Thursday, June 18, 2015

tomyam poktek







Selamat berpuasa dan selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua, samada yang mengenali atau tidak mengenali akak. Semoga kita semua dapat memanfaatkan bulan yang mulia ini dengan sebaik mungkin. Seeloknya kita jauhkan perkara2 yang tidak baik, bukan hanya di bulan Ramadhan ni aje tapi juga di bulan2 yang lain juga. In Shaa Allah kita mendapat keberkatanNya.


*********

Hari ni akak belanja satu lagi gambo makanan, tomyam poktek. Nampak menarik kan. Tetiba baru2 ni SRK ajak makan kat luar...kat kedai yang berdekatan dengan rumah kami, katanya teringin nak makan tomyam poktek. Akak blur kejap sebab macam pernah dengar nama tomyam poktek ni tapi tak ingat. Masa jenjalan ke Songkla dan Hatyai dulu memang banyak jenis2 tomyam yang disajikan tapi still tak ingat.

Sekali pandang mesti dah tau kan, tomyam ni ada bubuh santan sikit. Sapa2 yang tak suka santan, boleh tukar dengan susu cair.

Bahan2 asas masak tomyam ni macam kita masak tomyam lain juga. Serai, bawang putih, bawang besar, daun limau purut, air limau kasturi, pes tomyam (kalau suka), buah tomato, cili padi tapi tengok kan tukang masak kat kedai ni, dia bubuh cili kering.

Lain2 bahan sampingan boleh bubuh seperti jenis2 sayuran yang korang suka, udang, lala dan kelainan tomyam poktek kat kedai ni ialah derang bubuh setengah ekor ikan kat dalam tomyam tu. Rezeki SRK baru ni, dapat ikan siakap. Memang sedap tomyam poktek ni, boleh la kita cuba masak untuk menu berbuka puasa.



king patin

I am a die hard fan of ikan patin. Of coz la kan sebab akak asal dari Bandar Ikan Patin. Kalau balik kampung, gulai ikan patin ...