kari tenggiri liverpool


Tension. Bila mana petang semalam kononnya nak balik awal, tup-tup sampai rumah dekat jam 7. Semuanya gara-gara peminat Liverpool yang berasak-asak ke Stadium Bukit Jalil. Ingatkan keluar ofis awal tak sesak, rupanya sesak teruk... Orang lelaki keluar ofis pukul 4 ke semalam?  :)

Pendek kata, dah 3 hari me terpaksa bersesak-sesak dengan peminat-peminat bolasepak. Next week ada satu lagi hari nak bersesak, tapi rasanya me outstation   :)

Balik rumah tengok SRK dah beli ikan tenggiri. Orang lelaki kalau beli ikan ke sayur, walaupun nak makan 3 orang je tapi dibelinya macam nak makan 6 orang. Tak bajet pun. So me goreng tenggiri satu potong dan bahagian kepala, SRK nak masak kari. Well, layan je la kari tenggiri yang SRK masak ni.

Masak kari ikan macam biasa la ye. Jangan lupa bubuh biji sawi. Dan apa jua yang kita masak gulai atau kari menggunakan santan, mesti masukkan asam keping.

Popular posts from this blog

mara digital

shah's beach resort, tanjung kling, melaka

pasar rakyat medan mara, KL