Friday, January 26, 2018

pencapaian diri



Salam Jumaat yang penuh barokah.

Sekejap je dah nak abih bulan Januari 2018, memang sekejap sangat. Semalam birthday salah seorang sahabat lama, memang kami dah bersahabat lebih daripada 10 tahun. Masa my birthday, pagi2 buta dia dah call nak wish tapi semalam, akak punya la rushing pagi2, tak sempat nak call. Dah tengahari baru sempat nak wish through whatsapp. So, how busy we are, friends are very important to us. Sibuk macamana pun, kita jangan jauhkan jarak dengan kawan2.

Apa pencapaian akak tahun lepas? Kalau pencapaian aktiviti kat ofic, tak tercapai 100% pun. Ini kan pula manusia, ada kurang sana sini, of coz.

Last year agak banyak berdepan dengan dugaan. Allah tidak menduga hambanya lebih daripada kemampuannya kan. So, In Shaa Allah ada solutionnya. Kita ni bila umur semakin meningkat, mesti la ada perubahan ke arah kebaikan. Takkan nak jadi lebih buruk. Ok, tahun lepas selain daripada naik gaji tahunan yang fixed tu, ada la perkara2 lain yang menggembirakan akak.

1.     SRK (asben) semakin rajin memasak. (hissshhh...ni memang sejak azali).

2.     Anak dara sambung study, tak payah sewa rumah kat luar, dapat duduk hostel. Ni memang buat akak   happy sebab bila sewa rumah kat luar, banyak benda nak kena settle, nak kena fikir.

3.     Anak dara berjaya terpilih sebagai atlet kayak Malaysia. Walaupun sukan kayak ni tak berapa nak famous lagi kat negara kita tapi ini permulaan yang bagus. Ada peluang nak wakil negara ke China, Manila etc. Ok la kan, budak ni baru nak masuk 16 tahun. (Harap2 KBS boleh beri lebih perhatian kepada sukan kanu ni).

4.     Satu family sihat walafiat, nikmat apa lagi yang nak kita dustakan? Alhamdullillah.

5.     Mak pesan, jangan lupa 3 perkara iaitu solat sunat, solat dhuha dan berpuasa 3 hari sebulan. Solat sunat dan solat dhuha tu, setakat ni In Shaa Allah tapi puasa 3 hari tu........bukan tak mampu tapi asyik tak ingat nak buat. In Shaa Allah, mak.

6.     Anak dara dapat result baik dalam exam PT3, ok la kan walaupun bukan straight A. Alhamdullillah walaupun tak dapat nak cantas result kakak dia tapi sis cuba! Sistem KBAT tu, alangkan cikgu pun pening, ini kan pula students.

7.     Umur dah banyak tapi masih mampu nak buat workout dan exercise.

But then, memang ada jugek hal2 yang tak menggembirakan, biasa la kan. Kita takkan lari daripada cabaran dan dugaan dalam hidup sebab hal2 di dunia ni hanya sementara. Didoakan semoga pintu2 hati yang itu, terbuka untuk berubah ke arah kebaikan sebab apa jua rezeki yang kita dapat adalah daripada Allah SWT, bukan kerana kita yang hebat. Apa jua kelebihan yang ada pada diri kita juga bukanlah sebab keturunan kita yang sempurna, kerana manusia tidak sempurna. Elok la kita tampal solat-solat kita yang rongak itu sebelum kita disolatkan oleh orang lain.

Yang maintain, ada jugek. Masih minat untuk bersukan, berlepak2 dengan kawan2 yang baik dan hebat. Setinggi penghargaan kepada kawan2 yang sangat hebat, masakan tidak, bersahabat hingga berpuluh tahun tapi silatulrahim tak berubah, masih sama macam zaman sekolah dulu jugek. Appreciated.

Terima kasih tidak terhingga kepada SRK yang masih tak jemu2 melayan karenah isterinya ini yang memang banyak karenah, banyak membebel, masih ada karektor manja walaupun dah tua, kadang2 menjadi isteri yang sangat sibuk dengan kerja, balik lewat malam kerana bekerja, suka window shopping, suka online shopping, suka merajuk bila sampai musim tertentu, kadang2 datang vitamin M nak memasak...dan banyak lagi rupanya karenah yang SRK kena hadap hari2. Tapi atas dasar kasih-sayang dan sanggup terima seadanya, mungkin penilaian SRK terhadap isterinya ini, dilihat dari mata hati.

Semoga tahun 2018 ini memberikan sekali kebahagiaan kepada kita semua =).

No comments:

Post a Comment

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...