Monday, June 25, 2018

roti goreng hidangan warisan








Dua hari lepas akak saja up gambo roti goreng ni kat whatsapp status, saja suka2. Actually petang tu tergesa-gesa memasak nak siapkan juadah makan malam dan tetiba terfikir nak berbuka puasa nanti makan apa pulak. SRK called tanya nak berbuka puasa kat luar tak, tapi sebab tengah menggulai ayam masa tu, so pelawaan SRK tu terpaksa ditolak. Rugi jugek kan tolak...bukan selalu SRK ajak makan kat luar =). Jam 6.30 pm baru buat2 busy nak menggulai ayam dan buat daging masak hitam. Actually daging campur dengan sotong rendam, nak habiskan stok dalam ice box. 

Then, terkial-kial potong roti kecik2, nak buat roti goreng hidangan warisan mak. Memang daripada akak kecik, akak dah makan roti goreng ni. Breakfast yang paling kerap mak buat masa zaman sekolah, roti goreng ni la. So sempat la makan roti goreng air tangan mak selama beberapa tahun sebelum jadi budak hostel. Duduk kat hostel memang tak jumpa roti goreng ni, yang selalu makan kat Dewan Makan ialah roti kosong cicah sup. Sedap jugek la walaupun versi Dewan Makan. Yes, you have to eat it kalau tak nak kebulur =). 

Akak guna sebijik telur untuk 2 keping roti. So kalau masak 4 keping roti, disarankan guna 2 biji telur untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap. Celup semua roti yang dah dipotong tadi ke dalam telur yang telah dipukul. Hiris bawang merah dan lada besar nipis2, then goreng dengan marjerin hingga layu. Masukkan roti dan goreng lagi sampai nampak kering. Bubuh sos cili dan gaul lagi sampai sos cili nampak rata. Kalau suka boleh tabur black pepper sikit. Done.

Kalau makan 4 beranak, habis satu paun roti gardenia tu sekali hadap sebab makan roti goreng ni macam makan jajan. Lepas suap satu, nak suap satu lagi. Match pulak dengan teh tarik atau nescafe kaw2. Mengancam. Mudah dan kenyang. Boleh bawa bekal ke sekolah atau ofic. Easy. 

Back to status roti goreng tadi, lepas isyak tu ada few friends yang tanya resepi...sharing is caring.