Showing posts with label pasta. Show all posts
Showing posts with label pasta. Show all posts

Monday, July 18, 2016

mee goreng sedap @ peria katak







Kelmarin keluar dating dengan kawan sekolah rendah, lama tak jumpa dia padahal kampung dekat2 jek. Bila dah umur macam ni, terbatas sikit la kita nak dating2. Tapi kelmarin macam tergerak hati dan terfree pulak nak jumpa. Jumpa kat domino's wangsa maju. Sama2 dekat nak terjah.

Omputeh sangat, lunch pizza jek uolls. Tapi abis dua set pizza dan tapaw bawak balik lasagna. Akak sebenarnya jarang makan kat domino's ni, lawak pulak bila tunggu turn macam kat klinik. Panggil nama bagai =).






Ni lasagna yang akak tapaw, kawan yang belanja. Rezeki anak2. Dalam gambar macam besar jek saiznya tapi sebenarnya kecik jek lasagna ni, kena catu nak makan...baru semua merasa.

Okay, malam tadi feeling nak makan mee goreng sedap. Nak makan ala2 hispter gitu, akak goreng peria katak dengan cili hijau dan bawang merah. Goreng garing sikit, then tabur atas mee goreng sedap tu. Done. Buat air horlick segelas.

Peria katak banyak khasiatnya kan, antaranya ubat cegah kencing manis. 

Anak2 pulak...biar derang makan nasi.


Thursday, June 16, 2016

penne goreng







Juadah ni pun anak dara kecik yang request. Dah jemu makan makaroni, nak makan penne pulak. Padahal rasa lebih kurang sama jek kot. Ralik masak sambal sotong, tak perasan pulak lama sangat rebus penne ni. Dah jadi over gebus! Dah jadi gemuk2 =)

Tak susah mana nak goreng penne ni tapi akak masak versi akak ler. Ikut suka hati, janji rasa jangan ke laut mahupun ke sungai.

Entah bila we all mula suka makan pasta ni...rasanya terpengaruh dengan channel AFC..hehe. Memang tiap2 hari channel AFC la yang akak buka. 



Friday, September 11, 2015

the best cooker at home










SRK memang rajin memasak, ni ayat bodek kot :)

Dah makin kurang kot kategori suami yang sudi memasak macam ni bila isteri balik lewat. Bukan masak satu jenis tapi empat jenis. Alhamdullillah. Tak memaksa dan tak meminta. Kalau pengantin baru atau baru setahun dua kawen tu, mungkin la suami nak tunjuk loving2 dengan isteri, so tolong la isteri masak. Tapi it's already 18 tahun. He is sincere to help.

Biar la buruk rupa kan tapi asalkan sedap dimakan. Ikan siakap sweet sour, gulai lemak tauge + ikan tumbuk, ayam goreng berempah dan salad timun. Complete to serve. Much appreciated. Akak sampai rumah boleh terus makan jek. Dah siap makan, tugas kita la pulak nak basuh pinggan dan mengemas dapur bagai. Kalau SRK memasak, selepas aktiviti memasak dia tu, keadaan kat dapur agak mengharukan....hehe. So, kena kemas semula apa yang patut.





Goreng macaroni versi budak2 (sebab tak boleh letak sayur), untuk anak dara bawak bekal untuk breakfast. Akak tapaw sekali bawak pergi ofis. Buruk pulak gambo bila snap guna kamera B612 ni...ke...handphone akak yang koman.

Petang semalam cari daging kisar untuk masak macaroni ni tapi ayam kisar jek yang ada. Boleh la tapi kurang feel la kot guna ayam kisar ni. Bila makan tu, tabur serbuk black pepper.







Thursday, July 23, 2015

hot spagetti







Bila akak masak spagetti untuk kawan2 lama yang datang beraya kat rumah, SRK "sound" akak. Katanya ada ke masak spagetti, macam western la sangat...kurang sesuai dengan raya. 

Actually akak dah puas pikir nak masak apa untuk kawan2. Akak nak masak benda yang senang dibuat dan tak banyak guna bahan. Kalau masak mee kari or mee sup ke..memang jenuh la nak beli bahan2nya. Time2 raya gini, stok barang kat market pun licin. Pikir punya pikir, masak spagetti jek la, mudah kan.

One of my friends panggil spagetti ni, mee kari orang putih. Walaupun western gitu, tapi hampir semua kawan makan menambah. Tak rugi akak masak! Untuk masak spagetti ni, kita cuma perlu beli beberapa bahan jek > kuah ready made (mushroom), sosej, daging kisar, mushroom dalam tin, bawang besar, cili boh dan puri tomato. Bahan2 yang sebahagiannya dah sedia ada kat rumah kan. 

Mudah dibuat, sedap dimakan.

Monday, June 22, 2015

makaroni goreng & roti & chicken soup @ weekend tanpa bazaar ramadan





Lighting gelap sikit.

Pecah rekod setakat ni, hanya 1st day puasa hari tu akak menerjah ke bazaar Ramadan sebab nak cari kuih yang anak dara nak. Lepas daripada tu, alhamdullillah kami masak dan makan apa yang ada kat rumah jek. Rasa lebih berbaloi.





Anak dara request nak makan makaroni tapi lupa nak beli daging kisar. SRK pulak kalau berbuka puasa mesti terus makan nasi. Janji ada air sejuk. Nak ganti daging kisar, akak guna daging burger ayam jek yang ada dalam peti ais tu. Rebus dulu daging burger untuk melembutkannya dan kemudian hancurkan.

Ini makaroni versi simple sangat sebab tak ada additional ingredients pun. Kalau goreng plain gini tanpa sebarang jenis sayur, anak dara akan makan habis. Guna bahan2 yang mudah jek, bawang besar, bawang putih, cili boh, ayam kisar, telur, sos tomato dan garam.






On Sunday, akak masak agar2 bandung tapi tak sempat nak snap gambo. Then ada stok roti gardenia, akak buat roti sardin celup telur. Memang mengenyangkan makan roti ni.

Meanwhile, SRK rebus ikan selayang macam buat singgang tu, then bila dah sejuk, SRK goreng ikan selayang tu. Makan cicah dengan sambal kicap. Sedap, ada rasa masin dan masam. Untuk ganti sayur, SRK buat salad timun + buah tomato. Salad dia mudah jek, campur dua2 tu, bubuh udang kering, garam, gula, cili api dan air limau kasturi. Siap.

Tambahan lauk, akak masak ayam kicap. Pun tak sempat nak snap.





Tetiba rajin nak buat chicken soup, boleh makan dengan roti gardenia. Ada isi ayam sikit2 tu dah boleh buat.

Bahan2nya tak susah mana, ayam potong halus2, tepung gandum, air, kiub pati ayam, bawang besar dan bawang putih, susu sejat, serbuk oregano, garam dan butter / margerin untuk menumis. Tapi akak tak ada serbuk oregano. Its ok.

Tumis bawang2 tu, masukkan ayam dan masak ayam hingga lembut. Masukkan kiub pati ayam, masukkan tepung gandum sikit demi sedikit, masukkan air, susu sejat dan garam. Jangan biarkan tepung berketul2. Siap. SRK suka pulak makan chicken soup ni. Sama kaedah dengan masak mushroom soup.

Well, weekend tanpa bazaar Ramadan. Alhamdullillah.