Tuesday, November 28, 2017

masjid besi



























Allah bagi rezeki pada akak untuk solat di Masjid Besi, Putrajaya. Memang satu pengalaman yang sangat berharga. Walaupun bagi sesetengah orang, hal ni macam biasa jek tapi bagi akak, sangat berharga. Masjid yang sangat indah seni binanya dan sangat selesa untuk kita solat dan menjalankan aktiviti2 ibadah yang lain. Kagum sangat. Bila masuk ke masjid ni, ada feeling yang tak terucap. Rasa nak duduk je kat situ, tenang dan indah sangat.

Keciknya kita sebagai seorang hamba Allah. Jahilnya rasa bila tengok anak2 yang masih muda remaja gigih belajar mengaji, membetulkan tajwid dalam bacaan. Teruji sifat amanah bila nak beli mineral water, hanya ambil dan tinggalkan duit bayaran dalam kotak. Ada yang tersurat dan tersirat. Fikiran jadi "berkecamuk" sekejap..hehehe. Terkedu. Allahuakbar. Maka nikmat apa lagi yang kita dustakan, betul tak?

Semua kemudahan, jalan dan peluang dah ada di depan mata, tinggal lagi tepuk dada tanya selera masing2.

"berkecamuk" = teruja, gembira, sedih, terharu (semua ada).

Anyway, tak kira kat mana kita nak kukuhkan tiang agama kita, janji diterima oleh Allah SWT. Aamiin. Sekadar teruja sekejap, mengimbas semula memori Masjid Kristal, Kuala Terengganu.