Anak dara akak yang kecik tu masih aktif berkayak. Masa cuti sekolah dua minggu baru2 ni, akak hantar dia balik kampung sebab akak quite busy. Punya la hampa budak ni tak dapat nak berkayak. Buka jek sekolah, tiga hari ni dia tak lepaskan peluang nak berkayak sebelum coach bagi cuti sebulan sempena Ramadan.
Dah banyak improvement yang dia buat sejak join latihan berkayak ni, alhamdullillah. Semoga segalanya berjalan dengan baik atas niat murni dia nak berkayak. Geng dia boleh katakan hampir semua masuk Kelab Kayak KL ni. Yang bestnya semuanya perempuan dan baru form one.
Kadang2 ramai juga pengunjung tasik titiwangsa ni yang ralik tengok budak2 ni buat latihan kayak. Ye la...badan memasing tak besar mana tapi larat pulak nak pikul kayak. Bagi seniors yang dah terror main kayak, dah boleh masuk competition kayak. Bila menang, dapat duit. Boleh belanja juniors yang baru merangkak belajar main kayak ni. Belanja makan cendol pun dah kira hebat! =)).
Perasaan bimbang tu sentiasa ada dalam hati akak sebab sukan kayak ni melibatkan aktiviti atas air. Ada ketika kayak terbalik dalam tasik dan juniors terpaksa berenang dan usaha sendiri untuk membetulkan keadaan. Walaupun seniors dan coaches sentiasa ready untuk sebarang kemungkinan tapi kebimbangan tu pasti ada. Mudah2an anak2 ini sentiasa dijauhkan daripada bahaya dan kesusahan. Yang pasti, wajib pakai life jacket.
It's all about satisfaction. Kalau SRK puashati kalau dapat main badminton dengan kawan2 dia, macam tu juga la budak kecik ni. Puashati sangat bila dapat berkayak dengan kawan2 dia.
All the best to all of you, seniors and juniors.
No comments:
Post a Comment
jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...