Thursday, June 21, 2018

raya bukan sekadar melaram




Yang paling kiri tu available. Dua daripada anak2 dara ni ialah anak dara akak!



Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua!

Raya ke-7, akak dah masuk kerja. Eh, actually mana ada raya sampai 7 hari, orang kita je yang cakap2 raya sampai 7 hari....dan seterusnya sebulan. Puasa pun tak cukup, puasa pun entah diterima atau tidak kan. Ce tengok belakang semula, throwback semasa Ramadhan. Apa yang kita buat sepanjang bulan Ramadhan? Ce teliti satu persatu, entah2 kita muflis jek sepanjang Ramadhan. Ye la...tak jaga puasa elok2 kan...maklum la sekarang ni musim fitnah siber. Cakap2 sikit, dah percaya. Dah start buat cerita, buat status...dan viral. Eh, penat la akak.

Alhamdullillah, akak sambut raya secara sederhana. Memang almost every year macam tu jek, sederhana. Tak de la akak nak prepare raya mewah2, beli baju ribu riban, tukar handbag Gucci, etc. Semuanya sederhana. Redah Mood Republic jugek...hehehe....dan dapat pun baju raya dengan harga berpatutan. Siap buat limit pada anak2, berapa harga baju yang dibenarkan =). Nampak very strict kan tapi sebenarnya nak mendidik anak2 supaya tak boros dan tak riak. Memang anak2 patuh dan tak de komplen. Dah biasa macam tu. Yang penting, puasa yang kita buat tu diterima, dapat ganjaran.

Lagi satu, napa ek selalu dengar orang cakap "lapar" bila tengah berpuasa? Akak tak boleh hadam sebab kita tengah berpuasa, tak makan, tak minum. Mungkin lapar sebab tak baca niat puasa...atau tak faham tujuan berpuasa? Come on la, dah jadi adult, dah jadi mak ayah orang, still nak act macam budak2.

Raya tahun ni, biasa la kena serbu dengan sedara-mara. Bukan budak2 jek yang dapat duit raya, mak dan abah akak pun dapat duit raya. Alhamdullillah rezeki orang tua kan. Biskut raya semua main tunjuk2 jek sebab akak memang power sangat buat biskut raya =). Sorry, bab2 buat biskut raya ni memang bukan kepakaran akak, awal2 dah surender. Tapi bab nak menganyam ketupat, dari awal sampai ketupat masak, memang akak buat sorang2. SRK sibuk masak lemang tapi sayangnya lemang tak berapa menjadi, kena latih tubi buat lemang lagi. Apa taknya, sambil jaga api lemang, sambil baca blog politik!

So, raya kali ni, bila ada jek tetamu yang sentuh hal politik, siap la SRK bagi tazkirah politik. Sabo jek.

Sehari sebelum raya, beli daging kerbau. Mak aiiii...harga daging memang tak hengat. Masa bulan puasa, katanya harga daging maksimum dalam RM34 jek tapiiii....akak beli harga daging dah cecah RM38. Ni harga tanpa GST, mahal betul. So beli 2kg jek. Selebihnya beli ayam jek. Masak rendang 2kg, sapa cepat dia dapat makan. Raya kedua semua dah licin. Raya kedua, we all dah makan menu harian...hehehe. Nak cerita, daging kerbau ni akak rasa lebih sedap daripada daging lembu. Sapa tak percaya, kena cuba makan. Kat bandar ikan patin, daging kerbau memang famous. Nasib baik akak tak jamu tetamu dengan gulai ikan patin jek.

Memang seronok dapat jumpa sepupu sepapat, sedara-mara. Ada yang baru balik cuti dari Syria, ada yang dah 4-5 tahun tak nampak muka. Ada yang datang rumah semata-mata nak makan biskut raya yang takde kat rumah dia (?), ada yang saja2 ikut orang lain pergi ziarah ke rumah orang, ada jugek yang betul2 menghayati erti Hari Raya. Yang ni memang appreciated sebab dia datang rumah sebab nak mengeratkan lagi silatulrahim dengan tuan rumah. Tak sama kalau datang rumah orang just makan minum sambil tengok handphone, bersalam dengan tuan rumah masa sampai dan masa balik. Selebihnya, kosong. True story.

Ada jugek yang type suka datang time maghrib. Maghrib kan pendek masanya, napa nak tuju time maghrib. Yang ni kena ada sensitiviti sikit.

Ada pulak yang buat family gathering, siap ada lagu dan joget2. Hmmm...cari la momen lain untuk dijadikan kenangan, bukannya dengan menari dan berjoget.

Paling heran (dah bertahun heran ni....), napa ek...ramai tetamu datang rumah mak akak, mesti nak pergi toilet? Pendek kata naik jek tangga rumah, masuk jek pintu...."toilet mana?"   =)  =)  =).



No comments:

Post a Comment

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...