Wednesday, July 27, 2011

sup cendawan & ikan pari bakar


Jangan jemu ye sebab me masih bercerita tentang masa me makan-makan di JB. Satu petang pula, kawan me ajak minum petang, lebih kurang jam 5.30 pm dan as usual me ikut je sebab makan free :)
Kawan me bawa me minum kat satu kedai yang dia selalu lepak la. Then dia offered me makan sup cendawan. Me terdiam sekejap sebab pada me, kalau makan sup cendawan, mesti lawannya ialah nasi putih. Tapi bila me pandang keliling, rupanya orang-orang situ makan sup cendawan sebagai pelengkap minuman petang.

So, me "belasah" je kan.





Sebelah malam pula, kawan me bawa me makan di ... .. me lupa nama tempat tu tapi yang pastinya dekat dengan Hospital Sultanah Aminah dan berhampiran juga dengan jalan menuju ke Danga Bay. Kami makan ikan pari bakar. Ikan bakar best tapi yang tak bestnya, banyak cicak kat kedai tu.

Kena pilih meja yang jauh sikit daripada lampu, baru bebas daripada cicak. Nasib baik bukan cicak tokek kan. Kalau tak, me dah kaya  :)

Saturday, July 23, 2011

pepes


Second day in JB, malam tu my frens ajak dinner kat salah satu kedai tomyam yang menjadi favourite dia orang. Me ikut je sebab stay kat bilik hotel dengan hanya menonton channel Singapore dan Indon, agak membosankan. Lebih-lebih lagi terlepas nak tonton Chelsea. 

Best juga tempat makan ni tapi sorry, me tak ingat kat mana. Yang pasti ada screen besar untuk kami tonton Chelsea. Me pekena nasi paprik, nak rasa macamana paprik orang JB. Dan...my fren suruh me rasa pepes. 

Pada awalnya me rasa lucu dengan nama pepes, nama jawa kot :)

Rupa pepes lebih kurang dengan otak-otak, samada dibakar atau dikukus. Tapi me lebih suka pepes yang dibakar. Yang me makan ni, pepes ayam. Best, me suka.

Thursday, July 21, 2011

yong tau fu


Me masih di JB lagi. Masuk hari ketiga duk sini, macam dah tahu sikit-sikit jalan-jalan di JB ni. Banyak sangat perubahan kat sini since kunjungan me yang terakhir banyak tahun yang lepas.

Sampai je kelmarin, me terus dijemput kawan lama ke rumah dia di Kampung Melayu. Sebelum itu, kami makan kat food court Kampung Melayu. Ramai orang kat sini tapi environment tak berapa best.

Sempat la me makan yong tau fu Kampung Melayu. Sedap tapi me tak expect banyak sangat "daun" ditaburnya dalam sup. So, nak makan, me terpaksa selak-selak daun dulu..huhu..

Tuesday, July 19, 2011

gulai nangka


By the time entri ni di "tayangkan", me dalam perjalanan ke Johor Bahru untuk melaksanakan kerja-kerja rasmi me. Dah lama sangat tak menerjah ke JB walaupun kaum kerabat ramai juga menetap di JB.

Gulai nangka ni, bonda me yang masak. Me tak berapa minat gulai nangka tapi kalau makan nangka masak tu, me suka  :)

Me rasa tak susah mana nak masak gulai nangka ni. Nangka kena rebus dulu tapi leceh kan nak menyiang nangka. Bergetah gitu. Bahan-bahan lain macam biasa la, ikan bilis, bawang, kunyit, santan dan garam. Nak best lagi, bubuh lada kecik. Berpeluh you kalau makan.

Monday, July 18, 2011

twister ala KFC


Kelmarin me balik ke kampung me yang femes dengan ikan patin tu. Alhamdullillah sekarang ni musim durian, rambutan pun dah mula nak masak. Rezeki.

