Showing posts with label restaurant. Show all posts
Showing posts with label restaurant. Show all posts

Monday, August 20, 2018

restoran dapur sarawak





Mee Kolok


Kadang-kadang nak ubah selera sikit. Asyik makan nasi campur jek, macam bosan dan nak makan something different. Tak la nak makan food yang pelik2 sangat. So teringat satu kedai makan dekat KJP Tawakal, kedai makanan Sarawak. Kalau weekdays memang penuh orang kat kedai ni, nak pulak nurses yang turun makan. Memang full house, kena datang cepat. Tapi sebab akak pergi during weekend, so banyak seats lagi.



Nasi Kukus Sarawak


Kalau weekdays, bab nak dapatkan parkir kereta memang "sakit" sikit sebab car park memang limited walaupun ada tempat letak kereta yang berbayar. Sapa dulu dia dapat la, pandai2 la. Kedai ni offer banyak juga food Sarawak tapi I think tak la pure Sarawak sangat. Boleh la.

Tapi memang betul kot, food Sarawak quite sweet sebab dah 2-3 kali pergi Kuching, food derang memang agak manis. Gulai ayam pun ada rasa manis, macam food Kelantan pulak. Kot tekak akak yang memang alert sangat kalau ada yang termanis, termasin ni.









Ratu-ratu selfie kat rumah ni, anywhere nak snap gambo. Nak ada kenangan katanya. Ni gambo with naked faces sebab masing2 malas nak berbedak, dressing pun main hentam jek....sebab kedai ni bukan jauh pun dari rumah. Sementara kakak cuti semester ni, boleh la have fun dengan adik puas2.









Akak suka dengan deko kedai ni, nampak simple tapi ada sytle sendiri, feeling santai je dan yang penting tak crowded. So nak menikmati food pun rasa nyaman gitu. Wall deco dia pun menarik, boleh pilih seats yang ada aircond atau tak.






Ada pagar gitu =) tapi menarik kan. Harga food kat sini agak berpatutan dan mampu makan. Makan 04 orang tak sampai RM50.00, not bad la kan. Kalau nak santai2, akak recommend makan kat kedai ni. Kalau ada bujang2 nak intend nak mengorat nurses yang muda2, ini la tempatnya and you won't regret =)).

Lokasi: Berdekatan dengan KPJ Tawakal dan Restoran Haslam, Jalan Pahang.

Monday, April 3, 2017

MyTown









Last Friday, akak dan kawan2 menerjah ke MyTown, shopping mall yang baru buka sebelah IKEA Cheras tu. Kalau jalan tak sesak, dari ofic akak...10 minit dah sampai ke tempat tu. Kalau jalan sesak, tak payah la nak kira berapa minit. Lagi haru bila malas nak drive sendiri tapi guna khidmat Grab Car dan tambah haru bila driver Grab Car tak tau jalan, harapkan waze nak tolong =). This is true story maaa...driver Grab Car tersilap jalan dan bawak kami makan angin ke Bukit Jalil, dengan hujan lebat dan jalan sesaknya bagai. Just imagine, kesian driver Grab Car yang hanya dapat RM6.00 tapi tersalah jalan terus masuk highway Mex dan kena bayar tol! Nasib baik kami baik hati bayar lebih. Kesian punya pasal. Nak bagitau jalan... dah terlambat, cepat sangat dia pusing stereng.

MyTown memang cantik, especially tempat makan. Banyak pilihan dengan interior yang moden. Memang tak bosan la makan kat situ, pilih je nak makan apa. Harga makanan lebih kurang sama dengan harga makanan kat shopping malls yang lain. Nak western, ada. Nak nasi campur pun ada. Tak nak makan nasi, nak makan benda lain pun ada. Teringin nak makan nasi ayam penyet, pun ada. Tekak nak makan kueh-mueh pun ada. 





Dan akak as usual tengahari feeling macam malas nak makan nasi kalau breakfast dah makan nasi sebab dinner nanti nak temankan SRK dan anak dara makan nasi pulak. So pilih punya pilih, makan Lo Mee, mee yang besar2 tu. Kenyang makan Lo Mee ni. Nasib baik sedap orang tu masak, makan dengan cili potong + kicap. Match pulak dengan air kopi panas. Tengah pantang minum ais ni. Harga Lo Mee ni cuma RM7.90 jek.





