Wednesday, June 24, 2015

gulai masam ikan patin






Iftar hari ke-6, kami sekeluarga makan simple jek. SRK dan akak gotong-royong memasak kat dapur sebab dah pukul 6.30 petang baru nak tanak nasi..baru mula nak masak gulai ikan patin. Sebelum tu bawa anak dara cari kuih koci, mengidam makan kuih koci budak tu. Nasib baik ada rezeki, jumpa. Taste good, boleh beli lagi.

Sekeping ikan patin digoreng dengan garam kunyit sebab kadang2 anak dara nak makan yang goreng. Then akak goreng sayur kobis + carrot untuk melengkapkan juadah. Sambal kicap yang SRK buat, sentiasa ada stok dalam peti ais. Boleh makan dengan ikan bakar, ikan goreng, ayam bakar etc. Abih jek...SRK buat lain.






Stok ikan patin memang ada lagi sebab hari tu bawa bekal dari kampung, beli ikan yang besar. Jenuh la jugek nak mengabihkannya. Banyak mana la sangat makan tiga beranak kan. Tapi berbaloi sebab sedap =).

Petang semalam masak gulai ikan patin terlebih kunyit kot, oren sangat kuahnya. Lepas tu SRK tumbuk tujuh biji cili api nak bagi pedas! Terangkat bila makan...terangkat sebab kepedasan. Mahu akak sakit perut pepagi buta.





Resepi gulai masam ikan patin ni dah ada tepek sebelum ni, boleh la selak2 entri yang lama. Katanya mak akak, kalau bubuh daun kunyit, tak payah letak serai. Kalau takde serai, baru la letak daun kunyit. Bawang tak perlu banyak, tengok kuantiti ikan. Kalau takat tiga keping gini, seulas bawang putih dan seulas bawang merah pun dah cukup. Ada orang masak tak bubuh bawang merah langsung.

Yang wajib ada, daun kesum dan bunga kantan sebab nak bagi rasanya kaw2 gitu. Tapi kami masak ni tak boleh nak lawan mak akak masak. Marvellous.

Alhamdullillah, rezeki hari semalam.





No comments:

Post a Comment

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...