Thursday, June 25, 2015

cekodok sardin & yee mee soup


Macam kelako la pulak sekarang ni. Abih masak jek, snap gambo food. SRK cakap akak dah buang tebiat, ..hahaha. Orang nak berbuka puasa, sibuk nak snap gambo kan. Anak dara akak cakap, "ummi poyo". Poyo sikit jek kan. Rasanya time bulan puasa ni, ramai yang poyo macam akak ni. LOL.

But...I love to write.





Gambo cekodok pun nak tepek kat blog kan..hehe. Pernah terbaca blogger yang tulis macam tu. Dah tu kalau blog tu blog makan, gambo makanan jek la dia tepek kan. No problem.

Petang semalam tengah drive balik rumah tu, dah memikir nak masak apa untuk berbuka. SRK pulak informed akak yang dia tak sempat nak balik berbuka kat rumah. Tengok dalam peti ais ada lagi stok sardin, terus bancuh tepung gandum + telur + bawang merah + ikan bilis tumbuk + garam. Campurkan dengan sardin dan kacau sampai sebati. Kurang daripada 15 minit, dah boleh goreng cekodok sardin ni. Anak suka, ummi pun suka. Tapi abahnya tak berapa suka...that's why buat masa SRK takde. Woha!





Tau dah kalau makan cekodok jek 5-6 biji sorang, mesti tak kenyang mana. Tapi bila minum air dan makan kurma 2-3 biji tu, rasa macam dah okay. 

Stok yee mee ada lagi, akak pun buat la yee mee sup yang simple jek. Tumis bawang putih, masukkan fish cake, sayur kobis dan telur. Bubuh kiub pati ayam dan sos tiram secukup rasa. Kalau tak masin, tambah garam sikit. Tabur serbuk lada hitam. Siap untuk dimakan.

Kalau ada ayam, bubuh ayam pun okay. Lagi cantik kalau taburkan daun sup. Ada aroma wangi.

Yee mee tu, akak rebus sekejap untuk hilangkan kaler dia tu. Walaupun masih separuh keras tapi memang sifat yee mee kalau kita rendam dalam sup panas, sekejap jek ia akan jadi lembut. Jadi, tak perlu rebus sampai lembik.

Ini salah satu favourite akak, mudah dimasak dan kenyang untuk dimakan. Alhamdullillah






























iphone yang hilang

Kelmarin dapat kawan2 baru dari Jepun. One of them is an English teacher in Singapore and married to Singaporean. The other one (...