Some of the stalls yang jual makanan. Ada kebab, pelbagai jenis sandwich dan dessert. Menarik kan. Lunch hour memang ramai makan kat sini. So, kalau nak ubah2 angin tu, boleh la try makan kat MyTown. Lepas makan, boleh singgah Daiso dan Kaison, dekat jek dengan tempat makan. Bawak duit lebih, boleh la beli barang lebih...hehe. Akak kena cuti kalau nak pergi IKEA dan MyTown ni serentak. Sebelah pagi pergi IKEA, petang pergi MyTown. Pengsan! Nak shopping kat Parkson pun boleh. 








Untuk sportmen dan sportwomen, kedai2 jual barangan sukan banyak kat situ, macam kat KLCC jugek. Satu floor tu banyak kedai2 ni. Boleh la nak survey2 apa yang patut. Playground untuk budak2 pun ada. So parents just no worries nak bawak anak2 ke situ. Kalau anak2 dah bosan, singgah je kat playground dan parents boleh layan whatsapp, FB or IG. Ok tak? Ngeeee...





Tuesday, March 28, 2017

no more Teh Tarik Place








Yup, I am one of the teh tarik fans tapi lately sedang cuba kurangkan minum teh tarik. Lebihkan minum air lemon atau barli suam. Tapi kadang2 memang perlu pekena teh tarik sebab teh tarik ni ada aura, macam sinonim dengan aktiviti lepak2 dengan family dan kawan2. Betul tak? That is why kita panggil kawan2 pergi "ngeteh". Sebab nak minum air teh la kan.

Recently, after we just arrived from my hometown. terus nak cari kedai makan sebab masing2 belum lunch lagi. Tekak macam nak makan masakan panas jek dan minum teh tarik. Bila sebut teh tarik, my mind terus teringat Teh Tarik Place. So, terus jek drive ke Jalan Pahang walaupun tau ada Teh Tarik Place kat Setapak Sentral. Dah biasa ngeteh kat Jalan Pahang. Tapi..rupa2nya Teh Tarik Place, Jalan Pahang dah bertukar kepada kedai makan D'Nenas. No more Teh Tarik Place! D'Nenas namanya tapi akak tak sure kenapa taukeh kedai namakan kedai dia tu, D'Nenas...since akak tak nampak pun nenas kat mana2 =)

Actually kedai D'Nenas ni similar to kedai2 mamak yang famous kat KL ni, e.g. Insaf, Ali Maju dan seumpamanya. Interior kedai masih mengekalkan Teh Tarik Place yang dulu, cuma menunya berbeza, banyak. Melayu ramai makan kat situ. Pekerja campur2. But mood dah down sikit sebab aim nak makan kat Teh Tarik Place.





Well, akak mula buat spekulasi kenapa Teh Tarik Place, Jalan Pahang tak continue bisnes derang. Maybe tak boleh nak bersaing dengan Teh Tarik Place, Setapak Sentral yang boleh dikatakan every weekend panggil artis2 popular perform kat situ. Kat Setapak tu memang happening all the time, macam2 aktiviti derang buat. Even derang akan sambut 1st. anniversary, ada persembahan best2 dan ada buat lucky draw. So, boleh la uolls menerjah ke situ. Mana tau, pergi minum teh tarik tapi bawa balik barang elektrik kan.

Have fun!







Monday, August 8, 2016

cantonese mee hoon @ nelly's







Hujung minggu biasanya bawak anak2 makan kat luar. Sebab hari2 kerja dah masak kat rumah, menu pulak macam lebih kurang sama jek..hehe. Ingat anak2 tak boring ke? =). Padahal boleh je nak masak macam2 tapi masa tak mengizinkan. Almost everyday sampai rumah pukul 8pm, so masak simple2 jek. Janji anak2 kenyang.

Okay, biasanya jarang bawak anak2 makan kat area jauh2 sebab malas nak lama2 on the road. Lagipun masuk jam 10pm, mata ummi dah semakin layu. So, area dekat2 rumah memang banyak jugek tempat makan. Ada burgerbyte (favourite anak2), ada bistro, ada kedai2 masakan panas. Semua dekat2 jek, so pilih jek yang mana berkenan dan apa menu yang berselera nak makan.

