Monday, June 15, 2015

Jalan2 @ Kota Bharu - Part 2


Sebelum tu, Al-Fatihah to my lovely grandfather yang meninggal dunia pada 11 Jun 2015 yang lalu, jam 6.15pm, di usia 96 tahun. Saat aki meninggal, mak dan adik mak berada di sisi. Ia berlaku hanya lebih kurang 2 jam selepas akak safely landed dari Kota Bharu di KLIA2. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Ramai sangat yang datang menziarah since he was a former imam kat masjid kampung kami. 

***********

First day in KB dah pekena pulut mangga atau pulut pauh, dapat makan benda ni nikmatnya tak terkata sebab dah lama tak makan. Tapi tak boleh nak makan banyak, so shared jek dengan kawan2. Ada orang recommend makan kat Restoran Selera Cik Siti kat Jalan Cherang, KB. Restoran yang agak biasa kita tengok kalau kat KL ni tapi ada macam2 jenis makanan dan minuman. Tepuk dada tanya selera. Colek buah pun ada!

Maybe kalau kat KB..restoran ni jadi tumpuan sebab ada western food, malay food, local food etc. Tak terkata. Tengok aje la menu dia kat bawah ni.




Tu dia banyak betul makanannya....pilih jek nak yang mana satu. Lagipun malam tu makan free, ada orang baik hati nak belanja we all. Alhamdullillah. Perut masih rasa kenyang sebab dah makan santai2 kat hotel sebelum tu, so tak nak jadi tamak haloba sangat kan. Sakit perut nanti, sapa yang susah.





At last, akak order pulut mangga tu jek dan 3 layer tea. Jadilah nak merasa kan. Kueteaw kungfu tu, kawan akak yang nak makan, sedap rasanya. We all share ramai2, rasa sorang sikit. Jangan ada yang kempunan.. =)

Kueteaw kungfu tu akak recommend untuk makan.





Jalan jauh2, balik2 order lamb chop. Kat KL pun melambak lamb chop ni kan. Lamb chop kat restoran ni not bad tapi derang kecikkan sikit saiz lamb tu, nasib la korang kan. Tapi satu benda yang akak tak berapa gemar tentang lamb chop ni sebab bila sampai lamb chop ni kat meja kami, lamb nya dah macam suam2 kuku...tak panas dah. Kentangnya pun dah suam2 kuku. Maybe ramai sangat customer yang tunggu food kan...so suam2 kuku la jadinya.

Suam2 kuku pun...akak rasa juga sikit!  :D

Ada kawan yang makan chicken chop, biasa jek kan. Nak cuba mee ketam kat situ tapi waiter tu cakap ketam dah abih. Mak aiii...baru pukul 9.30 pm, ketam dah abih. Kecewa kejap.

Lagi...kat meja kawan2 yang lain, nampak gaya dah macam mentedarah, bukannya makan :D

No comments:

Post a Comment

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...