Sunday, June 21, 2015

tip sahur by kevin zahri






Mesti dah ramai yang tengok dan baca tip sahur ni kat fb kan. Zaman sekarang ni sekejap jek sesuatu benda tu jadi viral. Di bulan yang mulia ni, elok la kita kurang2 kan share benda yang tak bermanfaat atau tak sahih. Bak kata Tuan Haji Dr. Azizan, motivator yang femes tu...jangan sampai kita muflis "di sana" walaupun kita dah bertahun2 mendalami ilmu agama...hanya kerana kita sering memfitnah atau bercakap2 bukan2 tentang orang lain  Allahualam.


Okay, jom tengok dan baca tip yang Kevin bagi ni, info yang berguna untuk semua. Ada yang terkena batang hidung akak sendiri...huhu.

Akak memang suka minum nescafe tapi lately dah jarang sikit sebab akak makan supplement. Supplement tak berlaga dengan nescafe atau kopi. Sia2 jek makan supplement kalau lepas tu minum nescafe atau kopi. Untuk elakkan sebarang usaha yang sia2, akak kurangkan sikit.

Berbuka dengan minum air bergas? Errr....tak la bagi akak. Air sejuk pun kadang2 jek. Tak larat nak minum air bergas.

Garam? Hmm...jarang sangat masak tak guna garam tapi memang boleh nak kurangkan garam...cuma time makan nanti ada la yang merungut kurang masin...hehe. Tapi, boleh dipraktikkan, lama2 biasa la kan.

Biasanya after office hour, akak buat la juga senaman ala kadar kat gym tapi ni....sebulan la akak cuti bersenam :)). Sebenarnya boleh jek nak exercise ringan2 kat rumah, cuma banyak vitamin M jek.

Okay...semoga tip ini berguna untuk uolls,

No comments:

Post a Comment

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...