Thursday, October 26, 2017

free lunch & CEO from London








Saja nak tepek gambar makanan, nak bagi kawan2 jaki sebab akak dapat makan free =). Last day duty kat hotel and still invited untuk makan free, so makan la selagi mampu. 

Green tea cake tu tak berapa menepati citarasa akak walaupun akak suka minum green tea. Anyway this 3 days, perut ni penuh dengan coffee pelbagai rasa, hancus diet. Kek coklat tu just macam kek coklat yang biasa2. Peach pie with vanilla tu quite okay rasanya tapi akak prefer apple pie kalau ada pilihan. Agar2 tu tak ada apa yang special. One thing, we have to be fast untuk ambik food etc sebab waiters and waitress kat situ sangat cepat angkut food untuk bawa pergi kitchen semula. Even orang tengah sedap nak habiskan food pun, dia boleh cakap nak angkat pinggan.





Lunch menu, yang semalam lagi best sebab ada grilled lamb. Hari ni ada lamb masak kari, quite heavy to eat sebab dengan rasa kambing lagi, dengan rasa kari lagi. Heavy kat tekak ni. Sweet sour fish quite okay, mushroom & brokoli chinese style, akak suka sangat. Kalau boleh nak buat muka seposen dan ratah banyak2. Salad + dressing tu memang best, semalam pun makan. Ada salad tomato tu, bila makan...akak rasa macam makan minyak gamat. So, surrendered. Portion nasi kena sikit sebab nak makan lauk banyak. Standard la kan kalau makan kat hotel.

While we were eating, ada sorang auntie ni duduk kat sebelah. Rapat pulak tu, macam dah kenal lama. I dont mind sebab boleh borak2 tapi macam curious pulak. Bila we all borak, dia macam pay attention dengan cerita2 yang we all borak. At last auntie ni join borak dan terkeluar slang pantai timur + english. Dont judge a book by its cover, okay. Penat dengar dia cerita pasal kerja dia di London, kawen dengan English Man, dah dapat PR, kerja fly sana dan fly sini. Tapi akak pay attention dengan cerita dia walaupun dressing dan muka dia macam auntie berniaga kain batik kat Kota Bharu.

Thank you Kak Ha for sharing success stories in London. Hopefully her new project will success too.

No comments:

Post a Comment

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...