Friday, August 30, 2013

strawberry cup cake & shaklee


Kalau cakap pasal masak kuih ke...tak kira la kuih apa yang selalu orang komersilkan, akak memang surender awal2. Tak reti nak masak kuih. Masak puding dan agar2 simple boleh la. Sebab tu akak respect betul kat kawan2 yang terror masak kuih.

Macam kawan akak yang sorang ni, baru mencuba buat cup cake. First timer katanya tapi akak tengok macam ok je hasil cup cake dia walaupun first timer. Respect la you.




Comel kan cup cake first timer ni. Dah boleh terima order =)). Akak pilih nak rasa strawberry cup cake. Ada satu lagi, perasa coklat. Owh...yang sebelah tu bukan cup cake ye tapi saki-baki biskut raya ;).





Haa....nak promo you olls makan supplement Shaklee pulak. Rasanya ramai yang dah pun jadi pengguna tetap Shaklee kan. Macam2 supplement ada, kalau you olls rasa macam berat hati nak beli yang botol besar, beli aje yang botol kecik. 

My mom makan alfalfa untuk redakan sakit2 sendi dia tu, kurang sikit rasa lenguh. Abah akak pulak makan vita c dan ada 2-3 lagi supplement untuk jantung. Akak makan peppermint ginger plus ni untuk memperbaiki sistem penghadaman. Asyik sumbat macam2 dalam perut ni, pening dah sistem penghadaman. Untuk botol yang mengandungi 90 tablets ni, cuma RM35.00 ++ ikut harga ahli.

By the way, pada sapa2 yang ada kat utara, especially kat Penang, boleh order Shaklee kat blog         Puan Niza.




Thursday, August 29, 2013

lunch @ intermark, ampang


Ini cerita jakun. Jakun tiga orang =)).

Kalau pegi Ampang Park memang selalu sangat dah tapi tak pernah cross ke Intermark. Tapi kelmarin macam tertanya2 kenapa ramai sangat orang lalu-lalang kat jejantas tu ye. Jakun lagi.




Parked kereta kat Ampang Park dan kami terus berjalan ke Intermark. Teruja sebab dengar desas-desus rupanya ada International Food Hall kat situ. Jalan terus je macam dah biasa sangat masuk ke situ. Simple, just follow the signage =)).

2-3 kali turun esculator baru nampak food hall, kus semangat ye. Jakun lagi dan lagi.





Tempat baru kan, mesti la cantik. Ramai manusia rupanya makan kat bawah tanah ni. Macam2 ada , pilih aje nak makan apa tapi harga mungkin berbeza sikit.




Kalau kat area rumah akak, Belanga ni restoran mamak tapi kat sini macam Indon je. Terjah kat Belanga ni sebab teringin nak makan nasi kerabu. Ada nasi lemak, nasi dagang dan lain2. Ada pakej makan sekali dengan air. Quite ok.




Set nasi kerabu dengan daging bakar. Boleh pilih daging bakar atau ayam percik, match kan dengan air sirap selasih atau teh o ais limau. Ada cucur udang nipis sebagai dessert. Sambal belacan pun dia bagi semangkuk kecik. Ada rasa nasi kerabu, yang penting tumisan budunya kena best.




Harga satu set nasi kerabu lengkap dengan air ni ialah RM15.90. Kiranya ada la pilihan tempat nak makan. Berdekatan dengan food hall ni banyak lagi tempat2 makan yang best. Ikut citarasa masing2.













Wednesday, August 28, 2013

sup tulang @ this is not ww


Daripada raya pertama hari tu lagi akak "mengidam" nak makan sup tulang buatan sendiri. Macam terror sangat ye akak masak sup tulang. Tapi setakat nak makan anak-beranak tu boleh la. Impian baru je termakbul beberapa hari lepas sebab baru menerjah ke pasar malam dan terjumpa pulak daging dan tulang yang fresh. Terus beli.




Akak main "belasah" aje masak, janji ada rasa sup tulang. Kisar atau tumbuk halus bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup (sikitttt je!) dan lada hitam. Malas nak keluarkan blender, akak tumbuk je lumat2. Sebelum tu rebus dulu tulang2 yang dah dibasuh bersih. Rebus dengan sup bunjut sampai daging yang ada pada tulang tu empuk dan senang dimakan. Kalau air didih dah surut, masak air lain dan tambahkan air panas dalam periuk dan terus didihkan lagi.