This time, akak bawak anak2 ke Nelly's, only 5 minutes dari rumah. Each of us ordered food yang berbeza so that masing2 boleh rasa food orang lain...nak rasa sedap ke tak. SRK memang confirmed makan nasi sebab dia lidah oghe Kelate. Akak makan kueteaw kantonis, ada kuah. Sedap. Si kakak makan mee hoon tomyam. Sedap jugek sampai tak cukup katanya.

Last...si adik makan mee hoon kantonis. Tu dia...sekali datang beropol-ropol uolls...terperanjat budak kecik ni...hehe. Tapi rasanya okay, sedap. Budak kecik ni makan mee hoon jek, sayur2 semua tolak kat ummi. Ummi memang suka makan sayur kan.

Alhamdullillah semua puashati tapi sampai kat rumah, budak2 ni masak roti telur pulak!

:)

Thursday, July 28, 2016

mini gathering @ KUEH, shah alam







Sabtu lepas, akak join mini gathering dengan kawan2 lama...kawan2 masa kat kampus ceruk tu..dulu. Semua dah over 40....oppsss...tapi perangai masing2 still maintain tak hengat. Padahal anak2 ada yang dah masuk universiti tapi ada lagi yang beranak kecik. Woha! 

Plan nak jumpa pun dah last minute. so hentam jek la pilih lokasi. At last, plan jumpa kat Restoran Kueh kat Seksyen 13, Shah Alam. Oleh kerana akak ni "expert" sangat dengan jalan2 kat Shah Alam tu, makanya akak tumpang kawan jek la...hehe. Kalau pergi sendiri, bimbang sampai malam tak jumpa2 restoran ni...huhu. Rupanya tak la susah sangat nak cari kalau ikut highway NKVE.






Okay...yang ni akak suka. Owner restoran siap gantung benda ni, nak maklum kat pelanggan yang restoran ni tak ada wifi. Good. At least tak ada la sapa2 yang nak guna wifi...then duk hadap handset jek walaupun kawan2 ada kat depan mata. Kalau bawak anak2 kat situ, forsure derang tak suka..hehe.







Okay...ni menu minuman derang, not bad. Kalau tak silap, restoran ni dah masuk JJCM TV3 kan. Kalau sapa2 yang "hantu nasi", ni memang bukan lokasi pilihan la. Boleh makan nasi lemak kat restoran sebelah. Cuma kalau minat minum coffee, In Shaa Allah ada pilihan.







Jom tengok interior design dia. Akak memang minat betul kalau restoran guna meja dan bangku kayu gitu. Menarik sangat, nampak rugged. Kaunter order dan bayaran pun unik.







Ada mural tulisan KUEH kat dinding tu, sekali pandang macam tulisan tamil. Dua kali pandang, memang tulisan tamil pun =). Ada kelainan. Ada bunga kat atas meja...simple tapi cantik dan santai.







Kalau dah nama Restoran Kueh kan, mesti la banyak kuih. Sederet tu semua kuih2, korang pilih jek mana yang berkenan. Ada kuih moden dan tradisional. Seronok tengok kuih banyak2 gitu...rambang mata akak!








Okay...oleh kerana akak dah lama tak makan kuih tepung gomak, maka akak pun layan la tepung gomak. Sedap rasanya, macam tepung gomak yang akak selalu beli kalau balik kampung. Original lagi rasanya. Boleh bagi 4 bintang. Kuih2 lain tu ambik juga sebijik2, nak feel rasa camna. Kalau okay, boleh rekomen kat member2.







Owh...pavlova pun ada, so peminat pavlova jangan lepas peluang. Tapi akak tak makan sebab bila jamah sikit, rasa manis sangat. Akak out la kalau manis2 sangat ni, takutttt.... :)

Cantik kan pavlova dia, menarik dan tertarik gitu. Strawberry tu kena fresh.







Belek punya belek menu dia, akak pilih makan soto sebab macam best jek. Memang best pun, makan separuh dah kenyang, tak larat nak habiskan nasi impit tu. 







Anyway, kepada yang memang minat makan nasi, ada tiga jenis nasi dalam menu. Pic atas tu set nasi hujan panas. Kalau tak silap, cuma RM12 gitu. Ada ayam masak merah, papadom, kuah kari dan acar comel. Tak larat akak nak makan nasi hujan panas ni, sebab sebelum tu dah breakfast nasi lemak.








