Posts

Showing posts from June, 2015

puding roti karamel

Image
Tetiba kan nak buat puding roti karamel. Bukan apa, bahan2nya mudah  dan senang nak beli. Kaedah memasak pun mudah, kukus jek.  Tak sampai 20 minit siapkan bahan2, dah boleh kukus. 
Bahan2nya telur ayam gred A, kalau tak dapat score A, gred B pun okay. Susu sejat, susu pekat manis, air suam dan roti gardenia. Akak memang pilih roti gardenia, tak suka massimo etc. Dah sebati jiwa ni dengan gardenia, sedap dimakan begitu saja :)
Gula pasir jangan lupa, untuk dijadikan karamel. 




Roti gardenia tu dicarik2 dan rendam dalam air suam dan susu sejat. Lepas tu, masukkan telur yang telah dipukul. Masukkan susu pekat manis. Sebelum tuang bahan2 ni ke dalam loyang, tuang dulu karamel dalam loyang. Dah tuang karamel, baru la tuang bahan2 tadi. Kukus selama 50 minit hingga satu jam. 
Tapi...kenapa puding roti karamel yang akak buat ni jadi macam ni? Hasil memang jadi berbeza sebab akak guna roti gardenia fine wholemeal, bukan roti putih.. =). 
Nasib la kan, kita yang buat dia. Bila makan, still ad…

info cancer food

Image
Selamat berhujung minggu, uolls.
Jom tengok food apa yang boleh menyebabkan kanser. Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukannya. Tapi kita boleh berusaha dan memilih.






Hmm...chips, donut, french fries, crackers dan cookies tu memang akak selalu makan :(
Tapi akak suka garlic dan cauliflower tu, my favourite. Boleh la kita usaha kurang2 kan food yang tak elok untuk kesihatan kan.

ayam goreng kunyit & asam pedas ikan kerisi

Image
Petang semalam lagi kalut, dekat pukul 6.45pm baru akak sampai rumah. SRK pun balik lambat, ada hal kat Genting Highland, berbuka kat atas bukit tu jek. Solat asar dulu kat ofis sebab nak singgah bazaar Ramadan, anak dara pesan nak kebab. Jenuh akak mencari kebab...
Pukul 7pm baru nak mula masak lauk2 untuk makan malam. Itu pun terkial-kial dalam kepala nak masak apa :) Berbuka dulu dengan buah melaka, kurma dan air. 





Masak lauk yang mudah2 jek. Mula2 masak ayam goreng kunyit. Gaul ayam dengan serbuk kunyit, serbuk kari ayam dan garam. Goreng ayam tu sambil kacau2 dalam kuali. Bila ayam dah macam nak masak, masukkan carrot, bawang besar dan kacang buncis. Kacang panjang lagi best kot tapi takde stok. Okay, siap satu lauk.





Tinggal ikan kerisi jek yang ada dalam peti ais. Tengok2 still ada daun kesum dan bunga kantan, terus sedia bahan nak masak asam pedas. Orang lain masak asam pedas ikan parang, ikan tenggiri, ikan merah, ikan2 yang best gitu. Akak belasah jek masak ikan kerisi. Janj…

sambal tempe & ikan bawal kecik kicap berlada

Image
Yee mee dan cekodok sardin tu untuk berbuka puasa jek, camna pulak dengan sahur. Sahur kena makan nasi untuk memberi tenaga, biar makan sikit pun. Lagipun kesian kat anak dara nanti, kalau tak makan nasi.
Masak simple jek, buat sambal tempe + ikan bilis. Masak benda ni kalau hangus, tak sedap la rasanya. Jadi, slow2 la buat. Favourite anak dara ni. Masak banyak sikit boleh simpan lama, buat stok.