Breakfast semalam, me cuba nak buat something yang lain daripada cekodok, nasi lemak atau nasi goreng (sekadar menulis beberapa menu biasa..). Me teringat entri lempeng me. So, me buat la lempeng lagi tapi kali ni me letak ayam (goreng dada ayam dan hiris kecik-kecik), buah tomato (potong dadu kecik-kecik), kentang (rebus dan lenyek) dan telur dadar hancur (goreng campur dengan susu segar). Semua bahan ni letak atas lempeng dan gulung.

Hasilnya sebijik macam twister kat KFC tu. Jangan lupa tabur lada hitam sikit dan mayonis (kalau suka) dan bubuh sos cili bila nak makan.

Friday, July 15, 2011

kari tenggiri liverpool


Tension. Bila mana petang semalam kononnya nak balik awal, tup-tup sampai rumah dekat jam 7. Semuanya gara-gara peminat Liverpool yang berasak-asak ke Stadium Bukit Jalil. Ingatkan keluar ofis awal tak sesak, rupanya sesak teruk... Orang lelaki keluar ofis pukul 4 ke semalam?  :)

Pendek kata, dah 3 hari me terpaksa bersesak-sesak dengan peminat-peminat bolasepak. Next week ada satu lagi hari nak bersesak, tapi rasanya me outstation   :)

Balik rumah tengok SRK dah beli ikan tenggiri. Orang lelaki kalau beli ikan ke sayur, walaupun nak makan 3 orang je tapi dibelinya macam nak makan 6 orang. Tak bajet pun. So me goreng tenggiri satu potong dan bahagian kepala, SRK nak masak kari. Well, layan je la kari tenggiri yang SRK masak ni.

Masak kari ikan macam biasa la ye. Jangan lupa bubuh biji sawi. Dan apa jua yang kita masak gulai atau kari menggunakan santan, mesti masukkan asam keping.

Thursday, July 14, 2011

siakap kukus @ stim



Aduhai ikan siakap, tak sangka dah naik harga rupanya. Me and SRK memang peminat ikan siakap. Boleh katakan dalam seminggu tu mesti ada makan ikan siakap. Biasanya terjah kat Giant, seekor ikan siakap, derang jual RM7.00 lebih tapi sekarang ni dah naik dekat sepuluh hinggit.

So me ubah tempat beli, terpaksa merempit ke tempat lain untuk beli siakap lagi fresh.

Kalau masak siakap kukus atau stim, gerenti licin punya. Tambah lagi ada sambal kicap made by SRK (resepi sendiri). Me nak komersilkan sambal kicap SRK ni ke satu restoran kat KL. Tapi kalau masak goreng berlada, licin jugek :)

Malas nak sebut kami kuat makan.  :D

So, layan menu makan malam kami kelmarin, siakap masak kukus @ stim.

Cara? Sapukan sos tiram ke seluruh badan ikan. Kalau nak guna taucu, sedap jugek. Tabur hirisan bawang merah, halia, lada besar dan lada kecik. Tabur garam sikit (kalau nak rasa lagi masin sebab sos tiram dah masin). Kukus ikan dalam 20 - 25 minit, ikut saiz ikan la. Makan dengan sambal kicap.

Wednesday, July 13, 2011

lempeng kampung

lempeng kampung cicah dengan sambal kari tuna....


Everyday lepas jemput anak kecik kat sekolah, anak kecik me mesti ngadu lapar (walaupun dah makan macam-macam masa rehat kat sekolah).  Biasanya me drive dari ofis, sedang elok sampai kat depan sekolah jam 6 pm atau lebih.  Kalau me sampai lewat sikit, ada harapan tengok budak kecik tu meraung.  Manja.

Selain roti paun,  me selalu masakkan lempeng untuk anak kecik me.  Tu yang dia minat.  Tapi kena masak sambal tumis sekali untuk dicicah.  So this time me nak share cerita lempeng.  Dulu-dulu masa kecik-kecik,  lempeng ni memang breakfast wajib me sebelum ke sekolah.

