Monday, July 11, 2011

makan pantun

Me puasa hari ni, so me cuma nak "makan" pantun. Actually ianya adalah kontes dari blog KOMENSEN. Dan me nak cuba bakat.



Me suka juga berpantun ni tapi kadang-kadang tak berapa reti nak berjual-beli. Tapi me cuba "makan" pantun yang dihidangkan.


Tuan Haji hidang..

Anak sepat di dalam sawah
Elok dimasak dengan pegaga
Bila dah dapat gading bertuah
Tanduk hendak letak kat mana?

 
Me makan..

Bunga lawang pelengkap masakan
Bunga cengkih harum baunya
Kasih sayang insan tiada batasan
Bahagikan kasih seadil-adilnya

Tuan Haji hidang..

Pisang emas masak se sikat
Masak pulut janganlah hangus
Sudah kemas perahu ku ikat
Kenapa hanyut dibawa arus?

Me makan..

Air dicincang tak dapat diputuskan
Walau diguna seluruh kekuatan
Kita merancang Tuhan yang tentukan
Ada hikmahnya disebalik kejadian

Tuan Haji hidang..

Anak senangin anak tenggiri
Masuk ke kelong mengelak pukat
Jika tak ingin dibuat isteri
Kenapa diusung merata tempat?




Me makan..

Masak tepung menjadi lepat
Tepung pelita manis rasanya
Bagaimana tak usung merata tempat
Iman di dada bergetar adanya



Sekian.


6 comments:

  1. salam kenal.

    terima kasih kerana sudi memeriahkan kontes saya walaupun pertama kali bersua di maya.

    siap dengan gambar sekali jawapannya. telah pun saya senaraikan penyertaan awak.

    ReplyDelete
  2. tq tuan haji sudi ke mari. me sekadar mengasah bakat :)

    ReplyDelete
  3. Salam Yong Intan,
    weh ni nama cam baru jer. Dulu nama apa ye?

    Hari-hari makan nasi, nasi direbus dengan budu,
    Puan Intan baru dikenali, mari kita bersalam dulu!

    ReplyDelete
  4. salam..
    wahhh..peasing koi nih?
    la la la..kita menang bagi
    dua yek?

    ReplyDelete
  5. salam kak yong, dulu nama intan jugek..hehe

    ReplyDelete
  6. wslm zul. klu aok menang, belanja koi kat KLCC yak!

    :D

    ReplyDelete

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...