Tetiba kan nak buat puding roti karamel. Bukan apa, bahan2nya mudah dan senang nak beli. Kaedah memasak pun mudah, kukus jek. Tak sampai 20 minit siapkan bahan2, dah boleh kukus.
Bahan2nya telur ayam gred A, kalau tak dapat score A, gred B pun okay. Susu sejat, susu pekat manis, air suam dan roti gardenia. Akak memang pilih roti gardenia, tak suka massimo etc. Dah sebati jiwa ni dengan gardenia, sedap dimakan begitu saja :)
Gula pasir jangan lupa, untuk dijadikan karamel.
Roti gardenia tu dicarik2 dan rendam dalam air suam dan susu sejat. Lepas tu, masukkan telur yang telah dipukul. Masukkan susu pekat manis. Sebelum tuang bahan2 ni ke dalam loyang, tuang dulu karamel dalam loyang. Dah tuang karamel, baru la tuang bahan2 tadi. Kukus selama 50 minit hingga satu jam.
Tapi...kenapa puding roti karamel yang akak buat ni jadi macam ni? Hasil memang jadi berbeza sebab akak guna roti gardenia fine wholemeal, bukan roti putih.. =).
Nasib la kan, kita yang buat dia. Bila makan, still ada rasa karamel, still ada rasa puding roti karamel macam orang lain buat tu tapi ada rasa tambahan iaitu rasa roti fine wholemeal..hehe.
No comments:
Post a Comment
jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...