Lempeng banyak versi,  ada lempeng nyiur.  Sesetengah orang blur bila sebut lempeng tapi bila sebut pancake,  tau pulak    :)

Bahan-bahan nak buat lempeng kampung >>> tepung gandum, telur, air, sedikit garam / gula (ikut yang mana suka). Adun bahan sampai tak berketul. Then bolehlah di bakar atas ceper.  Tapi me guna kuali leper tak melekat je.

Tuesday, July 12, 2011

khasiat bawang putih



Me rasa ramai yang tak berapa suka makan bawang banyak-banyak.  Maklumlah nanti bau badan buat orang lain tak senang. Tapi sebenarnya bawang ni banyak khasiatnya.  Me suka bubuh bawang putih banyak2 bila memasak.

Bawang putih ni sebenarnya digunakan untuk membuang angin dalam perut dan usus, merangsang peluh, singkir cacing dalam perut dan usus, sebagai antiseptik, pencuci organ dalam tubuh, sedatif, tonik jantung, untuk merawat radang sendi, asma, batuk kokol, buasir, busung, cirit, diabetes, gout, kembung perut, keputihan dan banyakkkkkkk lagi khasiatnya.

Dimakan untuk mencuci, melawas dan menurunkan tekanan darah, turunkan tahap gula dalam darah dan kurangkan tahap kolestrol tidak baik dan sebagainya lagi.

So, jangan bimbang makan bawang putih banyak-banyak.


Sumber : Professor Ong Hean Chooi - Rempah -Ratus Khasiat Makanan & Ubatan

cucur ubi vs rendang daging



Tak tau apa nak berbuka puasa petang semalam, merayau di cafe pejabat, ternampak cekodok atau cucur ubi. Best cucur ubi ni sebab dicampur dengan nyiur. Bila makan terasa manis dan ada rasa nyiur. 40 sen sebiji, youuu...

Tambahan pula, me memang peminat cekodok. Tak kira la cekodok pisang ke, cekodok masin ke, cekodok manis ke, cekodok jagung ke.....semua me minat. Dah lama tak makan cekodok labu.




Dan untuk hidangan dengan nasi, me rajinkan diri masak daging rendang. Me rasa ramai dah tahu kan macamana nak masak rendang tapi me bagi juga resipinya ikut cara me.

Bahan-bahan:
- daging lembu / kerbau - potong nipis-nipis
- bawang putih
- bawang merah
- halia, lengkuas, serai
- daun limau purut
- daun kunyit
- santan
- garam, asam keping
- cili giling
- kerisik

Caranya :
Blend bawang putih, bawang merah, halia, lengkuas dan serai. Masukkan daging dalam periuk / kuali dan tuangkan semua bahan yang telah di blend tadi. Masukkan bahan-bahan lain secara berperingkat.

Siap untuk dihidang bila nampak rendang ni dah bertukar warna brown gelap...

Monday, July 11, 2011

makan pantun

Me puasa hari ni, so me cuma nak "makan" pantun. Actually ianya adalah kontes dari blog KOMENSEN. Dan me nak cuba bakat.



Me suka juga berpantun ni tapi kadang-kadang tak berapa reti nak berjual-beli. Tapi me cuba "makan" pantun yang dihidangkan.


Tuan Haji hidang..

Anak sepat di dalam sawah
Elok dimasak dengan pegaga
Bila dah dapat gading bertuah
Tanduk hendak letak kat mana?

 
Me makan..

Bunga lawang pelengkap masakan
Bunga cengkih harum baunya
Kasih sayang insan tiada batasan
Bahagikan kasih seadil-adilnya

Tuan Haji hidang..

Pisang emas masak se sikat
Masak pulut janganlah hangus
Sudah kemas perahu ku ikat
Kenapa hanyut dibawa arus?

Me makan..