Goreng kicap berlada ikan kecik2 ni. Nak kata ikan bawal, iye kot. Masak cukup2 untuk makan bertiga. Tanak nasi pun cukup2 jek, tak nak membazir. Then, hiris2 sikit timun jepun untuk buat ulam. Siap menu untuk bersahur tadi.
Alhamdullillah.

cekodok sardin & yee mee soup

Image
Macam kelako la pulak sekarang ni. Abih masak jek, snap gambo food. SRK cakap akak dah buang tebiat, ..hahaha. Orang nak berbuka puasa, sibuk nak snap gambo kan. Anak dara akak cakap, "ummi poyo". Poyo sikit jek kan. Rasanya time bulan puasa ni, ramai yang poyo macam akak ni. LOL.
But...I love to write.





Gambo cekodok pun nak tepek kat blog kan..hehe. Pernah terbaca blogger yang tulis macam tu. Dah tu kalau blog tu blog makan, gambo makanan jek la dia tepek kan. No problem.
Petang semalam tengah drive balik rumah tu, dah memikir nak masak apa untuk berbuka. SRK pulak informed akak yang dia tak sempat nak balik berbuka kat rumah. Tengok dalam peti ais ada lagi stok sardin, terus bancuh tepung gandum + telur + bawang merah + ikan bilis tumbuk + garam. Campurkan dengan sardin dan kacau sampai sebati. Kurang daripada 15 minit, dah boleh goreng cekodok sardin ni. Anak suka, ummi pun suka. Tapi abahnya tak berapa suka...that's why buat masa SRK takde. Woha!




Tau dah kalau makan…

gulai masam ikan patin

Image
Iftar hari ke-6, kami sekeluarga makan simple jek. SRK dan akak gotong-royong memasak kat dapur sebab dah pukul 6.30 petang baru nak tanak nasi..baru mula nak masak gulai ikan patin. Sebelum tu bawa anak dara cari kuih koci, mengidam makan kuih koci budak tu. Nasib baik ada rezeki, jumpa. Taste good, boleh beli lagi.
Sekeping ikan patin digoreng dengan garam kunyit sebab kadang2 anak dara nak makan yang goreng. Then akak goreng sayur kobis + carrot untuk melengkapkan juadah. Sambal kicap yang SRK buat, sentiasa ada stok dalam peti ais. Boleh makan dengan ikan bakar, ikan goreng, ayam bakar etc. Abih jek...SRK buat lain.





Stok ikan patin memang ada lagi sebab hari tu bawa bekal dari kampung, beli ikan yang besar. Jenuh la jugek nak mengabihkannya. Banyak mana la sangat makan tiga beranak kan. Tapi berbaloi sebab sedap =).
Petang semalam masak gulai ikan patin terlebih kunyit kot, oren sangat kuahnya. Lepas tu SRK tumbuk tujuh biji cili api nak bagi pedas! Terangkat bila makan...terangk…

nasi goreng kampung

Image
Baru lima hari puasa, dah kering idea nak masak apa. Bukan main lagi kan :)
Bukan kering idea tapi masak apa yang mudah dan habis dimakan oleh SRK dan anak dara. Actually anak dara yang request nak nasi goreng ni. Alhamdullillah kali ni anak dara tak "memberontak" nak pergi bazaar Ramadan. Pergi boleh, tak pergi pun takpe. So, kita masak selagi terdaya dan selagi ada stok barang kat dapur tu.
Nak masak nasi goreng cina tapi tak cukup bahan. Udang kecik2 tu pun takde. Kalau ada baru la lengkap. So, masak jek la nasi goreng kampung, janji boleh makan.




Tengok timun jepun tu macam lembap2 lagi kan...hehe. Kalau time tengahari, tengok timun pun berselera. Goreng telur mata kerbau sorang satu. Lepas tu, makan dengan serunding daging yang dibeli kat KB baru2 ni.
Alhamdullillah. Kenyang macam biasa sebab sebenarnya nasi goreng tu banyakkk.. =)


makaroni goreng & roti & chicken soup @ weekend tanpa bazaar ramadan

Image
Lighting gelap sikit.
Pecah rekod setakat ni, hanya 1st day puasa hari tu akak menerjah ke bazaar Ramadan sebab nak cari kuih yang anak dara nak. Lepas daripada tu, alhamdullillah kami masak dan makan apa yang ada kat rumah jek. Rasa lebih berbaloi.




