli CC cream pure beauty, juga produk Korea, alcohol free. Lembut je tekstur cream ni. Kalau dah pakai CC cream ni, tak perlu dah pakai bedak tapi akak pakai bedak juga. Sekali-sekala manjakan muka dengan mask, biasanya akak pakai mask mentimun, sejuk je muka lepas pakai. Sejuk rasa sampai ke dalam dan muka rasa macam lembut gitu =)). Pakai mask ni kalau kita malas nak pergi buat facial ke apa kan. Buat je la apa yang patut kat rumah. Janji ada.
Entri ni just for sharing je...akak tau uolls lebih hebat dan maju dalam menjaga muka kan :)
No comments:
Post a Comment
jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...