Friday, June 26, 2015

ayam goreng kunyit & asam pedas ikan kerisi


Petang semalam lagi kalut, dekat pukul 6.45pm baru akak sampai rumah. SRK pun balik lambat, ada hal kat Genting Highland, berbuka kat atas bukit tu jek. Solat asar dulu kat ofis sebab nak singgah bazaar Ramadan, anak dara pesan nak kebab. Jenuh akak mencari kebab...

Pukul 7pm baru nak mula masak lauk2 untuk makan malam. Itu pun terkial-kial dalam kepala nak masak apa :) Berbuka dulu dengan buah melaka, kurma dan air. 






Masak lauk yang mudah2 jek. Mula2 masak ayam goreng kunyit. Gaul ayam dengan serbuk kunyit, serbuk kari ayam dan garam. Goreng ayam tu sambil kacau2 dalam kuali. Bila ayam dah macam nak masak, masukkan carrot, bawang besar dan kacang buncis. Kacang panjang lagi best kot tapi takde stok. Okay, siap satu lauk.






Tinggal ikan kerisi jek yang ada dalam peti ais. Tengok2 still ada daun kesum dan bunga kantan, terus sedia bahan nak masak asam pedas. Orang lain masak asam pedas ikan parang, ikan tenggiri, ikan merah, ikan2 yang best gitu. Akak belasah jek masak ikan kerisi. Janji ada kuah sebab SRK kena ada kuah kalau makan nasi.

Blend atau tumbuk jek semua bahan bawang putih, bawang merah dan gaul dengan cili boh. Tumis la dengan serai dan masukkan ikan kerisi. Bubuh bunga kantan dan daun kesum sekali, tunggu hingga didih. Eh...lupa pulak, didihkan ikan dengan air asam jawa. Lagi pekat lagi bagus...bawang tu yang memekatkan kuah. Akak bubuh kiub pati ayam sikit, bagi ada rasa. Buah tomato pun bubuh. Garam jangan lupa. Siap satu lagi lauk. Tapi cair jek asam pedas akak petang semalam...hehe. Nak cepat.

Sayur mana? Akak ni kalau makan, harus ada sayur.






Ini jek sayur yang sempat buat. Rebus peria katak dengan garam. Masa makan nasi tu, cicah peria katak ni dengan sambal kicap. Terangkat. Walaupun pahit tapi sedap. Teringat kat mak bila makan peria katak ni sebab mak selalu makan. 

Alhamdullillah, rezeki kita tetap ada. Tak banyak, sikit.

Karnival WOW

Karnival WOW baru2 ni macam tak wow sangat, biasa2 jek. Yang happening sebab ada live programme by TV3. So ramai ler orang kerumun kat sit...