Showing posts with label pancake. Show all posts
Showing posts with label pancake. Show all posts

Monday, June 13, 2016

burrito ala kampung



A burrito is a type of Mexican and Tex-Mex food, consisting of a wheatflour tortilla wrapped or folded into a cylindrical shape to completely enclose the filling (in contrast to a taco, which is generally formed by simply folding a tortilla in half around a filling, leaving the semicircular perimeter open). The flour tortilla is usually lightly grilled or steamed, to soften it and make it more pliable.
In Mexico, meat and refried beans are sometimes the only fillings. In the United States, burrito fillings generally include a combination of ingredients such as Mexican-style rice or plain rice, beans or refried beans, lettuce, salsa, meat,guacamole, cheese, and sour cream, and the size varies.






Amboiii...nama food tak boleh blah, konon nak buat mexican food tapi sebenarnya lempeng kampung yang akak bubuh inti kentang. Macam buat inti karipap gitu. Anak dara kecik teruja bila tengok umminya tengah menggulung-gulung.

"Yeayyyy..ummi buat burrito!" katanyaaaaa...padahal ummi tengah buat lempeng...hahaha.

Ada lebih kentang, modified terus jadi inti karipap...bubuh lada byk2 kasi pedas sikit. Kalau buat burrito betul2, bukan macam ni rupanya tapi macam rupa kebab tu.




Sumber: Mr.Google


Haa..yang ni baru la rupa sebenar burrito yang anak dara bayangkan tu. Macam2 ada dalam tu, makan segulung jek macam dah kenyang. Penuh dengan sayuran dan khasiat.

Eh..terliur pulak tengok burrito ori ni. Maybe next time kena gigih sikit untuk dapatkan burrito yang perfect. Sesuai sangat untuk juadah berbuka puasa, tak payah makan nasi dah.







Thursday, October 8, 2015

sambal tomato vs. pancake







Malam tadi masak simple2 jek, makan berdua dengan anak dara sebab SRK ada hal, jam 11.45pm baru dia sampai rumah. Tapi dia still nak dinner kat rumah sebab dia memang type yang kurang minat makan nasi kat luar. Sebab dia makan banyak... :)

Simple sangat menu malam tadi, singgang ikan selayang, buat dua ekor jek. Goreng ikan jaket untuk anak dara. Ikan jaket ni sumbat dulu dengan cili boh + bawang + kunyit + garam sebelum goreng. Makan panas2 memang sedap. Then buat sayur air bayam, buat seikat kecik je...bimbang tak abih makan. Last sekali buat sambal tomato, penambah selera.

Sambal tomato ni akak tumbuk dulu cili api dan ikan bilis. Lepas tu tumis sikit, hiris bawang merah dan masukkan sekali untuk ditumis. Dah agak masak, baru la masukkan buah tomato. Masa tumbuk tadi dah bubuh garam sikit. Memang best makan dengan nasi ni...macam sambal hitam Pahang la lebih kurang fungsinya. Yang penting, SRK suka.



Pancake atau lempeng ni  menu minum petang yang disediakan oleh SRK, kelmarin.
Hati isteri mana yang tak berbunga2 bila balik kerja...buka pintu jek dah nampak tersedia pancake...uolls.
Bismillah...terus makan jek la.


Minum petang kelmarin dulu. Balik awal dari ofis tapi sampai rumah jam 6.00pm juga.

One thing yang akak tak puashati ialah bila akak masak pancake, tak jadi cantik macam SRK masak. Heran betul...hehe. Maybe sebab ingredients nya yang berbeza. So, oleh kerana SRK masak pancake lagi cantik, elok la dia take over terus... =).

Pancake ni menu wajib masa akak kecik2 dulu, selain daripada cekodok bilis. Kalau mak yang buat pancake dan cekodok, memang tak cukup kami makan adik-beradik. Eh...adik-beradik ada tiga orang jek...bukannya ramai.. Menu yang tak jemu, evergreen.




Tuesday, May 5, 2015

lempeng kampung



Entri selepas cuti empat hari. Mood cuti memang ada lagi tapi apa kan daya. Seronok eh dapat cuti lama kan, boleh manja2 kan diri, boleh balik kampung jumpa mak abah dan sedara-mara (sebab banyak kenduri kawen, aqiqah dsb.). Syok uolls.

