Wednesday, June 17, 2015

megi ketam @ Kota Bharu



Misi mencari megi ketam, ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Ewah.

Sebelum ni ada terdengar port yang best untuk makan megi ketam iaitu di Bachok. Tapi sebab rombongan makcik kiah ramai sangat, tak dapat nak terjah ke situ. Bila seseorang mencadangkan supaya kami dinner dengan memakan megi ketam, akak dah excited. Macamana la rasanya megi ketam ni kan. Akak lebih bayangkan ketam daripada megi. Akak bayangkan ketam yang besar dan fresh gitu. Tak sabar nak makan.





Lokasi : Pasir Pekan.

Megi ketam dimasak dalam periuk ni. Akak pun ada satu periuk ni kat rumah, orang bagi. Memang best kalau masak guna periuk ni, hangatnya berpanjangan.






Tu dia megi ketamnya, tengok ketam tu...besar kan, puashati nak makan tapi seekor tu jek la. Yang lain udang. Masa mula hirup kuah tu, macam ok tapi tak dapat rasa lagi kesedapannya. Bila 2-3 kali makan megi dan kuahnya sekali, akak dapat rasa banyak sangat tok aji dalam hidangan ni. Kuah tak berapa pekat, mungkin nak cepat agaknya.






Makan ketam tu memang best sebab akak memang suka seafood walaupun dah tau tahap kolestrol dah paras2 hidung. Tapi dek kerana sedapnya makan ketam, akak makan juga. Makan ketam tu memang ok tapi sorry to say, akak tak mampu nak habiskan megi dan kuah sebab lama-kelamaan dah timbul rasa dugal.

FYI, akak tak tahan kalau makan tok aji aka ajinomoto. Boleh jadi pening kepala dan muntah terus. So, tak nak ada benda2 ni semua, akak stop makan megi tu, akak habiskan ketam dan udang jek. Cuma...ini bukan hidangan megi ketam yang terbaik. 

It's ok. Orang belanja, makan free. Tak boleh nak demand banyak =)).






On the way balik ke KL, sempat akak snap satu gambo keajaiban dunia ciptaan Tuhan. Sangat indah, sangat cantik dan tak terjangkau dengan fikiran bagaimana ia wujud. Biar la gambo tu yang menceritakan segala-galanya. Memang setiap kali fly, ada pengalaman yang berbeza. So, jangan lepaskan peluang!


No comments:

Post a Comment

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...