Monday, April 3, 2017

MyTown









Last Friday, akak dan kawan2 menerjah ke MyTown, shopping mall yang baru buka sebelah IKEA Cheras tu. Kalau jalan tak sesak, dari ofic akak...10 minit dah sampai ke tempat tu. Kalau jalan sesak, tak payah la nak kira berapa minit. Lagi haru bila malas nak drive sendiri tapi guna khidmat Grab Car dan tambah haru bila driver Grab Car tak tau jalan, harapkan waze nak tolong =). This is true story maaa...driver Grab Car tersilap jalan dan bawak kami makan angin ke Bukit Jalil, dengan hujan lebat dan jalan sesaknya bagai. Just imagine, kesian driver Grab Car yang hanya dapat RM6.00 tapi tersalah jalan terus masuk highway Mex dan kena bayar tol! Nasib baik kami baik hati bayar lebih. Kesian punya pasal. Nak bagitau jalan... dah terlambat, cepat sangat dia pusing stereng.

MyTown memang cantik, especially tempat makan. Banyak pilihan dengan interior yang moden. Memang tak bosan la makan kat situ, pilih je nak makan apa. Harga makanan lebih kurang sama dengan harga makanan kat shopping malls yang lain. Nak western, ada. Nak nasi campur pun ada. Tak nak makan nasi, nak makan benda lain pun ada. Teringin nak makan nasi ayam penyet, pun ada. Tekak nak makan kueh-mueh pun ada. 





Dan akak as usual tengahari feeling macam malas nak makan nasi kalau breakfast dah makan nasi sebab dinner nanti nak temankan SRK dan anak dara makan nasi pulak. So pilih punya pilih, makan Lo Mee, mee yang besar2 tu. Kenyang makan Lo Mee ni. Nasib baik sedap orang tu masak, makan dengan cili potong + kicap. Match pulak dengan air kopi panas. Tengah pantang minum ais ni. Harga Lo Mee ni cuma RM7.90 jek.





Some of the stalls yang jual makanan. Ada kebab, pelbagai jenis sandwich dan dessert. Menarik kan. Lunch hour memang ramai makan kat sini. So, kalau nak ubah2 angin tu, boleh la try makan kat MyTown. Lepas makan, boleh singgah Daiso dan Kaison, dekat jek dengan tempat makan. Bawak duit lebih, boleh la beli barang lebih...hehe. Akak kena cuti kalau nak pergi IKEA dan MyTown ni serentak. Sebelah pagi pergi IKEA, petang pergi MyTown. Pengsan! Nak shopping kat Parkson pun boleh. 








Untuk sportmen dan sportwomen, kedai2 jual barangan sukan banyak kat situ, macam kat KLCC jugek. Satu floor tu banyak kedai2 ni. Boleh la nak survey2 apa yang patut. Playground untuk budak2 pun ada. So parents just no worries nak bawak anak2 ke situ. Kalau anak2 dah bosan, singgah je kat playground dan parents boleh layan whatsapp, FB or IG. Ok tak? Ngeeee...





Karnival WOW

Karnival WOW baru2 ni macam tak wow sangat, biasa2 jek. Yang happening sebab ada live programme by TV3. So ramai ler orang kerumun kat sit...