Akak malas nak hadap trafik yang sentiasa sesak kat karak hihgway, pantang ada cuti sikit. Even during weekend pun sesak juga kekadang. So..relax2 dulu kat rumah, settle kan apa yang patut dulu, baru balik kampung.





SRK yang ajar akak makan lempeng dengan sambal tumis ikan bilis. Kalau dulu2 buat lempeng manis dan makan gitu je, tak ada nak cicah dengan apa pun. Sambil tengok tv, makan lempeng manis. Nikmat.

Tapi sekarang anak2 pun dah tak nak makan lempeng manis, nak lempeng  cicah dengan sambal tumis ikan bilis. Kalau abah yang masak, lagi best kata anak2. Okay je. Tapi yang ini versi ummi, ok. Selalu buat lempeng untuk minum petang tapi sebab tak apa nak masak untuk breakfast, melainkan ada saki baki tepung gandum, maka jadi la lempeng ni. Cincai je la makan untuk breakfast kan. Ala2 kampung gitu.

Mudah sangat buat breakfast lempeng ni, kalau ada orang bujang yang tak reti dah nak masak apa, bancuh la tepung gandum + telur + air untuk dijadikan lempeng ni. Dah kacau molek, panaskan ceper (kuali leper) untuk proses memasak. My fren guna magic pan untuk masak lempeng, elok je jadinya.

Nak buat sambal tumis ikan bilis pun tak susah mana. Tumiskan bawang putih, bawang besar dan cili boh sampai garing sikit. Masukkan ikan bilis (akak suka guna ikan bilis halus sebab malas nak buang isi perut dia...), air asam jawa, gula, garam. Ada yang suka goreng dulu ikan bilis tu, its ok, boleh juga. Dah masak dan sebati semua, rasa la masin dan manisnya. 

Siap breakfast.



Thursday, March 14, 2013

lempeng kampung


At last lega saluran paip kat rumah yang dah 3-4 tersumbat telah dibaiki. Susahnya kalau duduk kat apartment ni, sekali kita pergi buat aduan kerosakan, derang banyak berdolak-dalih. Katanya tak boleh buat kalau kerosakan tu berlaku dalam rumah. Belum tengok lagi dah cakap gitu kan.

Belum tengok lagi, awal2 dah suruh SRK buka saluran paip yang orang pasang kat siling tu. Kena sebijik dengan SRK.."Aiyaaa....we all stay kat ground floor la...Mau buka paip dalam lantai ke?" That's why sebelum cakap kena tengok dulu kan.

Akhirnya....lega sangat akak sebab semuanya dah selesai. Aktiviti memasak boleh la diteruskan tanpa prejudis. Dah naik muscle lengan ni sebab setiap hari duk angkut air basuhan dalam baldi. Yela..tadah dengan baldi aje....sebab saluran paip sebelah bawah dah sumbat. Patut la sumbat, ada batu-batan kat dalam saluran paip tu, entah datang dari mana. Allahualam.





So after lebih kurang two weeks asyik balik malam aje, semalam lega sesangat sebab jam 6.10pm akak dah sampai rumah. Tengok anak kecik still tengah tidur kat sofa. No wonder akak called dia tak jawab. Risau betul. Budak kecik ni bangun aje terus mengadu lapar. So, first round untuk alas perut dia, akak buat lempeng.

Kacau tepung gandum, garam dan telur sampai sebati dan terus aje masak atas ceper. Sementara tu, masak sambal tumis ikan bilis untuk dicecah dengan lempeng tadi. Siap untuk dimakan.

For dinner, we all cuma makan roti sardin special tapi tak sempat la pulak nak snap foto, pinggan dah licin.

=))




Have fun.

Wednesday, October 12, 2011

peknga : makanan orang penang


Last week me and friends buat kerja gila pergi Kuala Kangsar dan Penang sekaligus tapi cuma balik hari. Dari KL jam 10 pagi, sampai di Kuala jam 1.30 petang. My friend yang drive kereta tak boleh nak speed because of speed trap yang melambak-lambak di highway PLUS. Apa guna highway kalau cuma boleh memandu 80KM sejam. Kan? Tapi actually signboard 80KM tu dipasang oleh orang yang tengah baiki jalan, bukannya speed limit. Ha3.
Dari Kuala terus memecut ke Penang tapi apalah daya bukannya we all naik BMW kan. Sampai di Penang dah pun jam 4.00 petang, terus buat discussion dengan perut yang berbunyi. Sebab breakfast di RR Rawang jam 11.00 pagi, sampai Kuala sempat kunyah apam balek Kuala je. Kena pula minum air oren bergas, perut me mula meragam.

