Tuesday, July 12, 2011

cucur ubi vs rendang daging



Tak tau apa nak berbuka puasa petang semalam, merayau di cafe pejabat, ternampak cekodok atau cucur ubi. Best cucur ubi ni sebab dicampur dengan nyiur. Bila makan terasa manis dan ada rasa nyiur. 40 sen sebiji, youuu...

Tambahan pula, me memang peminat cekodok. Tak kira la cekodok pisang ke, cekodok masin ke, cekodok manis ke, cekodok jagung ke.....semua me minat. Dah lama tak makan cekodok labu.




Dan untuk hidangan dengan nasi, me rajinkan diri masak daging rendang. Me rasa ramai dah tahu kan macamana nak masak rendang tapi me bagi juga resipinya ikut cara me.

Bahan-bahan:
- daging lembu / kerbau - potong nipis-nipis
- bawang putih
- bawang merah
- halia, lengkuas, serai
- daun limau purut
- daun kunyit
- santan
- garam, asam keping
- cili giling
- kerisik

Caranya :
Blend bawang putih, bawang merah, halia, lengkuas dan serai. Masukkan daging dalam periuk / kuali dan tuangkan semua bahan yang telah di blend tadi. Masukkan bahan-bahan lain secara berperingkat.

Siap untuk dihidang bila nampak rendang ni dah bertukar warna brown gelap...

mee kari chinese style

Semalam, tengahari lagi dah plan nak masak mee kari chinese style. Entah ler, tetiba teringin nak makan. SRK dan anak2 pun setuju ta...