Meanwhile, hiris atau mayang halus bawang merah dan tumiskan dengan perkakas rempah sup yang ada dalam sup bunjut tu. Kalau sikit sangat rempahnya, tambah lagi bagi puashati kan. Bila dah naik bau, masukkan hasil tumisan ni dalam periuk sup. Kalau tak suka tumis, campak terus bahan2 ni dalam rebusan tulang tadi. Biarkan mendidih lama (kecilkan api).

Jangan lupa bubuh garam dan taburkan sedikit daun bawang dan daun sup. Siap you olls.






Tuesday, August 27, 2013

mood nak pindah rumah @ sayur + telur


Lepas raya ni akak dalam mood nak pindah rumah. Macam2 jenis rumah dah survey setiap hari tapi belum jumpa yang betul2 sesuai. 

Harap2 dalam seminggu dua ni terjumpa la rumah yang sesuai. Nak cari rumah teres, semuanya macam jauh sikit dari sekolah anak sekarang. Nak cari apartmen, kena cari yang selesa sikit untuk famili. 

Tengah usha bagai nak rak.

By the way, mood memasak still ada lagi. Takkan pulak mood memasak berpanjangan takde kan. Kus semangat =)).




Pertamanya kobis masak dengan telur. Satu ketika dulu....(lama dah..) waktu akak berjalan2 kat pasar, duk pilih2 kobis kat sebelah sorang nyonya. Akak pun ringan mulut tanya nyonya ni, "auntie, selalu auntie masak kobis macamana?". Nyonya ni pun ckp..."Manyak senang maaa....potong ini kobis kecik2, goreng dengan telur maaa...".

Actually apa yang auntie ni cakap sama macam my mom cakap. I mean resepi derang sama aje. Hiris halus2 kobis tu then tumis macam biasa, dan...pecahkan telur dalam kobis. Budak2 pun nak makan sayur macam ni sebab nampak telur ayam ada.




Kacang panjang goreng dengan telur ni, my lovely SRK yang masak. Tetiba aje kan dia ngidam nak makan kacang panjang. Baru2 ni ngidam makan bayam tapi dah selesai episod ngidam bayam. Kaedah masak sama aje macam goreng kobis tadi, cuma SRK bubuh kicap sikit. Tu yang nampak gelap...

Boleh la cuba, dalam masa yang sama nak menggalakkan anak2 makan sayur. Bahan2 asas macam biasa ye =)).










Friday, August 23, 2013

nostalgia sungai lembing


Cerita Sungai Lembing lagi. Kalau nak buat drama atau filem macam ala2 60an...kat situ la yang sesuai sebab pekannya memang nampak antik gitu. Berdekatan dengan pekan tu, ada sebuah gunung yang sesuai untuk mereka yang minat mendaki gunung atau aktiviti lasak.




Masjid Sungai Lembing, betul2 di pinggir jalanraya. Dulu2 lain sikit masjid ni tapi mungkin untuk keselesaan pengguna, masjid ni dah banyak diubahsuai.




Centre of the town, nampak klasik kan sebab bangunan kedai2 yang ada kat situ boleh katakan masih bangunan yang lama.




Akak dan kawan2 sempat juga berposing kat tengah2 tu tapi foto2 tu tak perlu la kot nak enterframe kat sini kannnnn... =)).




Pekan nampak lengang tapi kat tempat2 tumpuan pelancong seperti muzium, agak ramai orang. Kalau nak berposing kat tengah2 jalan tu, takde masalah sangat ;))




Kat atas bukit nunnnn....kat situ la muzium Sungai Lembing, kalau akak nak masuk muzium tu, FOC sebab "kawan2 sama agensi" gitu. Kalau nak tau pelbagai sejarah tentang Sungai Lembing, masuk la muzium tu. Sejarah tentang lombong terutamanya, semuanya ada.

Even sekarang ni, lombong sebenar kat situ dah pun dibuka kepada orang ramai untuk tujuan lawatan.









Thursday, August 22, 2013

mee jawa @ sungai lembing




Penat meronda-ronda negeri Pahang, akak sempat menerjah ke pekan lama di Pahang, Sungai Lembing. Banyak nostalgia dan sejarah terpahat kat situ. Dan ada teman yang sudi belanja makan mee jawa versi Sungai Lembing.




Katanya tauke kedai makan kat situ, ini mee jawa yang tersedap di Sungai Lembing. Memang akak dan kawan2 lain teruja nak makan. Adakah mee jawa ni sehebat mee jawa yang akak makan di tempat2 lain?

..................................