After discussion, the boss of Penang Branch ajak makan peknga. Me ingat apa la peknga ni kan. Rupanya lempeng berinti nyiur atau pisang. Cicah dengan kuah kari atau sambal tumis ikan bilis. Penang memang femes dengan karinya kan. 

Well, tak susah rasanya nak buat lempeng ni. Cara buatnya mesti ala-ala buat murtabak gitu kan. Bubuh nyiur atau pisang kat dalam doh dan bakar. Tapi you all kena rasa peknga ni, memang best. Lokasinya kat bandar baru Bertam, lepas tol Sg.Dua, exit ke Bertam.

Finally we all sampai KL semula jam 12.30 tengah malam. Penat giler weh.

Tuesday, August 23, 2011

dorayaki : kuih doraemon bukan fantasi



It's a traditional sweet made with pancakes with anko (sweet bean paste) filling. It's said that it's named after its shape which resembles dora (gong). It's good to make dorayaki on an electric pan so that cakes turn evenly brown.

Ingredients:

  • 2 large or 3 small eggs
  • 2/3 cup sugar
  • 1/2 tsp baking soda
  • 3 Tbsp water
  • 1 cup all purpose flour, sifted
  • 3/4 lb anko (sweet azuki bean paste)
  • *vegetable oil for frying
Bukannya me saja nak menulis guna bahasa asing ni tapi me cuma copy and paste dari internet :)

Baru-baru ni waktu me menghabiskan duit  shopping baju raya anak kecik me, me masuk satu kedai roti dan tiba-tiba anak me menjerit (kot?) bila nampak roti yang seakan burger. Dia cakap kuih yang Doraemon makan :)

Well, dorayaki ni actually sejenis Japanese dessert tapi bahan-bahan sangat simple. Paste yang kita sapu di sebelah dalam tu boleh ditukar-tukar ikut suka kita.




Tapi yang ini bukan dorayaki tapi macaron. Mungkin sepupu pada dorayaki. Pendek kata dorayaki bukan fantasi dan bukan hanya Doraemon yang makan :)



Monday, July 18, 2011

twister ala KFC


Kelmarin me balik ke kampung me yang femes dengan ikan patin tu. Alhamdullillah sekarang ni musim durian, rambutan pun dah mula nak masak. Rezeki.

Breakfast semalam, me cuba nak buat something yang lain daripada cekodok, nasi lemak atau nasi goreng (sekadar menulis beberapa menu biasa..). Me teringat entri lempeng me. So, me buat la lempeng lagi tapi kali ni me letak ayam (goreng dada ayam dan hiris kecik-kecik), buah tomato (potong dadu kecik-kecik), kentang (rebus dan lenyek) dan telur dadar hancur (goreng campur dengan susu segar). Semua bahan ni letak atas lempeng dan gulung.

Hasilnya sebijik macam twister kat KFC tu. Jangan lupa tabur lada hitam sikit dan mayonis (kalau suka) dan bubuh sos cili bila nak makan.

Wednesday, July 13, 2011

lempeng kampung

lempeng kampung cicah dengan sambal kari tuna....


Everyday lepas jemput anak kecik kat sekolah, anak kecik me mesti ngadu lapar (walaupun dah makan macam-macam masa rehat kat sekolah).  Biasanya me drive dari ofis, sedang elok sampai kat depan sekolah jam 6 pm atau lebih.  Kalau me sampai lewat sikit, ada harapan tengok budak kecik tu meraung.  Manja.

Selain roti paun,  me selalu masakkan lempeng untuk anak kecik me.  Tu yang dia minat.  Tapi kena masak sambal tumis sekali untuk dicicah.  So this time me nak share cerita lempeng.  Dulu-dulu masa kecik-kecik,  lempeng ni memang breakfast wajib me sebelum ke sekolah.

Lempeng banyak versi,  ada lempeng nyiur.  Sesetengah orang blur bila sebut lempeng tapi bila sebut pancake,  tau pulak    :)

Bahan-bahan nak buat lempeng kampung >>> tepung gandum, telur, air, sedikit garam / gula (ikut yang mana suka). Adun bahan sampai tak berketul. Then bolehlah di bakar atas ceper.  Tapi me guna kuali leper tak melekat je.