Monday, May 22, 2017

Karnival WOW



Karnival WOW baru2 ni macam tak wow sangat, biasa2 jek. Yang happening sebab ada live programme by TV3. So ramai ler orang kerumun kat situ, nak tengok pengacara2 Wanita Hari Ini dan artis2 lain. Okay, masa akak sampai situ, cuma ada artis Gambit dan....hmm..sori sangat, akak lupa nama artis perempuan yang sorang ni walaupun dia selalu jugek berlakon drama. Tauke Jus Nusantara tengah buat live promo produk2 dia, lawa orangnya. Datin kan. Akak pun confuse apa yang wow nya karnival ni tapi booth UiTM memang bagi banyak info, disamping booth syarikat2 yang tawarkan pekerjaan.





TV3 buat audition pengacara tapi nak cari perempuan yang berumur 18 - 35 tahun sahaja. So, akak dah lama disqualified!! Hahaha. Tak payah nak mimpi la kan. Jadi emcee kat mana2 function, cukup la. Tu pun kalau laku lagi. Sempat jugek register untuk main saham. Macam best jek kan nak main saham. Actually dah lama nak register tapi tak berkesempatan. Then, tertengok Malacca Securities Sdn. Bhd. buat offer free registration sempena Karnival WOW ni. So akak pun on jek la. Saja nak try.

Booths lain macam biasa jek. Oleh kerana UMNO sambut ulangtahun yang ke-71, so banyak la jugek pameran dan kaunter yang berkaitan dibuka. Dalam erti kata lain, kalau berhajat nak register sebagai ahli UMNO, ada kaunter disediakan. Bukan cakap pasal politik ye =).





Walaupun hujan gerimis tapi anak2 dara ni gigih lagi nak berposing kat perkarangan stadium. Saja nak buat kenangan, katanya. Nampaknya Stadium Bukit Jalil dah ready untuk menyambut Sukan Sea tak lama lagi. Mesti happening, tak sabar nak tengok.







iphone yang hilang

Kelmarin dapat kawan2 baru dari Jepun. One of them is an English teacher in Singapore and married to Singaporean. The other one (...