Friday, June 2, 2017

Genting Highland






Dah banyak tahun tak mendaki hingga ke puncak Genting Highland. Walaupun tak jauh dari KL tapi tak berkesempatan nak pergi. Tapi baru2 ni sebelum puasa, layan jugek kehendak anak2 sebab dah lama sangat tak pergi. OTW balik dari kampung, terus naik ke puncak. Kebetulan hari baru lepas hujan, so kat atas tu tebal sangat kabus. Pandangan hanya dalam 10-15 meter je ke depan. Tapi sebab SRK dah biasa dengan jalan2 kat situ sebab selalu bawak tourists, so keadaan terkawal.






Macam jakun pulak bila masuk dalam building sebab interior design dan "aksesori" kat dalam tu memang menawan hati. Nampak moden dan catchy. No wonder setiap weekend, ramai jek yang panjat ke situ. Macam2 ada, especially games. Anak2 excited semacam.




Bila dah jalan2 tu, ada jugek rasa macam jalan2 kat Pavilion. Lebih kurang la kedudukan shoplots kat situ. Tapi more happening sebab orang memang ramai sangat2. Tak tau la orang pergi situ untuk apa tapi salah satunya of course for entertainment. Tourists memang ramai, so kalau kita bawa anak2 yang masih kecik, kena jaga elok2 la.







Akak "pening" tengok macam2..hehe. Faktor umur kot. We all follow je SRK sebab tak boleh ingat kat mana pintu keluar dan kat mana pintu masuk =). Main jalan jek, turun naik lif. Nak cari indoor games pun memang takde unless uolls nak main video games, memang banyak kat situ. Dah kenapa tua2 nak main video games, kan.








Try to find Malaysian Food but bila sampai kat tempat tu, you actually just boleh tengok sebab hampir kesemuanya non halal food. Non halal foods are everywhere, so kalau nak selamat, pergi makan kat fast food restaurants. At least kita dah tau halal haramnya. Nampak dim sum tu macam sedap, one of my favourites kot tapi tak halal, okay.






On the way back, SRK bawa singgah kat the biggest temple yang ada kat situ. Anyone can visit this temple dan yang menariknya ialah kita boleh tengok cable car dari dekat. View memang cantik sangat, boleh nampak ke kawasan2 bawah, siap ada kabus bagai, very nice. Rezeki kami dapat tengok suasana berkabus2 sebab baru lepas hujan.








Temple ni memang besar dan pelancong2 memang suka singgah. Kita boleh ambik gambar sebanyak mana yang kita suka. At the end, walaupun perut lapar tapi dah sampai KL baru boleh alas perut. Nak singgah restoran mamak pun macam tak best. So, just keep quiet sepanjang perjalanan balik sebab masing2 lapar =)
















king patin

I am a die hard fan of ikan patin. Of coz la kan sebab akak asal dari Bandar Ikan Patin. Kalau balik kampung, gulai ikan patin ...