Tuesday, June 23, 2015

nasi goreng kampung






Baru lima hari puasa, dah kering idea nak masak apa. Bukan main lagi kan :)

Bukan kering idea tapi masak apa yang mudah dan habis dimakan oleh SRK dan anak dara. Actually anak dara yang request nak nasi goreng ni. Alhamdullillah kali ni anak dara tak "memberontak" nak pergi bazaar Ramadan. Pergi boleh, tak pergi pun takpe. So, kita masak selagi terdaya dan selagi ada stok barang kat dapur tu.

Nak masak nasi goreng cina tapi tak cukup bahan. Udang kecik2 tu pun takde. Kalau ada baru la lengkap. So, masak jek la nasi goreng kampung, janji boleh makan.





Tengok timun jepun tu macam lembap2 lagi kan...hehe. Kalau time tengahari, tengok timun pun berselera. Goreng telur mata kerbau sorang satu. Lepas tu, makan dengan serunding daging yang dibeli kat KB baru2 ni.

Alhamdullillah. Kenyang macam biasa sebab sebenarnya nasi goreng tu banyakkk.. =)



throwback: 10Binjai, PNB Park, KLCC

Throwback yang terobek. Last minute decided buat iftar kat 10Binjai, PNB Park. RM80 per head tapi guna orang dalam, dapat RM64 per...