Air dicincang tak dapat diputuskan
Walau diguna seluruh kekuatan
Kita merancang Tuhan yang tentukan
Ada hikmahnya disebalik kejadian

Tuan Haji hidang..

Anak senangin anak tenggiri
Masuk ke kelong mengelak pukat
Jika tak ingin dibuat isteri
Kenapa diusung merata tempat?




Me makan..

Masak tepung menjadi lepat
Tepung pelita manis rasanya
Bagaimana tak usung merata tempat
Iman di dada bergetar adanya



Sekian.


salad timun versi SRK




Actually malam selepas me makan nasi kukus kat PNB Park tempoh hari, me sakit perut yang amat sangat. Tak lena tidur malam dibuatnya. Tak pasti la disebabkan kuah nasi kukus tu atau sebab-sebab yang lain. Tapi dua orang kawan me pun sakit perut.

Perut me memang sensitif.

Tengahari kelmarin, SRK sibuk nak join me memasak. Nak buat kerabu katanya. Ini bukan first time kerabu yang seumpamanya, dibuat oleh SRK. Tapi benda ni buat penyedap makan.

Bahan-bahan:

- buah tomato (clearkan bijinya & potong dadu)
- timun jepun (potong dadu)
- sotong celur (potong kecil-kecil)
- udang kering (tumbuk)
- lada hijau & cili padi (hiris nipis-nipis)
- bawang besar (hiris nipis-nipis)
- garam & gula secukup rasa
- perahan limau kasturi

Gaul semua bahan dan siap untuk dihidang.

Menu ni rasanya dah biasa orang buat kan, lebih kurang buat umai (makanan Sarawak) kan.

Wednesday, July 6, 2011

nasi kukus PNB



Yesterday, opismate me ajak makan kat luar. Budak-budak (sebut budak sebab memang derang ni budak-budak lagi..) ni ajak makan nasi kukus kat PNB Park. Me memang first time menerjah ke PNB Park ni. Tak tau pun ada food court kat bawah tanah tu (bawah tanah kan?).

We all sampai sana dekat jam 1.30, nasi kukus pun dah nak habis. Tapi sempat la me makan dan me bagi 4.5 bintang la kat rasa nasi kukus + gulai + ayam goreng berempah yang me makan. Padan la dengan harganya RM5.00 je.

Puas hati. Lain kali me ingat nak ajak SRK pulak makan kat situ. Teringat Nasi Kukus Zakini, Berek 12, New Castle (baca: Kota Bharu). Sedap.




Tuesday, July 5, 2011

kuih lopez feat bananas



This morning me breakfast mee megi goreng + mee goreng mamak + sambal tumis.  Ambil sikit-sikit sebab dua-dua nak rasa.  Minum air nescafe suam (tapi tokei kedai tu bagi me nescafe menggelegak !).  Cool.

Sambil buat kerja, dan jenguk blog me makan kuih lopez dan pisang.  Kunyah dan telan je, walaupun nampak macam tak match :)    Me actually memang tak terer buat kuih lopez.


Trendy plate tu boleh beli kat Ikea.

Monday, July 4, 2011

gulai lemak udang + nenas



Me balik kampung di Pahang last weekend. Selalunya me mesti nak cari ikan patin, nak buat gulai asam pedas atau goreng tapi kali ni me rasa muak pulak. So, me cari satu menu yang agak malas jarang me masak. Me beli udang dan nenas ...dan me minta tolong my mom masak. Dah lama tak makan masakan mak.

So, dapat la me makan gulai lemak udang + nenas. Pekat lagi gulai yang my mom masak ni.. Me rasa kalau masak gulai lemak nenas dengan ikan kering pun sedap kan...

Harap dapat bagi idea pada kawan-kawan ya.

pantai kemasik

Last two days, kami sekeluarga ke Dungun untuk menghantar anak dara yang dah mula kuliahnya semalam. Great, semalam juga birthday dia yan...