Rindu pulak kat anak2 yang tinggal kat kampung. Selalu kalau weekend aje, mesti nak masak sedap2 sikit sebab time tu la dapat berkumpul satu keluarga. Tapi last weekend...akak duk tengok muka SRK, SRK duk tengok muka akak =)).
Selongkar ice box, tengok2 ada lagi stok meat ball. Roti gardenia pun ada lagi. Telur ayam pun masih banyak dalam stok. Terus terfikir nak masak roti telur dengan meat ball. Mudah aje nak buat roti telur ni. Hiriskan nipis2 bawang merah dan meat ball, kemudian tumiskan sekejap menggunakan margerin. Taburkan sedikit serbuk lada hitam bagi menambah rasa.
Pukul telur hingga kembang, panaskan kuali leper dan celup roti ke dalam telur. Letakkan roti yang dicelup telur ke atas kuali dan letakkan adunan meat ball + bawang merah tadi di atas roti. Tuangkan sedikit telur ke atas meat ball tadi. Bila kita terbalikkan roti, tekan sikit dengan senduk supaya meat ball tu melekat dengan roti. Mudah kan walaupun bahasa akak macam berbelit-belit hehe...
Yeay dapat resepi baru! :D
ReplyDelete...resepi lama la hehe :D
Deletesimple but sound nice!
ReplyDeleteTQ sudi jenguk blog kak zan.
..InshaAllah klu ada masa akan jenguk selalu :)
Deletekekadang inovasi masakan walaupun kurang sedap tetapi habis juga dimakan oleh anak-anak semata kerana ianya dimasak dengan perencah kasih sayang dan adunan keikhlasan...
ReplyDelete..yup betul tu :)
Delete