Monday, June 1, 2015

jalan + kerja @ pantai puteri, melaka


Weekend yang agak sibuk tapi enjoy.

2 days before weekend, akak ada program kat Tanjung Kling, Melaka. Punya la banyak tempat kat Melaka tu, at last pilih kat Pantai Puteri sebab bos nak duk tepi laut....boleh tenang2 kan jiwa dan raga. Boleh memancing yang betulnya.

Nak buat program kat Tanjung Bidara Resort, tak syok tempat tu sebab maintenance macam so-so je dan menu makan pun kurang sedap.





Keluar dari plaza tol Ayer keroh, terus masuk highway Sungai Udang. Terus je la sampai ke Pantai Puteri ni. Cantik pemandangan kat situ, banyak juga gerai-gerai makan. Tengok pantai kat situ, rindu pulak pantai2 kat Terengganu, tanah tumpah darah SRK.




Banyak juga aktiviti2 kat tepi pantai tu, kira tak boring sangat la kalau jalan sorang2 kat situ, banyak benda nak tengok. Boleh tengok kapal2 besar parked kat laut...





Tu la hotelnya, kecik je, cuma enam tingkat. Hotel ni dibawah pengurusan Jabatan Agama Islam katanya tapi perasmian hotel oleh DYMM Yang DiPertuan Agong Tuanku Mizan. Kelazzzz gitu kan. Hotel tak besar mana tapi Raja yang rasmi, bangga. Ada ketika terdengar lagu2 nasyid berkumandang kat hotel tu. Swimming pool pun ada tapi cenonet sangat. Kalau kita terjun menyelam, tak sampai lima saat dah sampai kat hujung... :)





Cantik pokok2 ni sederet di sepanjang pantai. Kat tepi jalan tu ada gerai2 minuman dan makanan ringan, senang la kalau nak makan pisang goreng.





Derang tu semua tercegat kat tepi pokok tu bukannya apa...duk tunggu kawan2 yang memancing ikan. Nak tengok besar mana ikan yang dapat dipancing. Dapat la ikan tapi anak ikan gelama, lawak la derang ni.






Tak sah kalau tak ada foto makan2 kan. Not bad la makan kat situ tapi jangan la compare dengan menu kat hotel2 besar dalam town Melaka tu kan. Tak la western sangat tapi sayangnya tak ada pun dihidangkan asam pedas. How come duduk Melaka tapi tak ada menu asam pedas?





Dessert boleh tahan la, ada aneka puding gitu. Tu mushroom soup not bad la rasanya. Boleh la kalau nak recommend kat kawan2. Akak makan hampir semua makanan yang ada...saja nak rasa sedap atau tidak. Kalau sedap, boleh buat program lagi kat situ. Kalau tak berapa sedap, boleh bagitau pihak hotel untuk upgrade menu.





Malam tu ada request BBQ kat hotel tapi buat kat dalam restoran dia sebab tak nak ambik risiko berBBQ dalam hujan, kalau buat kat luar. Sayangnya daging, kambing dan ayam yang dibakar tu dah tak panas. Kan best kalau makan yang berasap-asap lagi, baru happening. Nasib baik black pepper sauce dia quite okay. Tapi BBQ dia tak ada seafood. Tak ada sotong, tak ada udang. 





Ini lunch sebelum balik ke KL. Still tak jumpa asam pedas, cuma ada ikan keli masak pedas. Besar2 saiz ikan keli yang dihidang, nasib baik bukan belut. Akak makan belut tapi kalau dah besar sangat tu, terbayang makan benda lain!!

Nasib baik ada sayur kailan, sedap dia masak kailan ni. Teringat makan kat satu resort yang femes kat Kuala Terengganu, resort yang banyak bintang tapi hari2 ada sayur taugeh je...huwaaaaa!!!!





Ini kira makanan penutup la untuk hari tu, sebelum balik. Makan jelly dan buah mangga cicah sos udang. Air hijau tu akak tak dapat nak confirm air apa. Tak ada rasa air jambu mahupun air epal tapi kami belasah je minum.

Untuk tempat ni, kalau dari aspek environment, akak bagi empat bintang. Kalau dalam aspek food, maybe tiga bintang. Dan....kalau menilai service nya...so sori...banyak yang kena upgrade lagi. Actually ramai pelatih kat situ...sebab tu la kot service nya agak slow. But it was okay.

Lupa nak citer pasal bilik. Pada akak, biliknya memuaskan.




No comments:

Post a Comment

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...