Showing posts with label food info. Show all posts
Showing posts with label food info. Show all posts

Saturday, June 27, 2015

info cancer food


Selamat berhujung minggu, uolls.

Jom tengok food apa yang boleh menyebabkan kanser. Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukannya. Tapi kita boleh berusaha dan memilih.






Hmm...chips, donut, french fries, crackers dan cookies tu memang akak selalu makan :(

Tapi akak suka garlic dan cauliflower tu, my favourite. Boleh la kita usaha kurang2 kan food yang tak elok untuk kesihatan kan.

Friday, March 20, 2015

kiwi ganti fiber instant






Akak suka makan buah kiwi sejak terjebak makan kat hotel2 ni. Kalau makan kat hotel mesti ada kan buah kiwi. Kat KL ni kalau tengok harga buah kiwi, kus semangat. Boleh tahan mahalnya, macamana nak makan banyak2... ;)

Bila balik kampung halaman, tengok pulak harga kat sana. Hmm...lebih murah rupanya. So selalu 'borong' buah kiwi kat kampung je. Banding dengan kiwi hijau, rasanya kiwi kuning lebih sedap, pada pandangan akak la. Tapi sebab kiwi kuning ni kadang2 ada, kadang2 tak ada, so rembat je kiwi hijau.

Akak ada masalah penghadaman, atau dalam erti kata lain sistem penghadaman tak stabil. Dulu2 akak makan fiber serbuk. Setiap malam minum satu gelas fiber, lepas tu pagi2 buta engko tak menyempat nak ke toilet. Semua toksin keluar terus. Tapi dah tak larat nak minum fiber tu, tak boleh nak kontrol =)).






Menurut fakta yang akak baca kat internet, setiap hari dua hidangan buah kiwi dijadikan aturan baru dalam diet kita. Buah kiwi mempunyai banyak manfaat kesihatan, kaya dengan nutrien yang boleh bantu mencegah penyakit. Samada kita tahu ataupun tidak, buah kiwi mengandungi dua kali ganda jumlah vitamin C berbanding buah oren, dua kali ganda vitamin E berbanding buah avokado. Sesuai untuk orang yang mementingkan kesihatan dan pesakit diabetes sebab ia mengandungi indeks glisemik yang rendah dan kandungan fiber yang tinggi. Lebih kurang dengan hidangan emping bijirin. 

Buah kiwi sesuai dimakan begitu sahaja tapi boleh juga dimasukkan dalam masakan. Cuma akak tak pernah cuba. Selain mempunyai vitamin C, buah kiwi juga ada bahan lain seperti folat, potasium dan zink, sesuai untuk perempuan yang hamil. Anak2 akak pun suka makan buah kiwi ni dan boleh membantu melawan selsema, demam dan sembelit.

Boleh la kita makan buah kiwi kalau kita tak suka nak makan supplements. But meanwhile akak memang makan vitamin C dan Alfalfa Complex by Shaklee. 











Thursday, February 28, 2013

cuka kurma - Khall






Akak nak promote la sikit tentang cuka kurma ni. Akak pun baru mula makan sejak dua bulan lepas. Manfaatnya memang banyak, terutamanya untuk mengurangkan kadar kolesterol dalam badan. Selain daripada itu, cuka kurma ni juga membantu proses pencernaan makanan dalam badan kita dan untuk menambah tenaga.

Kandungan dalam cuka kurma ni adalah cuka kurma (khal), madu, kismis, minyak habbatussauda dan minyak kelapa dara. Rasanya memang agak masam, dah namanya cuka kan.

Cara makan cuka kurma ni, terus aje minum begitu sahaja sepaket pada waktu pagi dan sepaket pada waktu malam semasa perut masih kosong. Tapi bagi pesakit GASTRIK, pengambilan cuka kurma bolehlah dibuat selepas makan.

Harga sekotak : RM45.00. 

Monday, March 26, 2012

izfiber buat me terkejar2





Sejak me makan benda ni, setiap hari paling kurang tiga kali me ke "ladies". Gitu la rutin me sejak dua minggu lepas. Tapi demi untuk membetulkan sistem penghadaman me yang agak keliru, tiap2 malam me makan la benda ni. SRK pun tumpang sekaki, untung2 dapat kecikkan perut dia.

Anak kecik me cakap, kalau abah dia dah kecikkan perut, takde la teddy bear dia dah.. :)


Saturday, January 14, 2012

nasi kerabu tumisan budu

Sumber : Mr.Google yang bijak tak kira masa...

