Thursday, August 22, 2013

mee jawa @ sungai lembing




Penat meronda-ronda negeri Pahang, akak sempat menerjah ke pekan lama di Pahang, Sungai Lembing. Banyak nostalgia dan sejarah terpahat kat situ. Dan ada teman yang sudi belanja makan mee jawa versi Sungai Lembing.




Katanya tauke kedai makan kat situ, ini mee jawa yang tersedap di Sungai Lembing. Memang akak dan kawan2 lain teruja nak makan. Adakah mee jawa ni sehebat mee jawa yang akak makan di tempat2 lain?

..................................

Kawan2 akak makan mee jawa ni sampai habis semangkuk, macam tiga hari tak makan gayanya =)). Tapi very sorry, rasa mee jawa kat Sungai Lembing ni tak boleh ngam dengan selera akak. Match pulak dengan air milo yang dipesan awal oleh kawan tadi (pesan tanpa bertanya terlebih dahulu...). Makan dua suap, akak dah rasa dugal, rasa tekak tak boleh nak terima dah.

Lain orang lain citarasa kan. Mungkin bagi orang lain, mee jawa kat situ sedap. Tapi kalau makan mee jawa kat bandar Maharani, baru la sangat sedap!


pantai kemasik

Last two days, kami sekeluarga ke Dungun untuk menghantar anak dara yang dah mula kuliahnya semalam. Great, semalam juga birthday dia yan...