mee hailam jek






Petang semalam sebelum balik kerja, sempat juga klik2 kat beberapa blog dan web yang banyak kongsi pasal cerita makan dan makanan. Ternampak gambo mee hailam, macam menarik. Mee kuning pun ada stok dalam peti sejuk kat rumah. Okay jugek ni kalau nak masak untuk iftar hari pertama. Anak dara pun suka mee hailam.






You know what, sememang kecanggihan kamera dan teknik snap gambo adalah satu perkara yang penting untuk mempengaruhi seseorang. Akak tengok gambo mee hailam kat satu web tu...memang cantik, nampak sedap dan menyelerakan. So, gambo tu dah influenced akak petang semalam :)

Tak kisah la. Sampai rumah pukul 6 macam tu, siapkan bahan2 nak masak mee hailam. Ayam, udang, fish ball, kicap pekat, kicap manis, sos tiram, lada hitam, sayur kobis manis, sos cili dan sos tomato. Tak lupa daun sup, Masak jek bahan2 tu semua. In Shaa Allah jadi la mee hailam. Kena lebihkan air sebab kalau goreng mee macam kering jek, tu dah bukan mee hailam namanya.

Pukul 7 baru mula menggoreng mee tapi dalam masa 15 minit kemudian dah siap. Nak menunggu waktu berbuka puasa, kuah mee hailam dah makin surut...dah tinggal sikit. Mengering.

Mee hailam yang sempurna biasanya guna daging dan air rebusan daging, lepas tu bubuh bancuhan tepung jagung sikit.





On the way balik rumah, teringat anak dara nak kuih untuk berbuka puasa. Cari2 kuih yang dia nak, tak ada pulak orang jual. At last beli kuih ni jek, dia suka tapi kurang sedap katanya. Best lagi yang orang buat...yang sedara dengan wan tu.

Adeh...wan tu nun jauh kat kampung ye ...dik!

Alhamdullillah untuk Iftar hari pertama.

Popular posts from this blog

mara digital

shah's beach resort, tanjung kling, melaka

pasar rakyat medan mara, KL