Untuk peminat2 coffee, memang ada pelbagai jenis coffee. Yang ni we all order for the second round, lepas siap makan soto, nasi dan kuih bagai tu. Order coffee pulak sebab tak habis2 lagi menyembang, banyak sangat benda nak share, nak tanya, nak bincang. Maklum la backgorund kerja masing2 berbeza-beza....macam2 nak share.

Well done mini gathering untuk wakil daripada TM, remisier, IT expert, cikgu, Alam Flora, PLUS and few private companies. Owh...just realized yang kawan2 ramai kerja dengan private company. Income lagi berbaloi...kot.. 
















Thursday, May 26, 2016

chicken kebab hadaramawt







Edisi makan2 lagi, asyik entri makan jek kan. Tengahari semalam teringin nak makan nasi arab. Gugel kejap buat survey harga dan lokasi. Ye la, kat KL ni kena ambik kira lokasi. Kena lokasi yang trafik sentiasa sesak, mahu pukul 3pm akak tak masuk ofis lagi...ngeeee =).

At last, pilih Hadaramawt belakang ofis akak ni jek. Harganya pun boleh tahan, nak kata murah tu..tak la sangat tapi okay la kot. Sebelum tu, nak promote Ramadhan Buffet kat situ. Dewasa rm29, budak2 rm19 jek. Murah kan, boleh la kalau nak rasa. Tapi akak suka makan kat rumah jek during Ramadhan, senang.








Sapa cakap rakyat Malaysia "tersepit" dan terpaksa belanja berhemah, kais pagi makan pagi dan kais petang mkn petang.... (eh...jangan marah ye!). Tengok kat restoran nasi arab ni, ramai jek orang kita datang makan kat situ. Sekali makan tau jek la harganya kan... 











Kalau nak makan open-air, boleh duduk kat area tu. Boleh smoking kot. Reminder: No smoking during fasting =)

Bab ni akak paling heran, boleh pulak orang lelaki tahan nafsu nak smoking masa bulan puasa...kan. Tu maknanya boleh la stop smoking terus. 




Akak makan chicken kebab ni, rm12 tapi memang boleh mengenyangkan perut.
Dalam tu ada chicken dan vege. Then, akak tuang sambal yang makan dengan
Lamb Mandy tu, baru ada feel.







Okay, ni set Lamb Mandy. Nasi dia memang banyak, boleh makan 2 orang. Lamb dia pun besar, puashati la nak makan. Siap pack nasi lagi, only rm7.













Wednesday, May 25, 2016

burgerbyte








Betul ke BurgerByte ni Zizan punya? Tagline dia "Inspired From The West To Asian Taste". Owh..okay gak tagline derang ni. Maksudnya macam hidangan barat yang sesuai dengan lidah asia la kan. Manage and operate 14 outlets (kalau tak silap) at Sentul, Damansara, Melaka, Shah Alam etc. Yang outlet kat Sentul tu, 5 mins from my house, senang nak pergi. Lokasinya berdepan dengan Ryan Bistro dan kedai dobi Rainbow. So, sambil uolls makan burger, uolls boleh basuh baju kat dobi tu.

Menu dia dah upgraded since last time akak terjah ke situ. Now, dah ada 19 jenis burger, 13 jenis pasta, 7 jenis steak, 4 jenis sosej dan 7 jenis beverage. 






Actually, malam tadi akak dan SRK melayan kehendak anak dara je yang nak makan burger kat BurgerByte, tak nak makan burger biasa. Okay, faham... Sebelum we all menerjah ke situ, akak dan SRK makan nasi dulu siap2 kat rumah sebab tak selera la nak makan burger sekarang ni. Lagipun SRK mana boleh tak makan nasi, mahu tengah2 malam kang dia masuk dapur cari food. Dah biasa makan nasi 2+1.

Rambang mata anak dara tak tau nak order yang mana satu...hehe..semua nak gayanya. At last makan yang itu jek, pakej sekali dengan air RM14.90. Akak dan SRK minum ice lemon tea jek, RM4 each. Western food dia not bad, okay la kalau sapa2 yang sedang tercari2 kat mana nak makan western food tu. Menu for kids pun ada, macam kat Chicken Rice Shop jugek.

