Friday, December 29, 2017

it's my birthday










Alhamdullillah Allah SWT memanjangkan umur hingga ke hari ini, memberi kegembiraan, memberi rezeki yang tak putus2. Lantas nikmat apa lagi yang nak kita dustakan. Rasa umur macam baru 34 tapi tahun ni dah masuk level makcik2 sangat dah. Rasa sangat diri ni berumur bilamana ada benda2 yang kita suka masa dulu2, sekarang dah macam tak suka =). Dah rasa perubahan tu, lebih2 lagi rasa diri lebih matured (of coz). Anak2 pun dah besar. Tapi macam still tak boleh terima kalau salesgirls kat malls panggil akak, makcik. Apa la diaorang ni kan, panggil la auntie, baru sedap sikit nak dengar.

Tak ada special celebration daripada SRK, katanya nak bawa pergi makan jek. It is ok as long dia boleh jadi suami yang baik kepada akak, dan abah yang baik kepada anak2. Tak pukul, tak dera, taat solat, hormat parents, boleh masak untuk family while I am busy, boleh bertoleransi, boleh berkompromi, sentiasa ada gurau senda dan tak abai nafkah, itu dah lebih bermakna daripada hadiah. Eh, macam banyak pulak "syarat" kan =). Akak bukan request perfectionist tapi a proper husband. Alhamdullillah, walaupun banyak cabaran dan dugaan.

Terima kasih tak terhingga kepada semua kawan2 dan sedara-mara yang tak pernah lupa birthday akak, rasa macam terharu sebab banyak sangat wishes yang sampai kat whatsapp dan FB. My daughter cakap, FB untuk orang berumur. Budak2 muda main twitter, wechat...okay. Bila free banyak sikit nanti, boleh la reply one by one because I appreciate all the wishes.

Tak ada kata2 lain yang boleh diterjemahkan, melainkan syukur yang tidak terhingga kepadaNya atas segala-gala bentuk rezeki yang diterima selama ini.

Happy Birthday To Me!