Lama tak menerjah ke Melaka, kebetulan ada kerja, sempat la nak meronda-ronda kejap. Terpesona dengan Hotel Mudzaffar ni sebab hotel ni lain daripada yang lain. Interior dia pun lain, konsep dan penggunaan color pun lain. Konsep Islamik, respect. Color hijau tu melambangkan Islam.
Bila bertemu dengan GM hotel ni, macam dah kenal lama, sebaya pulak tu. Sangat humble, tak meninggi diri. Kita tak segan nak bercakap sebab tak ada protokol sangat. Meeting pun jadi santai, muka tak ketat la.
Masuk je kat main entrance memang dah terpesona dengan tangga Melaka yang tersergam indah. Memang tak lepas peluang nak snap gambo kat situ, entah berapa kali snap daaa.... :). Terpegun kejap tengok tangga tu, cantik sangat.
Tak lepas peluang borak2 dan minum2 kat cafe lounge dia, cantik dan selesa. Minum 100 plus je pun sebab perut dah penuh dengan asam pedas Melaka. Menjeling jugek kat kek2 dalam almari kaca tu tapi tak nak layan nafsu makan dah. Borak2 pasal kerja, pasal politik...tetiba kan berborak pasal CM Melaka. Anyway, respect kat CM Melaka.
Mahu tak terpesona dengan hotel ni sebab design dia memang cantik, very welcoming, rasa selamat je stay kat hotel ni sebab terasa sangat Islamik dia. Kita tak akan jumpa sebarang benda berbentuk patung atau seumpamanya, tak akan jumpa kat mana2 tempat dalam hotel ni. Ownernya sangat menjaga prinsip Islamiknya. Frem2 kat dinding semua gambo2 Islamik, contoh gambo ulamak2, gambo kota Mekah etc.
Ownernya jugek sangat sederhana orangnya, very humble. Orang Penang yang cari makan kat Melaka. Terima kasih melayan kami dengan baik. Memang kami recommend stay kat hotel ni. Sekadar perbandingan biasa, masa kat KB dulu, memang ada hotel yang menitik-beratkan konsep Islamik tapi bukan kepada keseluruhan hotel. Kat Mudzaffar ni, hati "tersentuh" kat mana2. Service bagus.
Hotel bercirikan Islamik, tak semestinya untuk penginap Islam jek. Non-muslim pun dialu-alukan untuk datang ke sini. Bilik yang selesa dan nampak mewah tapi dapat harga yang bersesuaian, harga yang mampu milik. Nak buat meeting, kursus atau seminar pun sangat sesuai. Lokasi hotel bersebelahan dengan MITC Ayer Keroh, dekat dengan Mydin dan kedai2 makan pun tak jauh dari situ.
Highly recommended.
No comments:
Post a Comment
jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...