Terbukti yang brand tu penting dalam bisnes kan. Dah ada nama, uolls jual la apa pun, mesti banyak respon.

Friday, April 8, 2016

nasi ayam goreng kunyit @ mat rock



Salam Jumaat yang penuh dengan barokah. Baru berkesempatan nak update blog walaupun ada juga few stories yang boleh dikongsi kat sini. 

Minggu ni akak dah mula bertugas di unit yang baharu, dengan tempat yang baharu, job spec yang baharu tapi dengan bos yang lama. Woha! =)

So far so good, tak ada apa yang tak good even environment baru ni, so far so good. Alhamdullillah. Sepanjang minggu ni banyak buat meeting and discussion among us. Bos push kami buat discussion sebab ada benda2 yang perlu kami buat dengan kadar segera. No stress at all, instead of we had to think hardly, we had fun together, gelak sana gelak sini, "kutuk" sana "kutuk" sini. It was normal among us. Jokes everytime and everywhere, salah satu cara untuk mengeratkan persahabatan.





Apa yang bestnya bila ada meeting and discussion ni, ada makan2nya :). Alhamdullillah rezeki murah minggu ni. First day meeting, we all makan domino pizza and coke. Then during other discussions, ada jek la jajan2 yang keluar daripada pantry tu. Discuss sambil makan. Boleh gebus-gebas ni.

And..lunch tadi sekali lagi makan free, bincang punya bincang, at last order nasi ayam goreng kunyit daripada Mat Rock, Kampung Pandan. I think Mat Rock ni dah popular kot, dah banyak cerita pasal tempat makan ni kat area town centre ni. Mat Rock ni jadi semakin famous bila dia buat delivery service.

So, we all order ikut suka. Boleh campur ayam dan sotong, daging dan sotong etc. Harga memang berbaloi sebab kita tak perlu nak hadap jem during lunch hour. Just call dan buat order siap2. Bos pun makan nasi ni jugek, tak boleh pilih. Best makan sambil meeting ni, bila masing2 dah kenyang...semua fikiran ke laut!

Hahahaha.....

Peace :)

Monday, April 4, 2016

farewell party @ absolute thai







Last friday our department buat simple farewell party untuk we all yang kena tukar unit. Buat kat restoran absolute thai, wangsa walk. Best makan kat situ sebab quite privacy dan bersih. Lunch hour, we all berombongan ke sana, terpaksa hadap jammed yang tak abih2. Biasa arrr..hari jumaat kan.





Cantik interior design restoran ni, I like. Tak terlalu formal dan tak terlalu santai sangat. Kalau nak bawak family, ok sangat tapi kena becareful kalau bawak anak2 kecik sebab banyak display items yang fragile.






Berjanggut menunggu kawan2 lelaki yang selesai solat jumaat tapi tak sampai2 lagi kat restoran. Berkeriut perut ni dibuatnya. Order pineapple juice dulu buat alas perut dan buat hilangkan rasa haus. Cuaca panas kan...dapat minum jus macam tu, berbaloi uolls.





Sayur campur baby kailan dan cauli flower, akak memang minat makan sayur2 ni, no objection at all :). 





Tetiba tertengok benda2 hiasan ni, menarik. So, terus snap pic tanpa hiraukan keadaan sekeliling.






Antara ofismate akak yang sporting belaka, ada dua orang yang tak dapat join sebab ada hal kat kampung. Sweet and handsome belaka...kan. Kalau nak tackle, usha la yang tudung merah tu sebab dia sorang yang still available. Yang lain tu free but not available. Woha!





Perrggghhh...ni ikan siakap masak stim. Terbaik. Dah lama akak n SRK tak masak benda ni. Harga seekor ikan siakap stim ni ....errr...dalam RM40.00 ++ katanya...siap duit la kan.






Ada tomyam siam, baby kailan lagi dan sweet sour fish. Semua akak bedal, tak ada filter apa pun, telan semua bagi puashati kawan yang bayar tu =).

Anyway, thank you to olls yang susah payah booked tempat ni, yang pilih2 menu, yang pilih2 hadiah. Terharu dengan kesungguhan kawan2 ni, padahal nak pindah level jek pun... :)