Anak dara request nak makan makaroni tapi lupa nak beli daging kisar. SRK pulak kalau berbuka puasa mesti terus makan nasi. Janji ada air sejuk. Nak ganti daging kisar, akak guna daging burger ayam jek yang ada dalam peti ais tu. Rebus dulu daging burger untuk melembutkannya dan kemudian hancurkan.
Ini makaroni versi simple sangat sebab tak ada additional ingredients pun. Kalau goreng plain gini tanpa sebarang jenis sayur, anak dara akan makan habis. Guna bahan2 yang mudah jek, bawang besar, bawang putih, cili boh, ayam kisar, telur, sos tomato dan garam.





On Sunday, akak masak agar2 bandung tapi tak sempat nak snap gambo. Then ada stok roti gardenia, akak buat roti sardin celup telur. Memang mengenyangkan makan roti ni.
Meanwhile, SRK reb…

tip sahur by kevin zahri

Image
Mesti dah ramai yang tengok dan baca tip sahur ni kat fb kan. Zaman sekarang ni sekejap jek sesuatu benda tu jadi viral. Di bulan yang mulia ni, elok la kita kurang2 kan share benda yang tak bermanfaat atau tak sahih. Bak kata Tuan Haji Dr. Azizan, motivator yang femes tu...jangan sampai kita muflis "di sana" walaupun kita dah bertahun2 mendalami ilmu agama...hanya kerana kita sering memfitnah atau bercakap2 bukan2 tentang orang lain  Allahualam.

Okay, jom tengok dan baca tip yang Kevin bagi ni, info yang berguna untuk semua. Ada yang terkena batang hidung akak sendiri...huhu.
Akak memang suka minum nescafe tapi lately dah jarang sikit sebab akak makan supplement. Supplement tak berlaga dengan nescafe atau kopi. Sia2 jek makan supplement kalau lepas tu minum nescafe atau kopi. Untuk elakkan sebarang usaha yang sia2, akak kurangkan sikit.
Berbuka dengan minum air bergas? Errr....tak la bagi akak. Air sejuk pun kadang2 jek. Tak larat nak minum air bergas.
Garam? Hmm...jarang …

mee hailam jek

Image
Petang semalam sebelum balik kerja, sempat juga klik2 kat beberapa blog dan web yang banyak kongsi pasal cerita makan dan makanan. Ternampak gambo mee hailam, macam menarik. Mee kuning pun ada stok dalam peti sejuk kat rumah. Okay jugek ni kalau nak masak untuk iftar hari pertama. Anak dara pun suka mee hailam.





You know what, sememang kecanggihan kamera dan teknik snap gambo adalah satu perkara yang penting untuk mempengaruhi seseorang. Akak tengok gambo mee hailam kat satu web tu...memang cantik, nampak sedap dan menyelerakan. So, gambo tu dah influenced akak petang semalam :)
Tak kisah la. Sampai rumah pukul 6 macam tu, siapkan bahan2 nak masak mee hailam. Ayam, udang, fish ball, kicap pekat, kicap manis, sos tiram, lada hitam, sayur kobis manis, sos cili dan sos tomato. Tak lupa daun sup, Masak jek bahan2 tu semua. In Shaa Allah jadi la mee hailam. Kena lebihkan air sebab kalau goreng mee macam kering jek, tu dah bukan mee hailam namanya.
Pukul 7 baru mula menggoreng mee tapi dala…

aktiviti kayak berehat sekejap

Image
Anak dara akak yang kecik tu masih aktif berkayak. Masa cuti sekolah dua minggu baru2 ni, akak hantar dia balik kampung sebab akak quite busy. Punya la hampa budak ni tak dapat nak berkayak. Buka jek sekolah, tiga hari ni dia tak lepaskan peluang nak berkayak sebelum coach bagi cuti sebulan sempena Ramadan.