Kawan2 akak makan mee jawa ni sampai habis semangkuk, macam tiga hari tak makan gayanya =)). Tapi very sorry, rasa mee jawa kat Sungai Lembing ni tak boleh ngam dengan selera akak. Match pulak dengan air milo yang dipesan awal oleh kawan tadi (pesan tanpa bertanya terlebih dahulu...). Makan dua suap, akak dah rasa dugal, rasa tekak tak boleh nak terima dah.

Lain orang lain citarasa kan. Mungkin bagi orang lain, mee jawa kat situ sedap. Tapi kalau makan mee jawa kat bandar Maharani, baru la sangat sedap!


Wednesday, August 21, 2013

gift for aidilfitri






Rezeki sebelum raya tempoh hari. Akak terima parcel dari seseorang di Johor. Rupanya dia hadiahkan kasut warna kegemaran akak, ungu. 

Siap ada kuntuman bunga lagi kan...  =))

Tuesday, August 20, 2013

hotel sri manja @ indera mahkota, kuantan


Lepas tamat cuti raya lepas, akak terus pergi outstation, round negeri sendiri, Pahang. Empat hari meronda, sempat bermalam di hotel milik Tunas Manja. Tunas Manja dah kaya you olls...boleh buka hotel sendiri lagi.




Akak duk kat bilik yang paling murah, RM110.00 included breakfast. Suka dengan kombinasi warna dinding bilik ni, hijau pucuk pisang dan krim. Rasa damai aje gitu.




Tapi bilik yang murah ni agak terhad ruangnya, namun masih ada ruang untuk kita bersolat. Beg galas kotak2 warna ungu tu, akak pinjam beg sekolah anak sulung akak...ngeeeee.... =)).




Simple kan tapi cantik, just gantungkan dua keping panel kat dinding kepala katil. Boleh bagi idea pada sapa2 yang nak hias bilik tidur.




Bilik air  menggunakan tema warna yang hampir sama dengan bilik. Tak luas sangat tapi dah cukup selesa.




Sempat breakfast di restorannya, agak banyak food yang boleh kita pilih tapi sebab dah lama tak makan nasi lemak, akak makan la nasi lemak. Cuma tambah sayur2 untuk kelainan rasa. Jus oren tak tinggal. Layanan staff kat situ bagus...mesra alam.




Pondok yang dibina khas sempena Aidilfitri, sebagai tarikan kat situ. Pondok ni kita boleh view dari tempat makan tadi. Belakang pondok tu ialah kaunter utama untuk kita check in / out.




Ini keadaan dalam restoran, tak ramai orang lagi. Mungkin sebab waktu baru raya ke-6, jadi orang ramai belum habis beraya kan.

Last but not least, hall kat hotel ni sangat besar, sesuai la kalau nak buat seminar ke...dinner ke....

Kalau berkunjung ke Kuantan, boleh la menginap kat hotel ni. Lokasinya di Indera Mahkota.





Friday, August 2, 2013

siakap berlada





Dah puas makan ayam, beli pulak ikan siakap. RM9.00 ++ seekor, akak beli kat Jaya Jusco IOI Mall. Janji mata ikan tak nampak macam baru bangun tidur. Mula2 cadang nak masak stim limau tapi macam dah bosan dengan stim limau. Jadi, rakyat kat rumah setuju masak berlada.

Kali ni akak guna cili giling brand Adabi, first time guna. Selalu beli cili giling yang paket merah tu aje. Nak try yang Adabi pulak. Agak pedas berbanding dengan cili giling yang akak guna sebelum ni.






Tumiskan aje semua bahan2 asas tu sampai garing dan masak, masukkan capsicum, sos tomato, sos cili, sos tiram, garam dan sedikit gula untuk meneutralkan rasa sos tiram. Jangan lupa goreng dulu ikan siakap tu ye.








Thursday, August 1, 2013

ayam padprik





Walaupun harga ayam dah naik tapi ayam tetap pilihan famili akak sebab anak2 memang suka makan ayam. Kali ni masak ayam padprik pulak atas permintaan si kecik.




Tumiskan bawang putih, bawang besar, serai, cili besar dan cili api hingga naik bau. Kemudian masukkan ayam, kalau nak nampak cantik lagi, ambil isi ayam aje. Letak sedikit air dan kacau. Masukkan daun limau purut, sos tiram, kicap pekat dan lobak merah serta garam secukup rasa.





Tapi akak masak kali ni terlebih kicap pekat!  =))








ten years, sunway pyramid

Sapa suka jenjalan kat Sunway Pyramid dan mencari makanan Melayu? Boleh la try makan2 kat restoran yang interiornya cantik dan...