Thursday, August 29, 2013

lunch @ intermark, ampang


Ini cerita jakun. Jakun tiga orang =)).

Kalau pegi Ampang Park memang selalu sangat dah tapi tak pernah cross ke Intermark. Tapi kelmarin macam tertanya2 kenapa ramai sangat orang lalu-lalang kat jejantas tu ye. Jakun lagi.




Parked kereta kat Ampang Park dan kami terus berjalan ke Intermark. Teruja sebab dengar desas-desus rupanya ada International Food Hall kat situ. Jalan terus je macam dah biasa sangat masuk ke situ. Simple, just follow the signage =)).

2-3 kali turun esculator baru nampak food hall, kus semangat ye. Jakun lagi dan lagi.





Tempat baru kan, mesti la cantik. Ramai manusia rupanya makan kat bawah tanah ni. Macam2 ada , pilih aje nak makan apa tapi harga mungkin berbeza sikit.




Kalau kat area rumah akak, Belanga ni restoran mamak tapi kat sini macam Indon je. Terjah kat Belanga ni sebab teringin nak makan nasi kerabu. Ada nasi lemak, nasi dagang dan lain2. Ada pakej makan sekali dengan air. Quite ok.




Set nasi kerabu dengan daging bakar. Boleh pilih daging bakar atau ayam percik, match kan dengan air sirap selasih atau teh o ais limau. Ada cucur udang nipis sebagai dessert. Sambal belacan pun dia bagi semangkuk kecik. Ada rasa nasi kerabu, yang penting tumisan budunya kena best.




Harga satu set nasi kerabu lengkap dengan air ni ialah RM15.90. Kiranya ada la pilihan tempat nak makan. Berdekatan dengan food hall ni banyak lagi tempat2 makan yang best. Ikut citarasa masing2.













mee kari chinese style

Semalam, tengahari lagi dah plan nak masak mee kari chinese style. Entah ler, tetiba teringin nak makan. SRK dan anak2 pun setuju ta...