Dah banyak improvement yang dia buat sejak join latihan berkayak ni, alhamdullillah. Semoga segalanya berjalan dengan baik atas niat murni dia nak berkayak. Geng dia boleh katakan hampir semua masuk Kelab Kayak KL ni. Yang bestnya semuanya perempuan dan baru form one. 





Kadang2 ramai juga pengunjung tasik titiwangsa ni yang ralik tengok budak2 ni buat latihan kayak. Ye la...badan memasing tak besar mana tapi larat pulak nak pikul kayak. Bagi seniors yang dah terror main kayak, dah boleh masuk competition kayak. Bila menang, dapat duit. Boleh belanja juniors yang baru merangkak belajar main kayak ni. Belanja makan cendol pun dah kira hebat! =)).





Perasaan bimbang tu sentiasa ada dala…

tomyam poktek

Image
Selamat berpuasa dan selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua, samada yang mengenali atau tidak mengenali akak. Semoga kita semua dapat memanfaatkan bulan yang mulia ini dengan sebaik mungkin. Seeloknya kita jauhkan perkara2 yang tidak baik, bukan hanya di bulan Ramadhan ni aje tapi juga di bulan2 yang lain juga. In Shaa Allah kita mendapat keberkatanNya.

*********
Hari ni akak belanja satu lagi gambo makanan, tomyam poktek. Nampak menarik kan. Tetiba baru2 ni SRK ajak makan kat luar...kat kedai yang berdekatan dengan rumah kami, katanya teringin nak makan tomyam poktek. Akak blur kejap sebab macam pernah dengar nama tomyam poktek ni tapi tak ingat. Masa jenjalan ke Songkla dan Hatyai dulu memang banyak jenis2 tomyam yang disajikan tapi still tak ingat.
Sekali pandang mesti dah tau kan, tomyam ni ada bubuh santan sikit. Sapa2 yang tak suka santan, boleh tukar dengan susu cair.
Bahan2 asas masak tomyam ni macam kita masak tomyam lain juga. Serai, bawang putih, bawang besar, daun …

megi ketam @ Kota Bharu

Image
Misi mencari megi ketam, ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Ewah.
Sebelum ni ada terdengar port yang best untuk makan megi ketam iaitu di Bachok. Tapi sebab rombongan makcik kiah ramai sangat, tak dapat nak terjah ke situ. Bila seseorang mencadangkan supaya kami dinner dengan memakan megi ketam, akak dah excited. Macamana la rasanya megi ketam ni kan. Akak lebih bayangkan ketam daripada megi. Akak bayangkan ketam yang besar dan fresh gitu. Tak sabar nak makan.




Lokasi : Pasir Pekan.
Megi ketam dimasak dalam periuk ni. Akak pun ada satu periuk ni kat rumah, orang bagi. Memang best kalau masak guna periuk ni, hangatnya berpanjangan.





Tu dia megi ketamnya, tengok ketam tu...besar kan, puashati nak makan tapi seekor tu jek la. Yang lain udang. Masa mula hirup kuah tu, macam ok tapi tak dapat rasa lagi kesedapannya. Bila 2-3 kali makan megi dan kuahnya sekali, akak dapat rasa banyak sangat tok aji dalam hidangan ni. Kuah tak berapa pekat, mungkin nak cepat agak…

Jalan2 @ Kota Bharu - Part 3

Image
Stay at Grand Riverview Hotel (GRV), Kota Bharu bukan la satu experience yang baharu sebab akak dah biasa dengan hotel tu. Tapi experience tu experience yang bertahun2 lampau, bukan experience baharu. GRV selepas banjir besar di KB mungkin berbeza. 
GRV dah siap renovated, banyak juga yang berbeza terutamanya di bilik tetamu. Interior kat bilik dah berkonsep moden berbanding dengan beberapa tahun dulu. Good, nampak simple tapi cantik. 




