Friday, October 18, 2019

what a long break!



Since ada Instagram, memang akak buat story kat situ jek sebab simple and easy. Simpan pics banyak2 kat situ untuk kenangan. Tapi bila rasa nak menulis panjang, terus buka blog ni. Walaupun dah bersawang sangat tapi sayang nak delete blog ni sebab dari sini la akak dapat kenal kawan2 maya. It's a long story for almost a year tak menulis, lebih kot. Macam2 berlaku. Ada yang suka, ada yang duka dan akak masih di hutan batu yang semakin cramp each day. Construction here and every where, masa perjalanan ke ofic elok2 hanya 15 - 20 minit, dah jadi more than 40 minit. Just imagine how we survive in KL. Rushing every single day.








How time flies, my little girl dah form 5 this year, tengah struggle untuk SPM 2019. Hurmmm...2 weeks left to go. Early in the morning kena attend kelas intensif Add Math, thank you to the teacher atas usaha yang baik tapi samada students boleh hadam dengan apa yang diajar atau tak, Allahualam. Sebab awal pagi sangat =). But ia bagi impak positif pada my little girl sebab setiap hari, hanya satu soalan saja yang cikgu bincangkan and it works! My little girl still aktif dengan aktiviti canoe dia, even she has been selected for SUKMA 2010. Tapi mulai minggu ni terpaksa stop latihan, untuk fokus kepada study. Semoga segalanya dipermudahkan, ummi yang nervous lebih. Nak main canoe kat luar negara pun still guna duit Kelab and duit sendiri kan. Anyway, I am very proud to my little girl.

My big girl dah tamat intern and luckily dia dapat intern kat Colmar Tropicale, Bukit Tinggi. Segalanya dipermudahkan, dapat intern kat tempat best (walaupun busy), ada kuarters pekerja, dapat elaun bulanan dan dapat colleagues yang best. So, nikmat apa lagi yang nak didustakan. Makan pun hari2 free, just request nak makan apa. Nak shopping pun jarang so duit elaun boleh simpan. Doakan semoga dia dapat sambung buat degree, In Shaa Allah.Andddd actually dah tamat pengajian pun, tunggu nak convo bulan Mac tahun depan.

Me? Masih kerja dengan department yang sama, melihat pelbagai episod sinetron yang berlaku di ofic. Situasi bekerja sekarang tak lagi sama dengan zaman2 dulu, budi bahasa yang semakin terhakis dek kerana pangkat dan kuasa, pujian semakin dicari hingga ada yang terlupa dari mana datangnya rezeki. Asam garam kehidupan bekerja pada masa kini. Lepas Bajet 2020 diumumkan, macam nak mula cari info tentang pengeluaran bayaran GCR eh! Sapa ada calculation, please share with me =).

What else? Kesihatan ada masa terganggu, Allah tarik nikmat untuk kita terus mengingatiNya, sedar diri bahawa kita hanyalah hambaNya. Just keep calm dan bersyukur.


No comments:

Post a Comment

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...