Monday, April 30, 2018

I am happy









Salam Nisfu Syaaban.

Lama betul tak menulis kat sini, sebab ralik dengan media sosial yang lain. Yup, ralik dengan IG. Akak suka post kat IG sebab mudah dan senang dapat respon. Update guna android jek, tak sampai 5 minit dah siap. Nak update pun at anytime and anywhere that you want. Tapi still sayang dengan blog ni sebab blog ni dah lama wujud.

Quite busy bila awal tahun sebab masa ni la bajet masih banyak kan. Tak abih2 dengan kerja duniawi, memang tak pernah abih dan sentiasa ada order dan dateline. Walau macamana sibuknya kita dengan kerja duniawi, jangan abaikan pulak apa yang wajib ye. Baik atau jahatnya kita, yang wajib jangan tinggalkan sebab setiap rezeki yang kita dapat, semuanya daripada Allah SWT. Kalau Dia mengizinkan, dapat la kita. Jika Dia tidak mengizinkan, maka bukan la rezeki kita. Jauhkan la rasa ujub dengan rezeki yang berlimpah2 bilamana kita rasa semuanya tu sebab kita yang hebat. Kita tidak hebat. Alhamdullillah rezeki tak pernah putus.

Suku tahun pertama ni memang macam2 yang berlaku. Akak busy dengan annual big event, 2 minggu kerja overtime. Nasib baik SRK sangat memahami, take over kerja2 rumah (kalau tak ada event pun, SRK tetap memasak!). Yang SRK tak pernah take over ialah....melipat kain baju. So nasib la kalau kain baju tak berlipat dah setinggi Bukit Broga. Tapi benda2 macam ni tak pernah nak lunturkan kasih sayang antara kami. Dah tua2 ni, tak payah nak berkira sangat dan tak perlu nak demand sangat kan. Kena banyak berkompromi antara satu sama lain. That is why, alhamdullillah we all celebrated anniversary yang ke21 baru2 ni. Bukan senang nak sampai 21 tahun ni, terlalu banyak cabaran dan dugaan. Tapi kita kena tempuhi semua tu dengan sabar.

This year memang bermula dengan warna-warna kegembiraan. Adik (anak dara kecik) menang National Canoe Polo Championship 2018, game buat kat Muar. At the age of 16, ini satu permulaan yang sangat baik untuk adik mewakili Malaysia ke China. Doakan impian adik tercapai, In Shaa Allah. Adik pun dapat hadiah kecemerlangan PT3 2017, seronok tengok adik happy. Few years ago, kakak pun dapat. So dua2 tak boleh nak jealous antara satu sama lain. Budak2 ni memang "berlumba" untuk beat.

Ummi? Ummi dan babah tumpang happy and proud.

Ada lagi yang tak dijangka. Akak dapat durian runtuh atas prestasi kerja tahun lepas. Memang unexpected sebab lately akak tengok trend management bagi awards pada staf2 muda remaja. So tak sangka langsung nak dapat appreciation yang macam ni sebab akak kan dah level makcik2. Syukur alhamdullillah, rezeki anak2 juga. SRK tumpang gembira, mau dia tak happy sebab bini dapat durian runtuh....boleh la tumpang sekaki! =). Thank you very much to manageteam team sebab pilih makcik yang dah tak berapa nak vogue ni. Once in 10 years kot. So, tips untuk cemerlang ialah:

1) Berani kerana benar, bukan "yes boss" untuk bodek bos. Bodek bos tapi kerja tip top, ok lagi.

2) Buat kerja kerana uolls suka kan kerja tu, dah tanggungjawab kan. Elakkan ada rasa terpaksa buat kerja.

3) Bukan kerja sorang2, tak nak ada orang tolong....tak nak kerja teamwork (ramai yang type ni sebab dia
    nak kredit sorang2).

4) Kerja bukan nak harapkan pujian orang. Kalau asyik nak harapkan pujian, once uolls tak dapat pujian,
    uolls akan down. Believe me.

5) Kerja buat sampai siap, complete, bukan buat ala kadar jek (asalkan siap).

6) Jangan kacau kerja orang lain, komplen kerja orang lain macam la kita dah perfect. Kacau takmo tapi bagi idea yang bagus2, ok.

7) Elakkan kerja berpuak2, ni type yang pilih orang tertentu jek dalam team, baru nak buat kerja. Tak effect pun kalau bekerja dengan orang yang bukan pilihan kita, janji kerja settled.

8) Jangan perasan kita ni bagus giler sebab bila ada perasaan ni, orang pun menyampah dan kita susah nak improve.

9) Be kind to your collegues.

10) Kurangkan show off kerja dalam group whatsapp....hihihi....yang ni memang akak rimas =).

Cukup la 10 tips kot walaupun ada banyak lagi. Yang penting, kerja kena buat dengan ikhlas. Love your job. Respect your seniors walaupun derang tu bukan bos, bukan pegawai atasan sebab experience yang derang ada lebih power. Akak memang anti kalau ada new officer yang acah2 eskyen because you know nothing. Apa yang ada dalam kepala tu semuanya teori jek. Gain the experience, baru la real.

Lagi yang best awal2 tahun ni?

Lupa pulak, dapat duit daripada LHDN sebab derang bayar cukai terlebih bayar. Yang ni memang best sebab seolah-olah macam kita menabung kan. Boleh la belanja SRK beli baju kat Padini. Upah dia memasak dan ambik anak kat sekolah =). Sesekali, akak paw pulak dia belanja makan kat luar. Syok kan gitu?

Well, nikmat apa lagi yang nak kita dustakan??

Babai.







No comments:

Post a Comment

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...