Me belek2 magazine lama, terjumpa pulak resepi nasi kerabu. Memang dah lama me berhajat nak masak nasi kerabu sendiri tapi oleh kerana me tak expert nak masak "tumisan" nya tu, maka hajat me tu hanya tinggal hajat..hehe.  My huby memang fanatik pada nasi kerabu dan nasi berlauk, maybe sebab citarasa kampung dia masih menebal. Anak2 me pun suka makan nasi kerabu. Nasib baik kat area rumah me tu, ada jugak orang Kelate yang berjual nasi kerabu walaupun takde la mengancam sangat rasanya.  Pada me, kesedapan nasi kerabu ni bergantung kepada tumisan, budu dan kerabunya. Kalau semua benda2 ni sedap, matchkan dengan nasi putih pun ok. Tak perlu dah nak cari nasi kerabu warna biru (biru ker?).



Tak la susah sangat kan nak masak nasi kerabu ni. Paling me suka makan dengan ikan rebus goreng atau daging bakar. Lately banyak makan dengan ayam bakar. Pun sedap. Budu pulak, me suka budu cap Ketereh, kaler dia agak merah2 gitu. Senang je nak beli, banyak kat supermarket. Tapi kalau you all pernah tengok macamana orang sebelah Pengkalan Kubur nun buat budu, me rasa sure you all tak sanggup nak makan budu :)

Makan nasi putih dengan ikan rebus cicah budu pun sedap.



Tuesday, July 12, 2011

khasiat bawang putih



Me rasa ramai yang tak berapa suka makan bawang banyak-banyak.  Maklumlah nanti bau badan buat orang lain tak senang. Tapi sebenarnya bawang ni banyak khasiatnya.  Me suka bubuh bawang putih banyak2 bila memasak.

Bawang putih ni sebenarnya digunakan untuk membuang angin dalam perut dan usus, merangsang peluh, singkir cacing dalam perut dan usus, sebagai antiseptik, pencuci organ dalam tubuh, sedatif, tonik jantung, untuk merawat radang sendi, asma, batuk kokol, buasir, busung, cirit, diabetes, gout, kembung perut, keputihan dan banyakkkkkkk lagi khasiatnya.

Dimakan untuk mencuci, melawas dan menurunkan tekanan darah, turunkan tahap gula dalam darah dan kurangkan tahap kolestrol tidak baik dan sebagainya lagi.

So, jangan bimbang makan bawang putih banyak-banyak.


Sumber : Professor Ong Hean Chooi - Rempah -Ratus Khasiat Makanan & Ubatan

Monday, July 11, 2011

makan pantun

Me puasa hari ni, so me cuma nak "makan" pantun. Actually ianya adalah kontes dari blog KOMENSEN. Dan me nak cuba bakat.



Me suka juga berpantun ni tapi kadang-kadang tak berapa reti nak berjual-beli. Tapi me cuba "makan" pantun yang dihidangkan.


Tuan Haji hidang..

Anak sepat di dalam sawah
Elok dimasak dengan pegaga
Bila dah dapat gading bertuah
Tanduk hendak letak kat mana?

 
Me makan..

Bunga lawang pelengkap masakan
Bunga cengkih harum baunya
Kasih sayang insan tiada batasan
Bahagikan kasih seadil-adilnya

Tuan Haji hidang..

Pisang emas masak se sikat
Masak pulut janganlah hangus
Sudah kemas perahu ku ikat
Kenapa hanyut dibawa arus?

Me makan..

Air dicincang tak dapat diputuskan
Walau diguna seluruh kekuatan
Kita merancang Tuhan yang tentukan
Ada hikmahnya disebalik kejadian

Tuan Haji hidang..

Anak senangin anak tenggiri
Masuk ke kelong mengelak pukat
Jika tak ingin dibuat isteri
Kenapa diusung merata tempat?




Me makan..

Masak tepung menjadi lepat
Tepung pelita manis rasanya
Bagaimana tak usung merata tempat
Iman di dada bergetar adanya



Sekian.


Monday, June 27, 2011

what about "secret recipe"


...sharing for caring...straight copied from my inbox...


Saya lebih suka straight to the point, tiada selindung-selindung biar jelas lagi nyata. Kalau ikut artikel yang lain menyatakan bahan ramuan dari Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd mengandungi DNA Babi. Tetapi siapa pula yang menggunakan produk dari syarikat Puratos?




Jawapannya ialah Secret Recipe. Siapa yang tidak kenal dengan Secret Recipe, kedai yang menjual makanan dan kek yang sedap-sedap belaka. Sebut saja Secret Recipe dalam kepala mesti tengah fikir Indulgence, Tiramisu, Yogurt Cheese, Americano dan lain-lain produk kek. Akan tetapi bahan yang digunakan tidak halal kerana menggunakan bahan ramuan dari Syarikat Puratos Sdn Bhd yang mengandungi DNA Babi.

Agak tidak adil sekiranya saya mengatakan Secret Recipe sahaja yang tidak halal, pasti ada syarikat lain yang menggunakan ramuan dari Syarikat Puratos ini. Akan tetapi sumber yang boleh saya capai agak terhad. Sekiranya ada info yang berguna di kalangan pembaca. Kita kongsi bersama agar dapat elakkan memakan benda yang haram.