siakap kukus @ stim



Aduhai ikan siakap, tak sangka dah naik harga rupanya. Me and SRK memang peminat ikan siakap. Boleh katakan dalam seminggu tu mesti ada makan ikan siakap. Biasanya terjah kat Giant, seekor ikan siakap, derang jual RM7.00 lebih tapi sekarang ni dah naik dekat sepuluh hinggit.

So me ubah tempat beli, terpaksa merempit ke tempat lain untuk beli siakap lagi fresh.

Kalau masak siakap kukus atau stim, gerenti licin punya. Tambah lagi ada sambal kicap made by SRK (resepi sendiri). Me nak komersilkan sambal kicap SRK ni ke satu restoran kat KL. Tapi kalau masak goreng berlada, licin jugek :)

Malas nak sebut kami kuat makan.  :D

So, layan menu makan malam kami kelmarin, siakap masak kukus @ stim.

Cara? Sapukan sos tiram ke seluruh badan ikan. Kalau nak guna taucu, sedap jugek. Tabur hirisan bawang merah, halia, lada besar dan lada kecik. Tabur garam sikit (kalau nak rasa lagi masin sebab sos tiram dah masin). Kukus ikan dalam 20 - 25 minit, ikut saiz ikan la. Makan dengan sambal kicap.

Popular posts from this blog

mara digital

shah's beach resort, tanjung kling, melaka

pasar rakyat medan mara, KL