Ini bukan main entrance kat GRV tapi ...ada macam mini bar kat luar halls. Akak pun tak sure apa fungsinya. Nampak macam kaunter tapi tak pernah ada orang duduk kat situ. So..sempat la selfie sekali kat situ.



Dari area halls tu boleh nampak swimming pool hotel yang cute mute. Nampak macam very open, tak privacy. Sebelah belakang tu Sungai Kelantan yang still macam air teh susu ever and ever.



Something that I have to tell you, food untuk breakfast and lunch quite terrible, tak banyak pilihan. Sekali tu makan nasi lemak tapi nasinya macam tak masak 100%,…

Jalan2 @ Kota Bharu - Part 2

Image
Sebelum tu, Al-Fatihah to my lovely grandfather yang meninggal dunia pada 11 Jun 2015 yang lalu, jam 6.15pm, di usia 96 tahun. Saat aki meninggal, mak dan adik mak berada di sisi. Ia berlaku hanya lebih kurang 2 jam selepas akak safely landed dari Kota Bharu di KLIA2. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Ramai sangat yang datang menziarah since he was a former imam kat masjid kampung kami. 
***********
First day in KB dah pekena pulut mangga atau pulut pauh, dapat makan benda ni nikmatnya tak terkata sebab dah lama tak makan. Tapi tak boleh nak makan banyak, so shared jek dengan kawan2. Ada orang recommend makan kat Restoran Selera Cik Siti kat Jalan Cherang, KB. Restoran yang agak biasa kita tengok kalau kat KL ni tapi ada macam2 jenis makanan dan minuman. Tepuk dada tanya selera. Colek buah pun ada!
Maybe kalau kat KB..restoran ni jadi tumpuan sebab ada western food, malay food, local food etc. Tak terkata. Tengok aje la menu dia kat bawah ni.



Tu dia banyak bet…

Jalan2 @ Kota Bharu

Image
Tahun ni akak belum lagi menjejakkan kaki kat bumi Serambi Mekah ni. Mujur ada office trip ke sini. Safely landed kat Pengkalan Chepa Airport petang semalam, walaupun suspen nak fly musim hujan macam ni. Tapi semuanya ok...alhamdullillah.Malam semalam sempat pergi makan kat Restoran Selera Cik Siti kat Cherang, Kota Bharu..buat akak sedikit teruja mengimbau kenangan zaman2 dulu..sebab dapat makan pulut pauh. Woha!Pulut ni makan dengan hirisan pauh, sebelum tu curah dulu santan kat atas pulut. Rasanya kalau matchkan pulut dengan harumanis...lagi terangkat u olls.

jalan + kerja @ pantai puteri, melaka

Image
Weekend yang agak sibuk tapi enjoy.
2 days before weekend, akak ada program kat Tanjung Kling, Melaka. Punya la banyak tempat kat Melaka tu, at last pilih kat Pantai Puteri sebab bos nak duk tepi laut....boleh tenang2 kan jiwa dan raga. Boleh memancing yang betulnya.

Nak buat program kat Tanjung Bidara Resort, tak syok tempat tu sebab maintenance macam so-so je dan menu makan pun kurang sedap.





Keluar dari plaza tol Ayer keroh, terus masuk highway Sungai Udang. Terus je la sampai ke Pantai Puteri ni. Cantik pemandangan kat situ, banyak juga gerai-gerai makan. Tengok pantai kat situ, rindu pulak pantai2 kat Terengganu, tanah tumpah darah SRK.



Banyak juga aktiviti2 kat tepi pantai tu, kira tak boring sangat la kalau jalan sorang2 kat situ, banyak benda nak tengok. Boleh tengok kapal2 besar parked kat laut...




Tu la hotelnya, kecik je, cuma enam tingkat. Hotel ni dibawah pengurusan Jabatan Agama Islam katanya tapi perasmian hotel oleh DYMM Yang DiPertuan Agong Tuanku Mizan. Kelazzzz gitu …